Part 36

172 0 0
                                        

Suasana sunyi sepi di dalam mansion Luciano Rial Family selepas insiden yang berlaku petang tadi,hanya kedengaran bunyi gelas yang dihentak di atas meja beberapa kali.Bunyi bising tersebut datang dari Tuan Franc yang dari tadi tak habis berhenti menuang wine ke dalam gelas minumannya.Selepas habis satu botol dia ambil lagi satu botol wine yang lain dan kalau boleh dia nak habiskan semua stok yang ada dekat dalam mansion ni.Kepala Tuan Franc terasa berat sangat untuk fikir tentang apa yang akan bakal jadi selepas ini.

"Bodoh!Bodoh!Bodoh!"jerit Tuan Franc seorang diri.Laju tangannya mencampak botol wine tersebut ke arah dinding.Habis tumpah semuanya di atas lantai dan bilik bar tersebut memang dalam keadaan yang sangat bersepah kerana habis dipenuhi dengan sisa kaca.

Kedengaran bunyi langkah tapak kaki seseorang memasuki ke dalam ruangan bilik tersebut dan ianya adalah isteri Tuan Franc.Laju tangannya mengambil gelas yang berada di tangan suaminya.

"No more drink please"ujar Anna.Pandangannya ditumpukan ke Tuan Franc dan perlahan dia mengusap darah yang berada di pipi suaminya.

Tuan Franc hanya duduk diam tanpa berkata apa.

"Can you stop doing this?"tanya Anna dengan nada yang lembut.Dia tak mahu menambah lagi baran suaminya,Anna hanya mahu berbincang secara baik.

Tuan Franc memandang wajah isterinya dengan riak wajah yang berkerut.

"Stop doing what?"tanya Tuan Franc dengan nada yang agak tinggi.

"How if anak you yang tengah terlantar dekat hospital sekarang?You still gonna do all of this Franc?" Anna masih cuba bertanya dalam nada yang lembut kerana dia tak mahu suaminya lari dari menjawab segala persoalannya.

Tuan Franc tergelak kecil selepas mendengar soalan yang keluar dari mulut isterinya.

"Sejak bila you kisah pasal anak you Anna?Selama ni pun you sama macam I kan?!Sekarang you nak cakap yang I ni kejam ke?!"jawab Tuan Franc.Laju tangannya merampas semula gelas minuman yang berada di tangan isterinya.

"Franc you don't understand..."belum sempat Anna menghabiskan ayatnya Tuan Franc terus mencekik lehernya dengan perlahan.

"Apa lagi yang kurang ni?Kau dah hidup dengan aku berapa lama Anna!Baru sekarang kau nak persoalkan semua benda?!!!"semakin lama semakin kuat genggaman tangan Tuan Franc.

"Franc yang I kenal bukan macam ni..."jawab Anna dengan nada yang sesak.

Tuan Franc tersenyum kecil selepas mendengar perkataan yang keluar dari mulut isterinya sebentar tadi.

"KAU BETUL DAH KENAL AKU KE ANNA?"jerit Tuan Franc.Makin lama kedudukan Anna bergerak ke belakang dan akhirnya tubuh dia bersandar di dinding.Genggaman Tuan Franc masih kuat mencekik leher isterinya.

"AKU TANYA KAU NI!KAU BETUL DAH CUKUP KENAL AKU KE?!"tanya Tuan Franc lagi.

"I know you're more better than this Franc...you nak tengok Luciano Rial Family hancur depan mata you ke sayang?"jawab Anna dengan tangisan penuh di pipi.Kali ni dia tak mampu untuk bertahan kerana genggaman suaminya terlalu kuat dan dia tak mampu untuk berkata-kata.

"Kau ni memang mintak aku belasah kau kan!!!"laju Tuan Franc mengheret Puan Anna dan menghempas tubuh badannya ke atas lantai.

Ditarik kasar rambut isterinya dan Tuan Franc terus memandang tepat ke arah mata Anna.

"Aku jujur dengan kau eh..."perlahan Tuan Franc mengusap lembut pipi Anna.

"Aku ni kahwin dengan kau with zero feeling...dalam hati aku ni takde langsung perasaan cinta dan sayang dekat kau...selama ni kau yang terhegeh nak dekat dengan aku and sebab family kau kaya and family mafia yang paling aku admire,that's why aku fikir berbaloi untuk aku kahwin"sambung Tuan Franc lagi dengan gelak tawa kecil.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Dec 02, 2025 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Ride Or Dies GangCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang