"abang.."
"hm?"
"bila kereta Ad nak sampai?"
"esok."
"hari ni?"
"abang hantar."
Tapi.. Kelas aku lambat lagi. Bosan kalau duduk rumah saja. Aan pergi sekolah. Aim pergi nursery. Kak Mel, gossip partnerku bekerja. Abang Kif sahaja yang cuti. Jetlag? Amboi!
"abang.."
"ya?"
"Ad naik teksi aje lah. Lagipun bosan tak buat apa apa di rumah ni. Ad ingat Ad nak pergi beli buku references sikit. Boleh ya?" abang Kif mengeluh. Alahai si kacak ni! Susah betul nak bagi princess dia jalan jalan seorang diri. Adreena Zahirah is a grown up lady lah abang Kif!
"becareful?"
"i will."
"are you sure you can go alone?"
"100% sure."
"if that's what you want, then okay." hati aku dah kembang kuncup ni. berjaya juga aku pujuk abang Kif!
Kot berwarna hitam aku capai. Skarf bercorak petak-petak aku ikat sekemas mungkin di leher. Beg Chanel berwarna hitam yang dihadiahkan oleh kak Mel, aku galas seperti sling bag. Done!
"Adreena!" laung abang Kif dari bawah."ya?"
"teksi dah sampai!" aku segera mencapai but high cut berwarna hitam dan berlari kecil turun ke bawah. But aku sarungkan ke kaki.
"bye brother!"
"take care princess!"
"will do!" pintu teksi aku buka dan masuk kedalamnya setelah mengarah kan pemandu teksi itu destinasi aku. Sempat juga aku mengerling ke arah abang yang membuat isyarat 'call me' kepada aku. Aku hanya mengangguk sebelum teksi berdesup pergi meninggalkan rumah abang Kif. Akhirnya! Setengah jam perjalanan dari rumah abang Kif, sampai juga aku di Cambridge Circus.
Kaki aku langkah ke kedai kedai buku di tepi jalan itu. Banyak betul buku. Mata aku dah rambang! Semua buku aku nak beli!
'Tamak nya kau Adreena!!' telah hatiku sendiri.
Oh hati! Bukan apa, harus sahajalah book enthusiast seperti aku ni akan jadi rambang mata, sebab every genres of book memang ada kat sini! Aku ketawa kecil seorang diri. You're funny Adreena!
"Tak betul ke gelak sorang-sorang?"
"oh mak kau!" aku terlatah. Haiiiii jembalang mana yang tegur aku ni?! Nasib tak melayang nyawa aku. Tak sampai sehari lagi aku kat sini dah jadi arwah! Tak mahu lah... aku toleh ke belakang. Ya Tuhan! Dia ni lagi. Mengintip aku ke apa?
"Mak saya kat Malaysia lah.." Aku menjeling Ilman geram. Dia hanya tersengih. Menjawab je!
"Hey, macam mana awak boleh ada kat sini?! terkejut saya tau!" dia ketawa pula! Manis betul senyuman nya. Tak suka. Kencing manis. Potong kaki!
Kacak pula dia hari ini. Oops.. ekstra kacak! Memakai jaket denim biru, berseluar slack hitam dan sepasang kasut jenama Nike. Oh ya... There's something interesting here! Rambut dia beralun dan dah pendek. Add on, sudah kemas!! Sangat.... Handsome di mata aku. Oh Adreena, jaga pandangan matamu itu! Tak molek betul seorang anak dara menilik anak teruna orang.
"awak fikir London ni awak punya?" dia turut berjalan sebelah aku. Kedua dua belah tangannya dimasukkan kedalam poket.
"memang saya punya pun.." selamba aku menjawab. Aku buat buat sibuk memilih buku. Taknak pergi pula dia ni.
"coincidence, kita boleh jumpa di sini.." aku pula tersengih mendengar kata-katanya.
"secara kebetulan ke.. awak intip saya, Mr. Stalker?" aku buat kening double jerk style. Dia menjeling aku.
"hey, buang masa saya je lah stalking awak. You're no fun but you have something." katanya tenang. Aku pula tersentak.
You're no fun but you have something
Apa maksud Ilman? Aku mengerling lelaki itu. Matanya masih kehadapan melihat jalan. Dia tak perasan aku curi-curi tengok dia.
"awak buat apa sebenarnya di London? Bercuti?" dia tanya. Haiii... Peramah pula dia ni. Aku menggeleng.
"Saya further studies. Master. Awak?" dia menoleh ke arah aku. Riak mukanya seperti 'oh really? saya tak percaya!' "saya further studies juga seperti awak. pHD. So I assume you're 23?" aku mengangguk.
Wah.. Phd.. Untung lah! Aku banyak tahun lagi.. Sobs.. Nak menangis boleh?
"awak 27 sekarang?" dia mengangguk.
"pandai awak teka, so panggil saya abang Ilman." abang Ilman? tunggu kucing bertanduk dulu boleh?
"abang Ilman?" kaki aku berhenti melangkah. dia mengangguk.
"kenapa?" dia tanya aku semula. Muka dia macam tahan ketawa aje.
"Tak mahu lah saya.. Awak ni teruk lah Ilman. Awak bukan abang saya!" aku merungut.
"saya memang bukan abang awak tapi saya tua lagi dari awak. Bukan nya abang apa, just nak suruh awak hormat saya sebagai abang aje. Bukan.... Sebagai 'abang' yang suami tu," selamba mak dia aje bercakap! Sengalnya!
Aku hempuk buku yang aku beli tadi perlahan di bahunya. Dia ketawa. Suka agaknya tengok aku malu malu kucing. Aku ni pun satu. Dah kenapa? Kata tak suka dulu? Aku tak ada jawapan spesifik lagi. Nanti lah ya?
"Ilman.."
"ya?"
"sorry lah ya kalau saya sakitkan hati awak semalam. Saya risau sangat Aan hilang."
"bagus lah awak minta maaf. Kurang sikit dosa awak mengutuk saya secara realiti dan dalam hati."
"maafkan saya tak?"
"maaf.. kalau awak buat pumping 200 kali."
Aku jeling Ilman dan berjalan laju meninggalkannya.
"nak pergi mana?" sibuk pula mamat ni.
"saya nak pergi Starbucks. Kenapa?"
"saya ikut."
"tak payah lah.."
"Starbucks bukan awak punya." ha bisa lagi encik Ilman ni.
"sukahati awak lah." malas nak layan. Takut terjatuh. Jatuh apa?
Jatuh.......!
YOU ARE READING
The Nothing Something
RandomPening dan geram. Itulah yang dirasakan oleh Adreena Zahirah apabila ditemukan dengan seorang jejaka melayu berambut ala kpop. Apa sahaja yang dibuat lelaki itu pasti memanaskan hatinya! "macam mana awak boleh ada kat sini?" ~ Adreena "awak fikir L...