Bab 32

3.2K 112 50
                                    

Sebaik sahaja selesai solat subuh berjemaah dengan Ilman, aku terus mencampakkan diri ku ke atas katil. Haih kenapa lah menggoda sangat tilam ni? Kemudian, terasa ada tangan yang menyentuh bahu. Aku terjaga.

"Sayang, breakfast jom." ajak Ilman.

Aku menderam perlahan.

"Saya ngantuk lah Ilman.." balasku dengan nada meleret. Lagipun bukan ke terlalu awal lagi untuk sarapan?

Terjeda seketika.

Belum sempat untuk menutup mata semula, tubuhku sudah pun digoncang oleh Ilman. Serta merta mata aku tercelik luas.

"Addreena! Bangunnnnnn lah. Kenapa ngantuk sangat ni? Nak kata kita buat projek semalam, tak ada pula."

Kata kata ilman membuat aku membaling bantal kepadanya. Dia ketawa perlahan.

"Salah saya ke kalau mengantuk Ilman? Tilam ni lah yang bersalah, dia goda saya.."

"Awak jangan lah tergoda dengan tilam ni. Tergoda dengan saya tak apa."

Kata kata lelaki itu berjaya membuat aku ketawa. Aku bangun dan duduk berhadapan dengan Ilman perlahan-lahan. Mata menghadap Ilman yang sudah segar-bugar itu. Such a morning person he is! Malunya kau Addreena.

Ilman memegang kedua-dua belah pipi aku dan menepuk perlahan. Menyedarkan isterinya yang separa sedar ni. Aku tersenyum simpul.

"Sedar lah Addreena Zahirah sayang. Dah pagi ni. Pergi sarapan together with me jom?"

Aku menggeleng. Ilman kemudian menurunkan tangannya. Mukanya mula cemberut.

Oh, oh, someone's sulking!

"Okay, sambung lah tidur kalau sedap sangat tidur tu. Saya pergi seorang je lah." Sebaik sahaja ilman membalas, aku segera memeluk Ilman dari belakang, menghalang Ilman dari pergi.

"Dont leave me Ilman.. i dont wanna lose you." Bisik aku kepada Ilman. Alahai Addreena.. Mengadaaaa!

Ilman pula aku tahu ada segaris senyuman yang terpalit di wajahnya walaupun aku tak nampak. Aku merenggangkan pelukan.

"And i too. Pergi siap now. Saya tunggu awak di bawah." Kata Ilman sebelum mencium dahi aku dan berlalu keluar.

Aku mencapai tuala dan berdiri dihadapan cermin. Melihat diri sendiri. Sambil senyuman paling lebar, selebar kayu ranting dipatahkan terpalit di muka. Siapa tak senyum sampai telinga kalau encik suami terlebih dos gula pagi-pagi ni? You are a lucky girl Addreena. Remember that!

ILMAN membawa aku ke sebuah kafe yang terletak di Bangsar. Katanya dia sering bersarapan disitu sebelum dia melanjutkan pelajaran di London lagi. Aku tidak membantah. Ikut sahaja. Dia memesan roti tisu, satu set telur separuh masak dan barli ais. Aku pula lebih gemarkan roti telur dan teh tarik panas. Sedap!

"oh my god awak, after years with cereals, it feels really really good to have a mamak breakfast like this. Terima kasih Ilman, sayaaang awak." kata aku sambil tersenyum, menikmati roti telur.

Ilman ketawa kecil dan mengangguk.

"Sama-sama. Seronok kan? Itulah perkara yang saya paling rindu dekat Malaysia. Makanan kita memang tak boleh compete dengan yang lain. Selera kita selera melayu sangat kuat, bagilah dessert sesedap panna cota pun, bagi saya kuih seri muka ialah dessert yang paling terbaik." balas Ilman.

Aku yang mendengar, mengangguk girang. Setuju!

"saya rindu air teh tarik ni. Susah nak buat dekat London sana, rasa tak sama."

"Ke awak memang tak reti buat air.."

Aku tersedak!

Ilman ketawa dan menepuk perlahan belakang aku.

How dare..

"Saya merajuk dengan awak 5 minit Ilman. Dont talk to me."

"Sayaaaang, saya gurau je."

"Peduli apa saya?"

"Huih, marah betul orang tu ya? Maaflah. Lepas ni kita pergi jalan dan tengok wayang nak?" Pujuk Ilman lagi.

Aku cuba untuk menyembunyikan senyuman tapi gagal!

Aku mengangguk.

"Thats my sweetheart. Now jangan main dengan kuah dal tu. Habiskan makanan, then we cau." kata Ilman sambil mengusap kepala aku.

Hadoii. Dah macam budak kecil yang dipujuk ayahnya pulak. Eh. Tak tak, macam adik yang dipujuk abang pula. Nasib saya sayang 'abang' saya sorang ni.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 08, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Nothing SomethingWhere stories live. Discover now