Bab 7

2K 54 1
                                    

Malu!

Sakit!

Ha tu lah, menyombong lagi bila orang nak jalan dengan kau kan dah jatuh. 2 in 1 sungguh! Malu dapat, sakit pun dapat. Malangnya nasib aku hari ni. Dah lah terserempak dengan mamat ni. Apalah nasib! Aku mengeluh perlahan tapi cepat-cepat aku menampar pipi aku. Mana boleh mengeluh, Adreena!
Aku duduk menggenggam lutut. Orang ramai yang lalu lalang memerhati kan aku, tidak aku pedulikan. Mana Ilman!? Tak mahu tolong aku ke?

"Hey, hahaha.. Macam mana boleh terpeleot ni? Bukan pakai heels pun. Tu lah, tinggal lagi saya kat belakang kan dah jatuh!" gelak aje! Aku mendengus geram. Dah lah menjerit di belakang. Nasib lah orang di sini tak faham. Kalau tak, malu sehasta!

Dua batang kaki berdiri di hadapan aku, aku dongak ke atas. Dia ni manusia ke galah? Tinggi betul! "hey, hey.. awak boleh tak jangan banyak cakap? Saya jatuh sebab awak tau!" aku menyalahkan Ilman pula. Nak cover malu sebenarnya..

"apa kena mengena dengan saya?" Ilman buat muka.

"saya nak lari dari awak.."

"kenapa awak nak lari daripada saya? kalau awak lari pun, saya akan kejar.."

Eh? macam bengong aje kami berdua ni? Kami berpandangan sesama sendiri. Masing-masing tak dapat mengawal diri, kami ketawa. Orang di kota London ni mungkin ingat kami ni gila berdrama pula di Cambridge Circus itu.

"Tolong angkat saya.."

aku menghulur tangan kepada Ilman. Dia mengerutkan kening. Aku buat muka kesian. Tangan aku goncang sekali lagi. Tolong la tarik! Tiba-tiba dia mencangkung disisi aku. Dekat. Jantung aku mengepam laju dari degupan ordinary... Dia tersenyum herot.

"Adreena.. kalau saya boleh, saya dah cempung dah awak. Saya tak boleh.." aku menjeling Ilman. Tak boleh kenapa pula? Dia ni period ke?

"Saya tak berat okay?" Aku dah bangun sendiri. Punggung aku tepuk perlahan beberapa kali. Hot!

"Ni bukan masalah berat ke tak. as I said, kalau saya boleh, dah lama saya peluk dan angkat awak.. masalahnya saya tak boleh lah.."

Aku dah mendengus geram. Tak gentleman langsung! Patutnya perempuan lemah yang jatuh terpeleot seperti aku ni harus dibantu bukan digelakkan. Hishh, peluk? Aku sidekick karang!

"Awak jangan nak ambik kesempatan dalam kesempitan eh?" Aku pandang dia dengan pandangan jelik. Dia ketawa dan menggeleng.

"Haram saya bersentuhan dengan perempuan."

Bang! Bang! Bang! Malunya macam panjang kain sutera di Jakel!! Mana nak sorok muka ni? Agak-agak kalau nak terjun kat Sungai Nil sempat tak?

Ilman ketawa.

"tapi kalau darurat tak mengapa lah.." suara aku mengendur. Malas nak panjang-panjangkan cerita. Dia mengerling ke arah aku seketika. Aku perasan dia curi-curi tengok aku, tapi aku buat tak tahu aje.

Remain cool Adreena!!

"Adreena, look. Tadi awak berupaya untuk bangun sendiri kan?" errr.... ya.. Aku mengangguk. Malu pun ada. Mana tak malu? Suruh orang lelaki bukan muhrim angkat kita sedangkan kita masih berdaya! Gila Adreena.. Tu hukum agama tu! Ketuklah kepala saya guna kuali, Ilman...

"saya akan angkat awak kalau awak betul-betul dah desperate, ehem.. I mean, bila keadaan darurat sangat macam kalau awak pengsan ke mati ke.. Haa tu baru saya angkat awak."

Nak tercekik airliur aku! Malu gila dah ni. Kenapa lah aku tak ghaib sahaja masa jatuh tadi? Minta diangkat lagi... Adreena yang memalukan. Keadaan sepi antara kami berdua. Aku pun malas bercakap. Malu punya impact.. Kami berjalan tanpa hala tuju.

"coffee?" pelawa Ilman.

"sure... my treat." entah aku rasa nak belanja dia pula. Rasa nak berterima kasih pada Ilman, seorang yang begitu menjaga pergaulan dan sentuhan. Berterima kasih tiada sebab. Pelik betul kau ni Adreena!

"why?"

"i just feel to.." dia tersenyum lebar.

"alhamdulillah.. jimat duit saya." jawabnya dengan muka selamba. Siap bersiul lagi.

Huh? Jimat duit saya? Ah!! Tak gentleman betul. Kami ketawa sepanjang perjalanan kami ke Starbucks. Aku dah salah sangka terhadap Ilman. Okay, maybe aku baru kenal dia but he has that something...

...... like Hazim does.

The Nothing SomethingWhere stories live. Discover now