Skrin telefon pintarnya ditatal perlahan. Sudah ada beberapa rakaman video kejadian tadi yang tersebar di beberapa laman media sosial. Mujurlah hampir semua rakaman tersebut tidak menampakkan wajahnya mahupun isterinya.
Har mengeluh, "Kenapa lah tangan manusia ni cepat sangat?" telefon pintarnya dilempar ke atas katil. Lelaki itu membuka langkah ke dapur untuk mengambil makanan yang dimasak oleh pembantu rumahnya.
"Harraz, kamu yakin ke tak nak makan ni? Kalau nak, acik boleh pergi belikan beras" ujar Makcik Pia sambil menghulurkan dulang makanan kepada Har.
"Eh tak apa, acik, Har betul-betul tak lapar. Pasal beras tu, esok Harraz suruh Haziq tolong belikan. Lagi pun dah malam ni, acik duduk aje dekat rumah, ya? Kalau ada apa-apa yang nak kirim, cakap dekat Har atau Haziq" Makcik Pia mengangguk sambil tersenyum.
Har mengorak langkah menaiki tangga menuju ke bilik isterinya, "Ara?" tegur Har tepat di depan pintu bilik isterinya.
Dulang makanan yang digunakan untuk menampung makan malam itu dipegang erat dengan kedua-dua belah tangan.
"Buka pintu, please? Tangan saya penuh ni" ujar Har lembut. Tak lama selepas itu, pintu bilik dibuka dari dalam. Memaparkan sosok Ara yang berpakaian baju tidur lengkap berwarna merah gelap.
Ara memandang dulang makanan yang dibawa suaminya. Nasi goreng dan telur mata? Tak lain tak bukan, mesti Makcik Pia yang buat kerana wanita itu tahu makanan kesukaan Ara.
"Sorry about what happened tonight, sampaikan kita tak sempat nak makan" kata Har dengan senyuman janggal. Ara menggeleng kecil, lalu mempersilakan Har untuk masuk ke biliknya.
Har meletakkan dulang makanan itu di sisi katil Ara sebelum menghenyakkan punggung ke atas katil isterinya itu.
"Mana awak punya?" soal Ara apabila dia sedar yang hanya ada satu pinggan nasi goreng yang dibawa suaminya.
"Beras dah habis, saya lupa nak beli. Ini pun cukup-cukup untuk awak aje" ujarnya dengan nada sedikit bersalah.
Ara menatap suaminya janggal, "Tak apa lah, kita kongsi" cadangnya lembut.
Namun Har cepat menggeleng. "Eh tak apa, awak makan lah. Lagi pun saya tak lapar"
Ara memandang tepat ke mata Har. "Dekat restoran tadi bukan saya aje yang tak sempat makan, awak pun sama."
Har hanya menggaru kepala, cuba mengelak pandangan isterinya. "Err..."
Ara mengambil pinggan berisi nasi goreng itu lalu diletakkan ke atas tapak tangannya, "Dah, jom makan. Saya lapar" katanya sambil menarik tangan Har supaya duduk di sebelahnya.
"Saya minta maaf pasal tadi" ujar Har memecahkan keheningan. Ara langsung tidak mengalihkan pandangannya dari nasi goreng itu.
"Kalau awak masih sakit, kita pergi hospital" cepat saja perempuan itu mengangkat kepalanya.
"Tak perlu, nanti okey lah ni" senyuman singkat diberikan kepada suaminya, menandakan bahawa dia baik-baik saja.
TutTut
Perhatian pasangan suami isteri itu tiba-tiba teralih apabila terdengar deringan telefon pintar Ara dari meja solek. Ara pantas meletakkan sudu, lalu memberikan pinggan ke arah Har.
"Nah awak makan, saya jawab call kejap" katanya sebelum mencapai telefon.
"Hello, Dany?" sapanya ceria. Har yang sedang memegang sudu terus mengangkat kening. Perbualan antara isterinya dan 'Dany' itu didengar dengan teliti.
Tak kurang dari tiga minit, talian telefon itu diputuskan oleh Ara sendiri. Sebaik saja perempuan itu kembali ke posisi asal, Har menyoal, "Siapa Dany?"
ANDA SEDANG MEMBACA
His Unexpected Love | OG
RomansaAn unexpected love after marriage between Harraz Faeeq, the firm and stubborn CEO and Erasya Az-Zahra, his arranged wife who loves him... not until she knows the truth about their marriage. . . . Please do leave votes and comments🫶
