AKU mengulum senyuman setelah membuka kotak yang diberikan oleh Ilman tadi. Hati sedari tadi berbunga-bunga.
Siapa sangka Ilman seorang yang manis begini?
Tak ada kata kata cinta selalu, tapi cukup untuk aku rasa dan aku tahu dia pun menyayangi aku. Sehelai shawl labuh dari dUCkscarves, sekotak cokelat Ritter Sport, gambar kandid aku yang ditransform kan menjadi kepingan polaroid dan akhir sekali, yang paling menarik perhatian aku, sebuah Al-Quran kecil yang sangat cantik dan mudah dibawa kemana-mana. Aku membawa rapat Al-Quran itu rapat kedada. Senyum masih tak lekang dari bibir. Selepas meletakkan Al-Quran dan hadiah-hadiah lain ke atas meja belajar, aku terus menunaikan solat Isya'.
Usai solat, deringan telefon mula kedengaran. Aku segera berlari ke arah katil dan menjawab panggilan tersebut tanpa melihat gerangan si pemanggil.
"Assalamualaikum!" aku memulakan perbualan dengan nada ceria.
"Waalaikumussalam, happy birthday Za." aku terkedu. Hazim?
"mana awak dapat number saya Hazim?"
"can you just forget about our past for one second?" suaranya masih kedengaran sensual di corong telinga walaupun nadanya mendatar. Aku masih terkesima dan kaku, tak menyangka yang dia akan menelefon aku.
"answer me Hazim.."
"is it so hurt that until I cant even wish you for a happy birthday? And is it so important where and how I found your phone number?"
"well it is! Its hurt Hazim! I can forgive but its hard for me to accept you back in my life.." aku mula meninggikan suara.
"i know this time would come.. Forgive me and all my wrong doings, Za. Believe me, saya masih cintakan awak. Saya lah orang yang paling bodoh sebab meninggalkan awak. Saya sayangkan awak Za. Every night i'm missing you.. The desire to meet you is unbelievable. Saya rindukan awak."
"apa yang awak nak sebenarnya? Boleh tak awak berhenti mengarut? Saya dah bertunanglah."
"saya tunggu sampai awak putus dengan that guy." gila. Hazim dah gila! Takkan lah aku nak tinggalkan Ilman dan berpaling ke Hazim?
"dream on it Hazim. Cut off the crap, im not buying it." dia mengeluh.
"just wait and see, I will get you. Someday." aku menamatkan talian. Terkesan jugalah ugutan Hazim tadi di dalam hati aku. Kenapa Hazim? Kenapa sekarang? Maafkan saya Hazim. Muka aku tak boleh nak tersenyum. Kata-kata Hazim memang berbekas di hati. Aku menepis segala bisikan-bisikan aneh. Ah, kehidupan! Memang macam-macam dugaan yang datang. Aku menghela nafas berat dan berbaring di atas tilam. Menarik comforter dan tidur. Tak ada mood nak layan mesej Whatsapp. Sorry ya.
"AD, Ad..!" laungan abang dari luar bilik mengejutkan aku. Aku menenyeh mata. "umm.. what?!" aku jerit semula dari dalam bilik. Suara aku serak-serak basah. Macam beyonce sungguh dah rasanya ni.
"tak solat subuh?" tanya abang sambil buat muka pelik di depan pintu.
"erkk... Dah time ke?"
"Masyallah Ad! Lagi 12 minit je nak habis subuh." aku apa lagi. Kalut gila lah! Tu la semalam nak layan perasaan sangat sampai alarm pun tak set? Haaa serve your right Adreena. Aku terkocoh-kocoh mengambil wudhu dan menepis segala kata kata bisikan yang negatif itu. Nasib baik sempat solat. Aku menghela nafas lega. Lega sebab masih berkesempatan menunaikan tugas sebagai seorang hamba Allah. Selepas menggantungkan tikar sejadah, aku terus kebawah untuk menyediakan sarapan. Jarang memang jarang. Nak kata masuk rekod dunia pun boleh juga sebab aku bukan suka masuk dapur dan memasak pun. Kesian lah kat Ilman nanti. Err.. Ilman? Agak-agak Ilman dah bangun ke belum eh..? Aku keluar kan iPhone 5s aku dan mula menyemak mesej-mesej Whatsapp. Aku tekan nama Ilman. 7 messages.
YOU ARE READING
The Nothing Something
RandomPening dan geram. Itulah yang dirasakan oleh Adreena Zahirah apabila ditemukan dengan seorang jejaka melayu berambut ala kpop. Apa sahaja yang dibuat lelaki itu pasti memanaskan hatinya! "macam mana awak boleh ada kat sini?" ~ Adreena "awak fikir L...