BAB 32

108 11 0
                                        

"Weh" panggil Haykal kepada Ara. Lelaki itu mendekatkan kerusinya pada sepupunya agar dapat berbincang dengan lebih tertutup.

"Dah kenapa kau ni?" tanya Ara apabila lelaki itu merapatkan kerusi kepadanya.

"Danial tu masih sukakan kau ke?" soal Haykal memulakan bicara. Kerutan di dahi Ara jelas menunjukkan dia tidak suka dengan soalan yang dituju padanya itu.

"Merepek apa pula kau ni? Aku ni isteri orang tahu tak?" Ara menggelengkan kepala beberapa kali. Haykal berdecit.

“Kau bukan tak tahu, Danial tu bukannya betul sangat” ejek Haykal sambil menjeling ke arah lelaki yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Nada suaranya bersahaja, tapi jelas menyampaikan rasa kurang senang terhadap Danial.

Ara hanya menghela nafas. “Ish, biarlah dia. Aku malas nak fikir" suaranya lesu, menunjukkan dia benar-benar tidak mahu memanjangkan isu.

Haykal menyandarkan tubuh pada kerusi, bersilang tangan di dada. “Satu hal pula suami aku tu membebel dekat aku tadi” keluh Ara separuh geram.

“Dia bebel apa?” tanya Haykal, keningnya terangkat.

“Pasal Dany lah. Suruh aku jauhkan diri dari dia. Walhal aku dengan dia kawan aje” Ara mengeluh lagi dengan wajah jengkel.

Haykal menggeleng kepala perlahan. “Kau ni bijak lah sikit. Dia cemburu lah tu”

Ara mencebik, “Cemburu lah sangat. Aku tanya dia cemburu ke tak, buat tak tahu aje.”

“Takkanlah dia nak admit benda tu. Cuba engkau, kau mengaku ke kalau kau cemburu?” Haykal tersengih, seakan-akan mencabar.

“Mengaku aje lah, bukan susah pun” jawab Ara selamba sambil merenung tajam ke arah Haykal.

“Eh kau ni” Haykal menggeleng-geleng.

Tiba-tiba, Haykal bersuara serius, “Benda yang penting sekarang ni, kau kena dengar cakap suami kau.”

Ara mengerutkan dahi. “Kenapa pula?”

“Danial tu, dari tadi lagi aku perhati tengah tenung kau” balas Haykal, matanya tajam memerhati lelaki bernama Danial di seberang sana.

Ara menjeling. Haykal mendekat sedikit sebelum berbisik, “Bukan tenung yang biasa tahu? Dia tenung tu macam nak terkam pun ada.”

Dengan serta-merta, Ara mencubit lengan Haykal dengan kuat sambil menepuknya. Haykal menjerit kecil sambil menggosok lengannya yang pedih.

“Cakap elok sikit! Aku libas kau dengan ayam ni baru kau tahu!” gertak Ara sambil mengangkat bahagian paha ayam panggang ke arah Haykal.

Haykal hanya tergelak, namun wajahnya tetap waspada, matanya tak lepas dari memerhati gerak-geri Danial yang mencurigakan.

                                    *

"Come in" jawabnya apabila mendengar tiga kali ketukan dari luar pejabatnya. Sosok tubuh Ara mendekatinya perlahan sambil membawa satu fail berwarna kelabu yang agak tebal.

"Ini dokumen yang bos minta" hulur Ara kepada Har. Har menyambut fail yang dihulurkan itu lalu menyemak setiap lembaran kertas yang diselitkan di dalam fail itu.

"Siapa yang buat dokumen ni?" tanyanya kepada Ara yang kini menjadi pembantu peribadinya buat sementara waktu.

"Encik Kamaluddin, bekas orang kanan Dato Hilman yang dah bersara tujuh tahun lepas" jawabnya. Har mengangguk beberapa kali.

"Okay, you may go" Har mengarahkan Ara untuk keluar sebaik saja sosok seseorang kelihatan mendekati ruang pejabatnya.

Ara menunduk sedikit sebelum melangkah keluar dari pejabat suaminya. Sosok tubuh seorang lelaki yang berpakaian baju pengawal itu mengetuk pintu pejabatnya sebelum diberi izin untuk masuk.

His Unexpected Love | OGCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang