Bab 15

1.8K 50 0
                                    

DAH seminggu kejadian pengakuan perasaan Ilman berlaku. Tak ada apa yang berubah cuma, layanan Ilman semakin hari semakin..... Baik! Selalu tepat pada masa menjemput aku. Aku suka cara Ilman. Dia tak pernah mengambil kesempatan untuk bersentuh atau tersentuh dengan aku. Sangat menjaga tapi kadang-kadang merenyam juga dia ni! Title pervert 69 masih juga lekat. Heh.

"Assalamualaikum..." sengih.

"waalaikumussalam. tengah buat apa?" soalan yang dah macam rakaman audio. Setiap kali tanya, mesti tanya soalan itu.

"tengah fikir pasal awak."

"sexual fantasy!!" dia terjerit. Aku pula ketawa sopan. Oh ya, sejak dengan Ilman ni, dia selalu ubah aku untuk jadi molek sikit sebab dia kata, "muka dah cantik tapi perangai tak molek!" aku hanya mendengar sahaja dia berleter. Apa aje lah Ilman..

"hey... No time okay. Saya tengah buat assignment."

"oohhh.."

"tolonglah buat kan untuk saya.. Saya malas lah Ilman." aku golek golek atas katil.

"bukan assignment saya," aku mencebik geram.

"tak gentleman betul lah awak ni Ilman.." ketawa halus dihujung talian.

"tak gentleman lagi ke saya selama ini? Beri awak nasihat itu, ini. Kira bagus lah kita tak romantik ke apa, cukup lah dengan mengelap air mata awak, saya dicop sebagai pervert 69.." dia ketawa sebelum menyambung. "kalau ber-gentleman lepas kahwin baru lelaki. kalau ber-gentleman sekarang, nanti terlebih gentleman, jadi gentel man pulak."

Ya rabbi! Aku dah ketawa. Apa lawak sangat lawak deep Ilman kali ni?

"Ilman sudah lah... Saya nak buat assignment ni.." kataku dengan sisa tawa yang masih berbaki.

"yelah.. Buat assignment tu. Kalau sleepy, pergi buat coffee, now."

"teman saya buat kopi kejap.. Jangan off talian. Bil awak nanti kira potong duit hantaran." aku bangun dan pergi ke dapur. Ilman ketawa. "ya lah saya tak tutup, keep talking, I'm here.." ni lah salah satu perangai Ilman yang buat aku sesak segala nafas!

"saya tengah bercakap dengan awak lah ni." tangan aku ligat membancuh kopi dan aku membawa kopi ke dalam bilik.

"do assignment well. Apa-apa just call saya ok.. Sayang?"

Uhuk! Sayang? Hampir tersedak air kopi yang aku bancuh tadi. Sayang tak kena on time!

"saya baru panggil sayang dah tersedak, haishh Adreena, belum saya kenyit mata lagi," dia ketawa.

"eh, eh, awak jangan nak perasan ya? Kopi panas ni yang buat saya tersedak. Bukan awak,"

"awak takkan boleh tipu saya, sebab saya bukan budak-budak macam awak." dia ketawa lagi! Tahu sangat dia suka kena kan aku.

"malas nak layan!"

"saya off eh?"

"j..jap Ilman.. Hold on, saya nak tanya something."

"just ask.."

"kalau saya lupa ingatan kan, awak sayangkan saya lagi tak?"

"nak hilang ingatan sangat dah ke?" aku menjulingkan mata ke atas. pedas!

"saya tanya je!"

"Adreena.. Sayangku... Ya habibi... Eeee geli!..." dia tergelak. Tak romantik! Boleh pula geli.. Saya yang makan hati tau Ilman..

"saya ikhlas sayangkan awak lagipun perasaan saya ni, Tuhan yang hadirkan. Saya tak boleh tentukan how long can we stay together. Cinta sesama manusia tak sama seperti cinta Allah, But kalau pasal lupa ingatan tu, saya akan tetap sayangkan awak walaupun masa tu awak mungkin dah tak kenal saya tapi nama awak sentiasa berada di dua tempat. Hati saya dan doa saya.."

Sobs... Ilman ni kan!

"k..kalau saya buta ke pekak ke? Sayang lagi ke?"

"mesti la sayang. You're beautiful mana boleh let go!" dia ketawa. Kurang asam Ilman! Tadi kata ikhlas lah apa lah..

"saya gurau je lah. Mesti la sayang. What a question. Dah lah pergi buat assignment tu lepas tu tidur. Esok saya.."

"pickup macam biasa. Terima kasih Ilman! Saya.. Tuuuuutttttt awak." kami sama-sama ketawa. Faham.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam."

Telefon aku tutup. Assignment? Malasnya! Tak apa lah demi masa depan, aku gagah kan juga diri membuat assignment prof Harrold itu.

The Nothing SomethingWhere stories live. Discover now