"IT'S your final year! And happy birthday!" aku tersenyum dan mengangguk. Tangan menerima huluran hadiah dari abang.
"thank you abang and kak Mel.."
Hari demi hari, dah tahun terakhir aku di London. Tak sabar nak pulang ke Malaysia. Rindu kepada mama dan papa membuak-buak! Macam mana lah aku boleh survive di sini ya? Rasa nak gelak je bila aku mengada-ngada dulu tak mahu belajar di London. Rasa teruk sangat. Kalau lah aku tak pursued untuk sambung belajar disini, mesti aku tak kenal Ilman. Bersyukur sangat kepada Tuhan, hidup aku lebih bahagia dengan insan-insan yang mencintai dan yang sering menyokong aku.
"are we gonna celebrate auntie's birthday?" tanya Aan. Kak mel mengusap kepala anaknya.
"yes sayang. Aan dah bagi hadiah kat auntie?"
"Aan dah letak di meja auntie. I hope you like it aunty." kata Aan sambil tersenyum menayangkan barisan gigi putihnya. sejak rapat dengan Ilman, dia dah fasih sikit cakap melayu. Katanya, belajar cakap bahasa melayu sangat menyeronokkan walaupun susah. Aku pula terharu. Ilman dah tak ajar ajaran sesat kepada Aan.Seronoknya! "so Aan lah yang bagi a box of choclate and a bouquet of roses tu?" Aan mengangguk. Spontan, aku memeluk Aan. "thank you Aan. You're the best nephew ive ever have!" aku merenggangkan pelukan setelah mendengar ada panggilan. Aku tersenyum melihat gerangan si pemanggil. Rindu sangat.
"Assalamualaikum..Happy birthday, Adreena sayang!"
"Waalaikumussalam..thank you pa, Ad ingat papa lupa birthday Ad.." aku buat suara sedih. Abang yang memerhatikan aku hanya mencebik. Hipokrit betul adiknya seorang ini. Aku hanya ketawa kecil membuat isyarat mata.
"mana boleh papa lupa anak kesayangan papa," papa ketawa dihujung talian. "where's my present?" aku tanya dengan muka penuh keterujaan. "papa bagi Ilman boleh?" aku menggeleng. "hikss.. apa ni papa, Ilman is already mine. Takkan nak bagi Ilman lagi kut?"
"amboi... Ingat Adreena, jaga batas juga. Kamu anak papa lagi, masih dibawah tanggungjawab papa. Dah bertunang bukan tiket untuk bermesra ya.." aku tersentap. Papa bagi ayat deep pula! Aku tergelak hambar bagi menutup rasa malu. "Ad tahu lah papa, kan abang ada kat sini... Ad pandai lah jaga diri. Kalau Ilman usik Ad, Ad wacha dia satu kali!" papa tergelak lagi sekali dihujung talian. "jangan bagi satu kali, 69 kali pun tak apa!" kami sama-sama ketawa. Memang bapak borek, anak rintik betul! Abang pula tak lepas memandang aku dengan pandangan hairan. Jeles lah tu..
"oh ya pa, mama mana? Rindu dengat dia.." aku buat suara manja.
"mama ada ni ha, nak cakap dengan mama?"
"nak."
"assalamualaikum Adreena, selamat hari jadi darling.." aku tersenyum girang.
"waalaikumussalam. Thanks ma.. I miss you!""kalau rindu tu tak reti nak balik Malaysia ke?" aku ketawa.
"alang-alang final year, kasi habis terus lah, ma."
"Rindu kamu semua.. Semua sihat ke?" alahaiii mama... Ni aku nak menangis ni.
"final year pun dah nak habis ma, insyallah lagi 3 bulan kami balik terus Malaysia. Abang pun dah sign contract untuk resign. Nak kerja syarikat papa je katanya. Kami pun rindu kan mama.. Kami sihat je."
"Alhamdulillah lah semua sihat. Ha elok lah tu, balik lah sini cepat. Rumah mama ni besar tapi penghuni nya tak ada, nanti Ad balik Malaysia, kahwin dengan Ilman duduk di rumah mama je ya?" aku terbatuk kecil. Kahwin? Dah bersedia? Uhuk.
"baik ma!""dah lah, mama ada meeting dengan puan Aishah. Mama letak dulu ya? Assalamualaikum." aku tersenyum menatap skrin telefon. Kurang sikit rasa rindu setelah menerima telefon dari orang tersayang. Oh ya masih ada seorang. Mana lah ya?
"sembang panjang nampak.."
"mesti lah! Mama ngan papa rindukan Ad, bukan abang." aku menjelirkan lidah. Abang hanya menjeling. "dah lah abang dan kak Mel nak prepare some food for your celebration." aku tersengih. "abang..."
"what?"
"thank you! I love you my brother."
"ahhh dah jangan hug abang tight sangat nanti kak Mel jeles," kak Mel hanya ketawa. Aku merenggangkan pelukan. Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Aku bergegas ke muka pintu. Ilman. Aku tersenyum simpul. Dia membalas senyuman aku. Manis. Manis. Manis. Diabetes!
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam.." aku menjawab salam. Dia pandang aku, aku pandang dia. Macam pelik je.. "Taknak jemput saya masuk?" aku segera ketepi memberi laluan kepada Ilman. No wish? Huh...? Dia.. Dia lupa? Alahh sedihnya. Aku buat muka monyok. Ah takkan dia lupa? Dah berapa kali aku setkan iPhone dia birthday aku. Takkan tak ada reminder langsung? Dia buat muka selamba. "Ilman awak tahu tak hari ni hari apa?"
"hari sabtu,"
"tarikh?"
"12 haribulan kan?" hairan.. Hari jadi aku dia tak ingat?
"awak ada terhantuk kat mana mana ke sebelum ni?" dia ketawa sebelum menggeleng. Sah dia lupa! Gelak lagi tu. Erghhh!
"excuse.. Saya nak pergi tandas jap." aku terus keluar dari rumah dan berlari ke mini garden. Benci lah duduk dalam rumah tu. Takkan dia lupa? Ah sampainya hati awak Ilman tak ingat hari jadi saya... Teruk betul. Aku baling batu ke kolam ikan.
"hey kesian lah ikan tu. Sakit badan dia." aku toleh ke kiri dengan ekspresi yang terperanjat. Macam mana dia boleh ada kat sini? Apa dia buat kat sini?
"apa awak buat kat sini?"
"cari awak lah."
"kan saya kata saya nak pergi tandas?"
"ada ke orang pergi tandas ikut pintu keluar rumah?" aku menggigit bibir. Apa lah kau ni Adreena.. Lain kali kena ikut pintu belakang ni!
"err macam mana awak tahu saya disini?" lagi sekali soalan bodoh.
"dah memang kat sini aje awak lepak bila awak sedih kan.. So what's it?" dia tersengih.
"what's it awak tanya? Awak tahu tak, awak dah lupa-"
"saya tak lupa. Saya takkan lupa. Mustahil saya boleh lupa." aku mengangkat muka memandang Ilman. Huh..?
"Happy birthday, sayang."
YOU ARE READING
The Nothing Something
RandomPening dan geram. Itulah yang dirasakan oleh Adreena Zahirah apabila ditemukan dengan seorang jejaka melayu berambut ala kpop. Apa sahaja yang dibuat lelaki itu pasti memanaskan hatinya! "macam mana awak boleh ada kat sini?" ~ Adreena "awak fikir L...