Bab 14

1.7K 64 0
                                    

AKU duduk di bangku kampus sambil membelek buku. Boring. Aku mengeluh. Teruk betullah kau Adreena! Penat juga kelas hari ini. Tak senang rupanya nak jadi doktor psikatari ni. Ingat kan nasihat-nasihat orang macan tu saja. Aku melirik ke pergelangan tangan, melihat jam. Sudah jam 6 petang. Mana Ilman ni.. Telefon pun tak, apa pun tak. Dah hampir dua jam aku tunggu! Ingat aku ni tunggul ke?! Kata pukul 4 habis kelas.

"lama tunggu?" aku mengeraskan diri. Terkejut sebenarnya, tiba-tiba saja muncul.

Senyap.

"merajuk?" aku terdengar dia ketawa.

Senyap lagi.

Bing! Pesanan Whatsapp masuk.

Ilman: saya minta maaf, tuan puteri!

Me: Awak tahu tak saya tunggu awak untuk 2 jam! Lama tau tak?

Ilman: sorry lah. Saya ada emergency case tadi.

Aku tekan button on di atas iPhone 5s itu dan berdiri.

"dah lah Ilman. Jom lah balik. Saya penat." kataku jujur. Lupakan sajalah dengan apa yang aku nak jelaskan pada Ilman.

macam orang tak betul pula bermesej padahal duduk depan belakang saja.

"saya minta maaf okey? Jom saya belanja awak makan. Awak mesti laparkan?" tahu-tahu saja Ilman ni. Pandai ya kau pujuk aku! Aku diam tak berkutik.

"nak ke tak nak ni? Muka macam peria saja." sempat lagi tu kutuk aku!

"hish, nak lah! Takkan tak nak, saya lapar tahu tak?"

Ilman ketawa dan mengangguk. Aku hanya menjeling.

Kami makan di sebuah kedai waffle. Cantik dekorasi kedai ni. Rasa macam makan kat taman pula! Pandai Ilman cari kedai. Wafel dia pun marvelous! Tak jadi aku nak merajuk. Waffle plus whipped cream plus strawberries and honey syrup! Memang sedap. Ilman hanya memesan hazelnut icecream with hazelnut macaroons. Macam sedap je dia punya... Aku capai satu macaroon Ilman. Ilman menjegil kan matanya. Marah konon.. Aku tak takut la!  Lepas makan, kami bersiar-siar di taman. Tak ramai orang.

"awak nak tahu kan pasal mimpi saya tu?"

"hm.."

"saya teringat kan Hazim."

"who's Hazim?"

"My ex-fiancee.."

Ilman senyap. Dia menunduk.

"Dia kata dia sayangkan saya Ilman. Dia kata dia akan kahwin dengan saya. 3 tahun saya tunggu dia balik dari Jordan. 3 years I waited for him.... Ilman. He promised that we will get marry after he done his phD, but he never show up after that..." Aku dah janji pada diri aku tak mahu lagi teringatkan Hazim. Aku nak buang jauh-jauh kenangan aku bersama Hazim. Biar lah aku mulakan hidup baru. Ilman memberi sehelai sapu tangan kepada aku. Aku menyeka air mata yang mengalir dipipi.

"awak menghidupkan perasaan saya yang mati.. Itu.. Itu ayat yang dia cakap di dalam mimpi saya hari itu.. Saya sedih Ilman.. Dia.. Hilang.. Dan tinggalkan saya dengan harapan macam itu aje.. Saya bengang sebab dia tinggalkan saya! Atleast cakap lah.. Saya boleh cari orang lain.." Ilman memandang aku yang kembali menangis. Ilman ketaqa kecil.

"sabar Adreena.. Mungkin ini satu ujian untuk awak dan mungkin juga Allah nak tunjuk ada yang lebih baik dari itu.. Shh dont cry.."

Aku menyeka air mata. "llman.. Kenapa awak layan saya macam ni?"

"hm?"

"kenapa awak layan saya ni seperti saya ni sangat bermakna untuk awak?" muka aku merah padam. Aku menunduk. Cuaca sejuk tetapi bahang masih terasa.

"saya cintakan awak. Since the first day we met." aku terpana. Mata Ilman aku lihat mencari kepastian. Dia tersenyum. Aaahhh.. Pipi aku lagi panas. Senyuman Ilman paling manis pernah aku lihat. Boleh potong kaki!!!

"awak cintakan saya?"

"saya tak mahu ulang. Jom lah balik. Menangis je tahu dia ni." Ilman.. Malu?

"hish. Saya sedih lah."

"lepas ni awak tak sedih dah.."

"sebab?"

"saya ada!" aku tergelak. Kartun lah Ilman ni. Akhirnya kami sampai juga kerumah abang.

"terima kasih.."

"kasih diterima.." aku menjeling. Dia tergelak.

"dah lah! Pergi balik dah lewat ni. Assalamualaikum."  Ilman mencebik.
"menghalau.."

"eh mengada nya awak ni. Saya suruh balik je. Takkan nak tidur sini?"
"tunggu kita ka-"

"dah, dah pergi balik" Ilman tergelak dan terus beredar.

Baru nak bukak pintu, wajah kak Mel dah terjengul di muka pintu. "happy nampak?" aku menjeling. "mesti lah happy.." kak Mel membulatkan matanya. "ada apa apa ke ni? Cerita lah kat kak Mel."  aku hanya tersenyum mengangkat bahu sebelum naik keatas meninggalkan kak Mel yang terpinga pinga di bawah. Mana boleh tahu! Exclusive lagi.

The Nothing SomethingWhere stories live. Discover now