"Done packing?"
Aku mengangguk lemah. Soalan dari abang tadi seolah olah hendak menghalau aku pergi. Tiket penerbangan yang sah sehingga esok itu, aku teliti sekali lagi. Nama aku. Tarikh esok. Bersedia? Belum. Sumpah aku tak rela nak kena further studies kat luar negara. Apa kurangnya pendidikan dalam negara? Mengapa perlu dibandingkan pelajaran di sini dan di luar sana? Bagi aku, sama saja kalau seseorang itu pandai. Ramai saja yang berjaya dalam Malaysia ni. Sebelum ini, aku dah ambil degree di MSU. Okey aje pendidikannya. Semua sama sahaja tetapi tidak bagi papa. Bagi papa, pendidikan luar negara lebih menjamin masa hadapan.
Fatwanya.
Lepas sahaja aku mendapat degree, papa terus meng'sign in' kan aku di University Of Cambridge, UK. Nama uni memang gah tapi hati aku ni yang tak gagah. Nak pula result aku semua cantik, lagi lah papa suka. Aku memang gembira tapi berjauhan dengan mama dan papa? Itu satu perkara yang saaaangat tidak normal bagi aku.
"Hey, tak mahu lah sedih macam ni.." abang Kif atau nama sebenarnya Aakif Zaharul Harith, mencubit pipi ku. Aku menepis perlahan.
"Mana tak sedih? Ad tak pernah jauh dengan mama dan papa. Ad selalu jadi anak yang baik. Ehem.. add on, nakal. Nakal sikit je. But why they push me far away to London? Ad tak suka. Shah Alam pun okay what?"Aku memuncung kan bibir. Merajuk. Sebal. Terletus ketawa abang Kif. Handsome. Kalau tak fikir abang, memang aku dah kahwin dah dengan abang Kif ni. Huhuhuhu. Gila kau Adreena! Pengsan mama nanti.
Abang memeluk bahuku.
"Adreena sayang.. ramai lagi nak further study kat sana, dalam ramai ramai orang, princess abang juga yang dapat masuk. Please appreciate it will you? Sometimes, things only come once in your life. So, feel lucky and grab the chance lah. Lagipun master kan 3 tahun je. Ad boleh ambik angin sana pula. Bertukar angin, orang kata hehehehe," eh gelak pula dia. Aku tengah sedih boleh lagi ceramah pasal angin la apa lah. "Ad tak sesuai lagi dengan keadaan di sana." oh sangat lah menipu! Tahun lepas aje sudah 2 kali aku pergi sana masa cuti sem. Shopping punya pasal!
"Adreena oh Adreena, boleh tak Ad jangan bagi alasan?" abang tahu aku menipu. Gagal.
"Lagipun, abang kan stay sana.." aku buat muka. "Buat sementara waktu, nak sesuai kan diri Ad boleh tinggal di rumah abang. Tak payah pergi rumah papa pun tak apa. Penthouse abang di sana tu banyak lagi bilik. Duduk sana je lah ya?" aku buat muka statik. Tawaran abang menarik. Duduk rumah abang, main dengan farhan dan fahim, jimat duit.... Aku memang tak boleh lah dengan abang ni. Ada aja modal nak pujuk aku. Aku pula cepat termakan pujuk rayu. Tubuh tegap itu aku peluk erat.
Abang yang memahami. Yang dipercayai dan mempercayai.
"Thanks abang Kif.. sayangggg abang," abang mengusap lembut kepala aku. "Dah, jangan sedih sedih. Tidur now abang nak pergi tengok Aan dan Aim pula." Aku mengangguk perlahan. Mata aku memerhati sosok tubuh abang yang berlalu dari bilik beradu aku. Aku mengeluh. Apa lah nasib. Aku ni memang sengal! Orang lain berebut nak ke London aku aje kekwat pula. Peluang depan mata saja buat tak nampak? Adreena yang tidak bersyukur.
Beg besar itu aku zip. All packed. Aku redha je lah. Semoga Allah memberkati hidup aku dan hari hari yang mendatang. Amin. Bye Malaysia.. tanah airku.
YOU ARE READING
The Nothing Something
RandomPening dan geram. Itulah yang dirasakan oleh Adreena Zahirah apabila ditemukan dengan seorang jejaka melayu berambut ala kpop. Apa sahaja yang dibuat lelaki itu pasti memanaskan hatinya! "macam mana awak boleh ada kat sini?" ~ Adreena "awak fikir L...