"DAH fikirkan?" sepi. Angin pagi sejuk meniup kawasan perkarangan padang kampus. Aku memeluk tubuh kemas.
"saya... Saya.." aduh.. Adreena... Gagap pula!
"awak tak bersedia lagi." kata Ilman dengan nada perlahan.
"huh?" aku memandang Ilman yang duduk sambil memeluk lutut itu. Dia hanya memandang rumput hijau itu. Aku ditepi tidak dipandangnya. Ilman merajuk ke?
"saya tahu awak tak bersedia lagi. It's.. Fine. Saya tahu semua ini terlalu cepat buat awak, saya faham."
"umm Ilman.. Awak marahkan saya ke?" Ilman menggeleng. Baru sekarang matanya memandang aku dengan jelasnya. Lega apabila melihat ada segaris senyuman yang terpalit dibibir non-smoking itu. "nope. Buat apa saya nak marah? Ye lah orang tu tak sudi, takkan saya nak paksa?" sobs.. Terasa.
"bukan tak sudi lah Ilman, postpone.." Ilman ketawa halus. Lesung pipitnya manis sekali! Oh Ilman, takkan tak ada seekor semut pun yang gigit awak? Kalau saya jadi semut dah lama saya gigit-gigit awak tau.
"ye la postpone sampai bila ya?" dia buat muka berfikir. Aku hanya memandang Ilman dengan penuh minat. Baju kemeja dan seluar jean biru. Sangat simple dan sentiasa segak di mata aku. "sampai kita berdua betul-betul bersedia." Ilman memandang aku dengan pandangan 'kita? Bukan awak seorang je ke yang tak bersedia lagi?' keningnya diangkat seperti double jerk style. Oh.. Aku baru perasan rambut dia sudah panjang sedikit, rambut depan sudah menutup sebahagian dahi. Macam mamat kpop gitu. Aku ketawa kecil tidak mempedulikan Ilman yang berleter tentang apa pun aku kurang pasti yang pastinya rambutnya sangat style hari ini.
"Adreena are you listening?"
Ilman membuat muka skeptik. "ha.. Apa dia Ilman? Awak cakap apa?" Ilman mengambil sebatang pen dari bekas pensilnya dan menunjal kepala aku menggunakan pen tersebut. Aku menggosok. "apa awak ni... Sakit la kepala saya." bengong betul Ilman ni. "tu lah bila saya bercakap tak mahu dengar. Padan muka!" dia ketawa jahat. Tiba-tiba suasana sepi semula. Aku ralit memerhatikan wajah Ilman lagi. Dia tak perasan. Ni yang seronok ni. Mata dia macam sebuah kanvas yang menceritakan segalanya, hidung dia mancung kalau kena ni mesti berdarah eh teruk nya kau ni Adreena.. Hahaha. Macam mana lah aku boleh kata dia selekeh dan tak kacak masa mula-mula aku jumpa dia dulu? Dasar penangan cinta!
"dah lah suka analysis saya masih tak mahu mengaku saya tak faham lah dengan awak ni Adreena." caught red handed. Aku menggigit bibir. Malu bukan kepalang.
"Ilman saya nak pergi ke kafe. Awak nak ikut?" matanya menyorot ke mata ku. Dia menggeleng. "saya ada appointment dengan prof hari ni. Awak tunggu saya boleh?"
"tapi saya nak pergi minum je. Awak tak boleh teman kan saya ke? Hmm tak apa lah." aku menyembunyikan perasaan kecewa yang terbit didalam hati.
"awak boleh pergi seorang diri? Kalau tak boleh, saya boleh cancel kan jumpa prof?" aku pantas menggeleng.
"eh tak payah Ilman.. Saya boleh pergi sendiri."
"betul?" matanya mencari tanda kepastian di mataku. Aku hanya mengangguk. "nevermind. Saya okay. Umm saya pergi dulu lah ya? Bye. Assalamualaikum." aku bangun keluar ke kafe. Sendirian. Tak apa lah Adreena.. Dia ada hal. Jangan nak jadi spoiled sangat lah! Aku cuba memujuk hati. Aku panjatkan doa dalam hati moga moga selamatlah perjalanan aku seorang diri ni. Macam tak biasa pula berseorangan.
Pintu kafe itu aku kuak. Membuat pesanan dan memilih tempat paling hujung sekali. Aroma kopi ini menghilangkan semua masalah yang bersarang di kepala. Aku menekan aplikasi Instagram. Ramainya kawan aku yang dah berkahwin. Bosan tak ada apa yang menarik perhatian aku. "Zahirah.." aku mengangkat muka. Mata aku terpaku ke arah tubuh sederhana kurus itu. Hati aku mula digigit pilu. Kenapa dia mesti ada disini?
