HARI berlalu begitu pantas sekali, segala urusan perkahwinan kami berdua sudah pun disediakan. Akad nikah akan di lakukan sebentar lagi manakala persandingan dibuat sekali gus pada malam ini. Pelamin? Dewan? Baju? Goodies? Hantaran? Semua checked. Hari ini hari aku dan Ilman di satu kan. Aku tersenyum sendirian. Siapa sangka Ilman lelaki random yang mulut macam dot dot dot tu akan jadi suami aku? Dan siapa sangka juga perempuan clumsy dan lousy macam aku ni akan kahwin dengan dia?
Jodoh. Ya, aku percaya bahawa Allah sudah mengatur jalan hidup aku begini. Sangat cantik! Aku bersyukur kerana dihadirkan lelaki sempurna seperti Ilman itu sebagai jodoh aku. Memang betullah orang cakap, expect the unexpected!
"Zahirah.. kenapa senyum lebar benar tu? Kenapa tak siap lagi ni? Lepas zohor dah nak mula kan?" soal bakal ibu mertuaku, Puan Faezah. Wanita berusia 50an itu tersenyum menampakkan garis-garis kedutan dibawah matanya. Sungguh cantik walaupun sudah tua. Sungguh tidak dimamah usia wajahnya.
"Za tengah tunggu baju, katanya tadi Deanni yang bawakan." balas aku. Mata sesekali melirik kepada jam dinding. Mana pula la si Deanni ni? oh, Deanni ni adalah sepupu rapat aku. 2 tahun lagi tua daripada aku.
"Lawanya menantu umi ni.."
"Za tak make up lagi pun umi.."
"Natural beauty. Patutlah Ilman pun sangkut!" Balas Umi semula dengan sebuah jelingan manja.
Ish.. buat aku merah pipi saja.
"Biasa-biasa je lah umi." Umi mengangguk perlahan sambil menilik aku. Apa yang dia scan pun aku tak sure. Seram juga. Akhirnya, dia tersenyum.
"Umi turun dulu lah ya? Cepat siap tau?"
Angguk sahaja.
Sebaik sahaja pintu ditutup oleh umi, ia terbuka semula. Kali ini aku didatangi oleh dua orang manusia. Deanni dan Maryam. Seorang bawa baju, seorang lagi tukang solek.
Selepas satu jam dia berkarya di muka aku, barulah aku diberi kesempatan untuk meneliti solekan yang dilakukan. Wow! Subhanallah. Lawanya solekan gaya ini. So sweet and soft. Highlight dan contour yang sesuai, warna lipstik lembut dioles dibibir dan blusher light rosy pink di sapu bagi menaikkan lagi seri. Eyeliner! Sungguh on fleek. Kening? Masih original tak bercukur. Bagus.
"You did great Maryam! I loveeee the look!" Puji aku ikhlas sambil mata tak lekang daripada cermin. Haiii mata, asyik ke situ aje..
"Make up is just a tool. Your face yang memang natural beauty. Pakai makeup lagi berseri tak pakai makeup pun berseri juga. Untung lah Ilman.." balas Maryam kembali. Dia ligat menyimpan segala berus-berusnya.
Aku mengambil baru daripada Deanni dah segera menyarungkan baju berwarna soft earthy pastel colour. Sangat lawa rekaan Jovian Mandagie! Tudung pula aku padankan dengan baju. Okeh. Just nice! I AM TOTALLY LOVING IT! Baju yang dipilih oleh Ilman memang tak mengecewakan. Tiba-tiba rasa beruntung sangat mempunyai seorang lelaki yang ada cita rasa yang sesuai dengan aku.
"Ha! Berangan, berangan.. okay kau jangan nervous tau nanti bila dia akad nikah tu. Kau kena cool. Jangan nangis, habis make up beratus kau ni nanti." Bebel Maryam lagi. Aku cuma tersenyum melihat telatahnya. Macam mana tak nangis? Hari aku dan Ilman disatukan kot! Tapi, tapi Adreena kuat!
Sedar tak sedar, jam dah pun menginjak ke pukul 2. Majlis pun akan bermula tak lama lagi.
Aku berdebar-debar sambil duduk menunggu Ilman. Aku pandang semua yang hadir. Wajah papa, wajah mama, wajah umi dan walid, wajah abang Kif dan kak Med serta Aim dan Aan. Semua tersenyum memandang aku. Jantung terasa hendak pecah apabila Ilman mula menyalam tok kadi tersebut.
"Aku terima nikahnya Adreena Zahirah binti Harith dengan mas kahwinnya sebanyak RM 700 tunai."
Dengan sekali lafaz, aku, Adreena Zahirah sudah sah bergelar sebagai seorang isteri kepada Muhammad Ilman. Kini perasaan gembira dan sedih mula menujah ke dalam diri. Hati mula dibanjiri dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan segala benda. Siapa sangka tempoh perkenalan kami yang singkat membawa kami sebagai teman biasa dan akhirnya kealam rumah tangga?
Terbias wajah gembira Ilman selepas menyatakan lafaz tersebut. Aku, sedaya upaya cuba untuk menahan perasaan. Sebak!
YOU ARE READING
The Nothing Something
RandomPening dan geram. Itulah yang dirasakan oleh Adreena Zahirah apabila ditemukan dengan seorang jejaka melayu berambut ala kpop. Apa sahaja yang dibuat lelaki itu pasti memanaskan hatinya! "macam mana awak boleh ada kat sini?" ~ Adreena "awak fikir L...