Bab 5

2.2K 65 0
                                    

"Aan, give back uncle's phone. Kita dah sampai." tuturku sambil sibuk mengambil beg galas dari cabin atas. Sebenarnya sibuk nak mengelak mata dari terpandang mamat tu.

"thank you uncle!" cerianya suara Aan.

"No problem Aan.." Aan? Wah.. Sudah lebih ni!

Aku mengerling sedikit kearah mereka. Siap buat hand shake ada style lagi. Mesra benar nampaknya.

"see you next time uncle! Aan lives in Mayfair." peramah lah pula si Aan ni. Aku tarik tangan Aan tanda 'lets go' tapi Aan enggan. Aku menjulingkan mata. Apalah yang Ilman buat kat Aan? Sampai brotherhood betul ni!

"Aan, come on. Later papa will scold you.." gertakan aku menggunakan nama papanya tak lut pun. Dia masih berbual dengan Ilman. Ilman pula seronok melayan.

"okay bye uncle, see you next time!!" Aan melambai Ilman yang berada di belakang kami.

"See you next time too, Aan." next time? Ohohoho there will be no next time! Aku pimpin tangan Aan dan berjalan laju sikit. Lemas betul.

"kenapa lambat?" soal abang Kif. Aku mengerling Aan. Ha! Auntie dah cakap.. Aan buat donno aje. Aku jugak lah yang kena menjawab soalan papanya.

"Aan pergi tandas kejap," aku tipu.

Abang pun mengangguk percaya saja apa yang aku cakap. Haihh... Abangku. Murni betul hati mu. Rasa bersalah pula menipu. Tapi takkan nak cakap sebab Ilman tu kut? Hiks... Aku menghampiri kak Mel yang mendukung Aim itu.

"kak nak hold Aim jap!" pintaku.
Kak Mel tersenyum dan menyerahkan anaknya kepada aku. Pipi gebu Aim menjadi sasaran ciuman ku. Kanak-kanak berusia 3 tahun itu ketawa kegelian. Dia menyentuh pipi aku dengan tangan kecilnya itu. Geli tapi seronok tengok tangan dia travel merata muka aku. Sampai tangannya dibibir aku, aku mengacah untuk menggigitnya. Dia cepat-cepat melarikan tangan kecilnya dan ketawa. Comel!! Anak rambut Aim aku usap ke tepi.

"nampak Aan tak?" soal kak Mel kepadaku. Aan? Aan!! Mana Aan?? Aku menyerah kan Aim kepada kak Mel semula. Aku sudah mula panik! Tadi bukan dia ada disini ke?

"biar Ad tengok Aan kejap.Mungkin dia di dalam." aku berlari anak ke dalam lapangan terbang itu semula dan.... Aan bersama Ilman? Apa ni? Aku berjalan laju ke arah mereka dengan perasaan geram yang meluap-luap.

"Aan! What are you doing here? Everyone's looking for you, You know?" aku memang geram sungguh ni. Takut kehilangan lagi. Serik. Mata aku hala kepada Ilman.

"dan awak! Boleh tak jangan sesuka hati nak panggil Aan datang kat awak? Kami semua risau tengok dia hilang macam tu saja! Rupanya dia dengan awak!" muka dia tenang je kena sembur dengan aku. Manusia ke robot Ilman ni?

"dia yang datang dekat saya okey? Lagipun baru saja dia datang kat sini. Awak tak perlulah nak marah dia." balas Ilman semula.

aku tarik tangan Aim. "dont go or talk with strangers anymore. Copy that?!" terangguk-angguk Aan. Takut lah tu. Kami meninggal kan Ilman seorang diri di situ. Panas betul hati aku. Lantak lah salah dia ke, bukan ke biar aje lah. Pokoknya, aku risau!

"Ya Allah Aan, where have you been?" tanya kak Mel sambil membelek belek muka anak sulungnya itu. Aku mengeluh. Pandangan kak Mel dihala kepada ku. Minta penjelasan. Aku faham, sekali lagi aku mengeluh.

"dia ada di dalam dengan lelaki yang duduk sebelah kami." aku berterus terang.

"hah? apa nama nya? baik ke jahat?"

