BAB 26

133 11 0
                                        

Sinar matahari yang menyapa wajah mulus Ara mengejutkannya untuk bangun dari mimpi indah. Matanya dibuka perlahan sambil bergeliat kecil.

"Morning, fiffy" sapanya kepada anak patung beruang berwarna merah jambu yang dipeluknya setiap malam.

Telefon bimbit yang berada di atas meja kecil bersebelahan katilnya diambil dan layar skrin ditatal perlahan. Jam sudah menunjukkan pukul 8:43 pagi.

Ara menguap kecil sebelum bangun dari baringnya menuju ke tandas. Selesai saja membasuh muka dan menggosok gigi, langkahnya dibuka keluar dari bilik.

Dia mencuri pandang ke arah bilik tidur Har. Tiada tanda-tanda lelaki itu ada di luar bilik. Pandangannya turun menjenguk ruang tamu dan dapur, tetapi keberadaan suaminya masih tak dapat dikenal pasti.

Ara melangkah menuruni tangga, menuju ke dapur untuk sarapan pagi. Kelibat Makcik Pia yang sedang menyapu di ruang tamu itu disapa.

"Morning, acik" tegurnya lembut dengan senyuman. Makcik Pia tersenyum lalu mengangguk.

"Baru bangun?" tanya pembantu rumahnya itu tanpa memberhentikan aktiviti yang sedang dia lakukan.

"Ya. Harraz mana, acik?" soal Ara kepada wanita itu. Matanya berkeliaran memandang seisi rumah, mencari sosok Har yang tidak kelihatan.

"Harraz pergi kerja. Kamu tak kerja ke hari ni?"

.

.

"Saya nak jumpa dengan bos" ujarnya kepada Miss Dania yang sedang sibuk meneliti lembaran kerja yang baru saja dicetak sebentar tadi.

"One second" Miss Dania bangun dari duduknya lalu mengetuk pintu kaca pejabat Har.

"Mr. Harraz, I have Miss Zahra here. She wants to see you"

"Let her in" balas Har dingin. Miss Dania mengangguk sebelum memberi laluan kepada Ara untuk masuk ke dalam pejabat bos itu.

Ara menutup pintu kaca itu perlahan sebelum mengambil tempat berjarak hanya beberapa meter dengan lelaki itu.

"Awak tak cakap pun hari ni kerja?" kedua belah tangannya disilangkan di dada.

"I did, through e-mail" katanya singkat, jari-jemarinya lincah menari di atas papan kekunci komputer berjenama Apple berwarna putih di hadapannya.

"Why e-mail? Whatsapp ada? Or just talk to me directly, tak susah pun, kan?" salah satu keningnya terangkat, melihat tingkah Har yang menyebalkan itu.

"Just go back to your office and do your job, I'm too busy to argue with you" Har meletakkan lembaran kertas yang berisi beberapa maklumat kerja sebelum matanya bertemu dengan iris Ara untuk seketika.

"Dania" tak lebih dari lima saat, Miss Dania muncul di hadapan muka pintu pejabatnya sebelum melangkah masuk.

"Bring me a cup of coffee" Miss Dania mengangguk lalu keluar dari ruangan tersebut.

.

.

"Why is he acting like that?" soal Ara kepada Miss Dania dengan penuh tanda tanya. Bunyi kipas siling yang tergantung elok di cafe berdekatan syarikat itu menghasilkan bunyi yang agak kuat, namun tidak sedikitpun mengganggu perbualan mereka berdua.

"It's hard to explain, but this is the real side of him" ucap Miss Dania sebelum menyedut ais americano yang dipesannya sebentar tadi.

"Huh?" Ara mengerutkan dahi, tidak faham akan apa yang baru saja dikatakan Miss Dania kepadanya.

"He's just sensitive to everything, so don't try to get on his nerves" Miss Dania memberi amaran kepada perempuan polos di sebelahnya.

"You'll get through it" Miss Dania menepuk bahu Ara perlahan sebelum menghantar secawan kopi ke pejabat Har.

His Unexpected Love | OGCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang