Suasana petang yang tenang itu diserikan lagi dengan cahaya matahari yang masuk melalui langsir separa terbuka di ruang tamu rumah keluarganya.
Ara melabuhkan punggung ke atas sofa sambil membawa dua cawan air coklat panas yang dihiasi dengan beberapa biji marshmallow di atasnya. Kedua-dua cawan itu diletakkan ke atas meja kaca di hadapannya.
Salah satu cawan tersebut ditolak ke tepi, "Minum lah" pelawa Ara kepada suaminya yang sedang sibuk dengan telefon pintarnya.
Har memandang air coklat itu sekilas lalu mengangguk. Telefonnya diletakkan ke atas meja lalu dia mencapai cawan tersebut. Air itu ditiup perlahan dan berhati-hati agar tidak tertumpah sebelum menghirupnya.
Keningnya terangkat. Air coklat itu dihirup sekali lagi, "It's suprisingly good" bisik batin Har. Dia mengangguk kecil sambil tersenyum.
Sedar akan tatapan isterinya dari tepi, Har mengekalkan wajah bersahaja. Dia menjeling kecil ke arah isterinya, "Tak sedap"
Ara yang tadinya tersengih melihat reaksi Har yang seakan suka akan minuman yang dibuat olehnya serta-merta menunjukkan wajah jengkel.
"Tak payah tipu lah, saya nampak awak senyum tadi" ujar Ara malas. Dia membalikkan bebola matanya ke atas sambil membetulkan postur badannya. Har pula hanya diam, tidak mahu merespon kata-kata isterinya.
Ara mencapai cawannya lalu turut menghirup airnya setelah ditiup untuk beberapa saat. Alat kawalan jauh diraih lalu televisyen dibuka. Rancangan yang menarik dicari dengan teliti sambil menikmati angin petang yang menyapa kulit putihnya.
Langkah kaki seseorang terdengar sedang menghampiri mereka. Ara berpaling untuk melihat siapakah gerangan tersebut sebelum mendapati sosok ibunya sedang tersenyum manis kepadanya.
"Ara, ajaklah kawan-kawan Ara datang sekali. Dah lama dah mami tak jumpa dia orang" ujar Puan Farha lembut. Wanita itu melangkah ke dapur yang hanya beberapa meter dari ruang tamu.
Pintu peti sejuk dibuka perlahan. Beberapa paket daging lembu dan ayam barbeku dikeluarkan lalu dibiarkan pada suhu bilik agar lembut sebelum dipanggang malam ini.
"Boleh ke mami?" soal Ara penuh harapan. Puan Farha mengangguk, "Boleh. Ajak lah, lagi ramai lagi meriah" kata ibu Ara dengan senyuman.
Mata Ara berbinar bagaikan anak kucing, dia sudah membayangkan suasana rumah ini jika dipenuhi dengan gelak tawa rakan-rakannya yang lain.
"Lagi pun, ini banyak sangat kamu berdua beli. Tak habis untuk kita berempat" Puan Farha mengira setiap satu paket set barbeku dibeli Ara dan menantunya.
"Dua belas paket semua sekali" Puan Farha menggelengkan kepala. Tak faham dengan apa yang difikirkan sepasang suami isteri itu.
Har tersenyum janggal sambil tangannya naik menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Yalah, Ara ajak kawan-kawan Ara datang" kata Ara sambil menyandarkan tubuhnya pada sofa empuk berwarna krim.
Ara yang sedang mengetik papan kekunci di telefon bimbitnya tiba-tiba terhenti, lalu menoleh ke arah ibunya. "Oh ya, mami ingat tak Dany?"
Har yang duduk di samping Ara reflek mengangkat sebelah keningnya, "Dany lagi?"
Puan Farha mengerutkan dahi sedikit, "Dany mana pula ni?"
"Dany yang Ara cerita masa Ara belajar dekat universiti dulu lah" jawab Ara dengan suara penuh semangat.
"Dany yang suka dekat Ara tu ke?" soal ibunya sambil tersenyum nakal, seolah-olah sengaja ingin mengusik. Har pula tanpa sedar sudah mengepal tangan.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Unexpected Love | OG
RomansaAn unexpected love after marriage between Harraz Faeeq, the firm and stubborn CEO and Erasya Az-Zahra, his arranged wife who loves him... not until she knows the truth about their marriage. . . . Please do leave votes and comments🫶