"nama dia Ilman. Baik kut." malas malas aku menjawab. Baik ke mamat tu? Entah.

"Aan, don't do like this anymore! Mummy dont like. Anything just go with aunty su okay?" tenang kak Mel menasihat anaknya itu. Wajah itu jelas terpancar kerisauan nya. Ibu mana yang tak risau kan anaknya? Nak pula yang disayangi, yang dijaga sedari lahir tidak berada di depan mata, lagi lah tidak keruan di buatnya. Aku memeluk Aan.

"Aan.. Sorry."

"for what?"

"scolding you infront of uncle Ilman.."

"it's okay aunty su.. Aan dont mind. I'm sorry too.."

Dia membalas pelukan aku juga. Orang kalau tengok kami begini pun mesti fikir kami ni anak beranak. Aan memang manja dengan aku. Aku pula suka memanjakan dia. "okay, kejap lagi Pak Hamid datang ambik kita," kata abang Kif. Dia tak tahu kejadian Aan hilang sebentar tadi kerana dia pergi menelefon seseorang. Tutup mulut saja. Benda dah lalu.

Wah cantik nya rumah abang! Terkagum sebentar aku. Lama tak ke sini dah macam macam perubahan dan perabot yang ditukar. Aku perasan ada sebuah lampu chandelier yang memang besar dan cantik sekali terpasang di pintu utama. Aan pantas menarik aku ke atas ke biliknya.

"see!!" ujarnya dengan teruja. sebuah bilik berkonsepkan 'space out' seluas 1/4 padang bola. Tak besar dan tak kecil sangat. Menarik bilik Aan ni.

Wallpaper biliknya menggunakan gambar angkasa lepas. Gelap dan bintang-bintang yang berkelipan. Memang terasa di angkasa lepas sangat! Pandai abang Kif dan kak Mel menghias bilik anaknya ini. Ada satu benda yang menarik perhatian aku. Sebuah khemah kecil di sudut bilik itu. Mainan elok tersusun. Aku baring di atas katil Aan. Dia menunjukkan aku figura Jedi dari cerita Star Wars itu. Abang masih tak berubah! Dia masih mempunyai koleksi Star Wars. Minat dia memang mengumpul figura-figura cerita Star Wars. Anak nya pun terikut sekali. Aiyooooo...

"Aan bilik auntie kat mana?"

"beside my room!!" sebelah? Alahaiii.. sebelah Aan je lah ya? Bersyukur lah Adreena daripada duduk berseorangan di Manchester. Aan menarik tangan aku ke bilik sebelah. Mulut aku jadi bentuk O dah. Cantik! Nyaman! Sebuah katil bersaiz queen berwarna peach cream nampak saaaaaangat selesa. Nampak sahaja buat apa? Aku tarik tangan Aan dan kami berdua melompat dan berbaring di atas tilam itu. Ya Tuhan... Nikmat betul!

"best la tilam ni Aan! Aunty loves it.." kata aku dengan perasaan teruja yang meluap-luap didalam hati.

"Aan suka it too!! Papa bought it last month." kami berdua ketawa. suka it too? Bantai lah Aan oii.. Janji dah cuba bercakap bahasa melayu!

"love the bed?" tanya abang Kif dimuka pintu.

"gila tak suka? I loooove it abang!"

sengaja aku menekan perkataan love itu. Abang Kif tersengih. Tahu sangat kesukaan adiknya itu. Abang yang memahami!

"okaylah tomorrow dah start kelas kan? So.. Go rest. Mandi lah apa yang patut. Ni beg, abang bawa naik. Excited sangat sampai tak angkat beg ya?" abang mengusik.

Aku dah menjulingkan mata.

"Aan yang tarik auntie. Bukan aunty yang naik sendiri," Aan aku peluk. Sampai naik rimas budak tu. Abang ketawa. "dah dah, Aan go take bath. Auntie want to rest." tangan Aan di tarik papanya.

"dah Ad pergi mandi dulu lepastu rehat. Nanti dinner abang panggil." aku mengangguk. Aku memang dah penat juga ni. Pintu ditutup. Aku menarik comforter dan... ZzzzZzzz..

Selamat.

The Nothing SomethingWhere stories live. Discover now