"pergi lah Hazim saya.. Saya.. Tak mahu jumpa awak lagi." perlahan saja nada suara aku.
Dia mengambil tempat di hadapan aku. "Za... Saya masih cintakan awak. Forgive me jika kata-kata saya tempoh hari membuat awak sakit hati. Tapi hati saya ikhlas.. Saya masih cintakan awak." aku mengangkat wajah memandang raut muka itu. Pandangannya penuh kesayuan.
"Hazim. Mungkin dulu saya pernah mencintai awak tetapi sekarang tak lagi. Saya dah jumpa cinta sebenar saya. Ketika hati saya diruntun kepiluan yang begitu pedih, dia yang menemani saya.. Saya harap awak faham yang saya, tak cintakan awak lagi." walaupun aku rindu Hazim, tidak bermaksud aku dapat menerima dia kembali dalam hidup aku. Hati aku dah beku untuk Hazim.
"tapi kita boleh mulakan semula?" Hazim merayu. Aku hanya terdiam seribu bahasa.'Mulakan semula'
huh? Dia ingat semudah membuat teh tarik? Aku menggeleng. "cukup lah, Hazim. Keadaan sekarang dah berubah! Pergi cari orang yang lebih memahami awak than I do." aku berkata tegas.
"Adreena. 5 tahun kita bercinta, how can you move on to another person that fast? Saya tak percaya yang awak cintakan lelaki tu. Awak mungkin terhutang budi pada dia, that's all. Awak tak cintakan dia, awak hanya cintakan saya... Only me. Zahirah.. I love you." tanpa dipinta, manik-manik putih mula berguguran. Pantas aku menyeka air mata itu. Tak mahu menangis untuk orang seperti Hazim.
"Hazim.. Tolong lah jangan bercakap seperti orang tak ada iman. Kembali lah kejalan Tuhan. Terimalah takdir yang kita memang tak ada jodoh." Hazim menghentak meja. Aku terkejut dengan riaksi Hazim. Hazim yang dulunya baik hati, penyayang sudah bertukar seorang yang hot-tempered dan seorang yang kasar hanya kerana cinta manusia yang tak kekal abadi?
"go to hell with those takdir you said! Can you stop lying for God damn's sake? and pretending that you are strong? I know you still love me and you are just using that stupid guy for denying all this thing. I know you don't love him!" aku tersentap.
Aku menampar wajah itu. Cecair pekat berwarna merah mula keluar dicelah bibirnya.
"berhenti melalut! Pergi Hazim. Pergi." aku memalingkan muka ke arah jalan raya. Dia tergelak sinis.
"Just wait my love, i'll make your life suffer. Jika aku tak dapat kau, jadi tak kan ada orang lain yang boleh dapat kau!" Hazim bingkas bangun dan keluar dari kafe. Aku meraup mukaku. Apa yang berlaku sebentar tadi seolah-olah mimpi ngeri buat aku. Hazim.. Kenapa awak jadi macam ni..?
bing! pesanan mesej Whatsapp masuk.
Ilman: saya dah habis
Me: okay.
Ilman: where are you?
Me: cafe.
Ilman: awak okay tak ni?
Me: I met him.
Tiada lagi pesanan Whatsapp yang aku terima dari Ilman. Seperti dijangka, Ilman terus menelefon aku.
"Assalamualaikum." lega mendengar suara Ilman.
"Waalaikumussalam.."
"You met him? When? Apa dia buat?" aku meraup muka sekali lagi dan mengeluh kecil.
"ya, baru tadi."
"awak okey tak ni Adreena? You're making me damn worry!" ni lagi seorang.. Damn, damn, damn aje tahu.
"saya tak ada apa-apa lah.."
"jangan tipu saya lah. Your voice.. Awak menangis? Dia buat awak menangis?" suara Ilman mula meninggi. aku rasa Ilman memang ada pasang cctv dekat badan aku itu yang semua aku buat dia tahu. Kau pun satu Adreena, suara macam itik saja sengaunya mana orang tak boleh cam.
"Ilman... Awak kat mana?" aku cuba mengalih topik.
"I'm on my way. Jangan pergi mana-mana. Tunggu saya kat situ, okay? Assalamualaikum."
"okay. Waalaikumussalam." klik. Aku hanya meneguk air kopi itu. Kalau tadinya kopi ini terasa enak sekali, sekarang pahit nya pula terasa menjadi jadi. Sungguh aku tak mengerti.
YOU ARE READING
The Nothing Something
RandomPening dan geram. Itulah yang dirasakan oleh Adreena Zahirah apabila ditemukan dengan seorang jejaka melayu berambut ala kpop. Apa sahaja yang dibuat lelaki itu pasti memanaskan hatinya! "macam mana awak boleh ada kat sini?" ~ Adreena "awak fikir L...