"How was the progress?" tanya Har kepada Ara yang sibuk menekan-nekan papan kekunci laptop miliknya.
Pandangan kota yang agak sibuk itu sedikit mengganggu ketenangan di sekitar syarikat Har. Sekarang, jam menunjukkan pukul 1:30 petang. Ya, waktu makan tengah hari. Jadi tak peliklah jika banyak kenderaan yang berada di atas jalan raya ketika ini.
Ara mengangkat kepala, menatap sosok suami yang sedang duduk di atas sofa di pejabatnya dengan santai. Skrin telefon bimbitnya ditatal perlahan, seakan sedang meneliti beberapa perkara yang penting.
"What progress?" tanya Ara hairan. Cawan kopi disebelahnya diangkat sebelum kopi yang terisi dihirup perlahan.
"The dining party" jawab Har dingin dan tegas. Matanya tak lari dari memandang skrin telefonnya.
"It was okay so far" jawab Ara bersahaja.
"I got two more weeks, it should be enough. Lagi pun, dah tak banyak yang saya perlu uruskan" tambahnya lagi.
"Okay then" telefon bimbitnya ditutup lalu disimpan ke dalam kocek seluar.
Lelaki yang sudah 20 minit berada di pejabat isterinya itu akhirnya memilih untuk kembali ke pejabatnya beberapa saat setelah habis percakapannya dengan Ara.
"If you need help or anything, just let Dania know" pesan Har kepada perempuan itu. Ara hanya diam lalu mengangguk, tidak berniat untuk mengiringi suaminya keluar dari pejabat. Dia yang pandai-pandai masuk, pandailah dia keluar sendiri, kan?
Fail yang bergunung di atas meja kerja Ara dipandang seketika, "Don't forget to eat your lunch, you need energy to do all that" tukasnya sebelum keluar dari pejabat Ara.
Ara merenung lelaki itu tajam, dia tahu yang suaminya baru saja memerli dirinya. Mentang-mentanglah dia bos, semua orang tolong buatkan.
Ara memandang jam bulat berwarna putih yang tergantung elok di dinding pejabatnya. Sudah beberapa jam dia duduk di atas kerusi kerja dan meneliti satu persatu fail yang perlu diperiksa sebelum ditandatanganinya itu.
Perutnya pula sudah dari tadi memberi isyarat supaya Ara dengan cepat mengisi ruangan itu dengan makanan. Ara berdecik. Kenapalah banyak sangat fail kerja yang diberi kepadanya?
Bukannya Har tak boleh buat, tetapi dia tahu yang lelaki itu sengaja menyuruh Miss Dania menghantar semua fail tersebut kepadanya.
Matanya sudah berat, dia sudah tak mahu mengerjakan semua ini. Ara bangun dari duduknya, membetulkan posisi badan yang sudah kejang.
Telefon bimbitnya diraih lalu aplikasi WhatsApp ditekan. Nombor telefon Syasya di dail, dengan niat mahu mengajak perempuan itu untuk makan tengah hari bersama.
"Assalamualaikum, Sya. Jom lunch dengan aku!" ajaknya bersemangat. Beg tangannya diambil lalu tali yang panjangnya separas pinggang itu digantung ke bahu.
"Weh, aku baru aje habis lunch ni" Ara mencebik, "Kenapa tak ajak aku?"
"Aku ingatkan kau nak lunch dengan husband kau" Ara membalikkan bebola matanya malas. Memang tak lah mamat poyo tu nak makan tengah hari dengan dia.
Hari itu pun kali pertama dan mungkin terakhir Har mengajaknya untuk makan tengah hari bersama. Sekarang dan seterusnya, memang tak akan terjadi lagi. Yalah, nak jaga perasaan kekasihnya yang manja itu.
"Ish yalah, esok lunch dengan aku tahu?" ajakan Ara mendapat persetujuan daripada sahabatnya. Talian itu terputus beberapa saat selepas mereka berdua berbual seketika.
"Makan seorang pun tak apa lah" Ara menjongket kedua belah bahunya. Langkah diambil untuk keluar dari ruangan yang membuat fikirannya serabut itu.
*
ANDA SEDANG MEMBACA
His Unexpected Love | OG
RomanceAn unexpected love after marriage between Harraz Faeeq, the firm and stubborn CEO and Erasya Az-Zahra, his arranged wife who loves him... not until she knows the truth about their marriage. . . . Please do leave votes and comments🫶
