Bab 8

2K 61 1
                                    

Kafe Starbucks tidak ramai pengunjung hari ini. Kami pilih untuk duduk di tepi tingkap. Nyaman dan dapat melihat kesibukan kota London pagi ini.

"Tell me about you." dia berpeluk tubuh. Aku mengerutkan kening dan berdeham. "what do you want to know about me?" aku tersengih. Macam interviu kerja pulak kan.. Hehehehe..

"why are you crying on plane?" aku tersentak. Sedaya upaya aku cuba mengawal perasan. Ilman tahu? Hishh! Tak jaga mata pandang sungguh lah pakcik seorang ni. Semua dia perasaan!

"a..awak ppperasan?" soalku sedikit gugup.

angguk.

"jadi awak nampak lah saya menangis ya?"

angguk lagi. Aku mencebik geram. Dalam ramai-ramai kelompok manusia, kenapa mamat ni juga yang kena nampak semua ni?

Aku dah terdiam. Asyik malu aje dengan Ilman. Agaknya ini lah balasan dari Tuhan sebab asyik tahu mengumpat Ilman dalam hati je haa kan dah kena. Aku mengetap bibir, merenung Ilman yang sedang berpeluk tubuh di hadapan.

"saya buruk kan masa menangis?" dia ketawa besar. Terhinjut-hinjut badan Ilman mentertawakan aku. Hinanya!

"Nope. Awak nampak super gorgeous time menangis. Pipi, hidung dan bibir awak merah sangat! Saya rasa nak gigit je," terus membulat mata aku. Oh hoiiiii... Tadi menjaga sangat, sekarang? Sexual fantasy? Dia ketawa lagi.

"Ilman!!! Awak pervert 69!"

"kenapa ada 69?"

"saya rembat aje, Saya rasa sesuai.."

"sukahati awak lah," dia ketawa kecil sebelum menghirup kopinya. Ada pula nak gigit hidung aku... Uihh... Teruk betul sexual fantasy seorang lelaki ya? Patut lah wanita di negara Arab, majoritinya berpurdah. Mereka cantik dan mereka menjaga 'khazanah' mereka hanya untuk suami mereka. Memelihara nama baik seorang wanita. Terasa bangga dan hina dalam masa yang sama. Bangga kerana yang bersungguh-sungguh memakai purdah dan hina kerana masih banyak yang masih belum menutup aurat. Masih ada yang terdedah di sana sini. Oh.. jangan kata di negara barat sahaja, negara kita sendiri masih ramai yang memakai pakaian yang mendedah kan lurah di tempat tempat awam.Boleh buat selamba lagi tu!

Seriau betul bila Nabi Muhammad kata penghuni di neraka lebih banyak perempuan berbanding lelaki. Adakah aku tergolong di dalam ahli neraka? Astarghfirullahalazim... Harapnya tidak.

"hey.. berangan kahwin dengan putera raja ke?"

"saya kahwin dengan putera raja pun, sukahati sayalah! Bukan kahwin dengan awak pun!" aku menjeling.

"jeling lah, jeling lagi. Jadi juling nanti tak ada siapa nak kan awak." aku muncung kan mulut.

"haaa muncung la muncung, nanti jadi mulut itik, suami pun tak mahu kiss," mata aku membesar. Main cakap suka hati nenek dia aje! Aku baling tisu ke muka nya. Dia ketawa mengejek.

"awak ni memang teruklah, Ilman."

"terima kasih, saya sendiri tahu tentang fakta itu." kami berdua ketawa sekali lagi sebelum keadaan diantara kami kembali hening semula.

"awak tak jawab lagi soalan saya."

"let it be.."

"saya tak mahu hidup dalam penuh tanda tanya" kali ni, kali kedua aku tersentak. Apa maksud Ilman?

"why do you care so much?"

"sayakan kawan awak sekarang ni, ceritalah kat saya.." Ilman memang tak akan mengalah. aku mengeluh. aku perlukan seseorang untuk mendengar. Mungkin Ilman boleh menjadi pendengar yang baik. Aku mula membuka pekung di dada.

"Okay fine. Remember when saya mimpi yesterday yang awak kata saya mengacau semua orang padahal saya hanya mengganggu konsentrasi awak tidur dan awak menegur saya?" sempat lagi aku fire dia! dia melepaskan ketawa kecil sekaligus dengan anggukan.

"apa yang awak mimpi kan sampai berpeluh dan menjerit tu?"

"saya mimpi saya lemas. Orang benam kan kepala saya di lautan lepastu, saya dengar bisikan. Ayat ayat itu pernah diungkapkan oleh seseorang yang penting dalam hidup saya." ingatan aku kepada Hazim masih kuat. Susah saya nak lupakan awak Hazim. Dah 3 tahun awak tinggalkan saya.

"Tunggu Zim balik lepas tu kita kahwin terus okay, wifey?" aku menampar lembut bahu itu.

"Zim ni! Saya belum wifey awak lagi okay? Tangan tok kadi pun awak belum buat special handshake lagi.." aku melihat kasut. Malu nak bertentangan mata dengan kekasih hati.

"kejap je 3 tahun tu Za, nanti saya balik, kita teruskan niat kita okay? Setia tau! Tangan tok kadi tu saya shake sampai putus tangan dia!" dia buat kening double jerk. Kami bergelak ketawa. "come, smile. For our very last memories!" ceria dia menutur kan kata-kata itu. Aku tersentak.

Our very last memories? Aku cuba bersangka baik. Aku senyum ke arah kamera polaroid berwarna hitam itu. Hazim mencoret sesuatu di belakang gambar dan di berikan kepada aku. Aku tersenyum.

"apa ni?"

"read!"

Akhirnya aku yang tersenyum sumbing seorang diri membaca coretan di belakang gambar itu. Bahagia meresap jiwa.

mata panas. pedih hidung. dada berombak. Astarghfirullahalazim.. Kenapa dengan aku ni? Benda yang lepas tak patut aku flashback. Tapi macam mana nak halang? Its too strong. Gugur juga air mata. Aku menunduk. Nafas aku tarik dalam dalam. Air mata terus menitik tanpa disuruh. Aku tak dapat mengawal lagi. Kepala aku sembam kan keatas tangan yang berada di atas meja itu. Aku menangis semahunya. Macam mana lah aku boleh teringat kan Hazim.

"Adreena..." lembut suara itu memanggil.

"Adreena.." aku angkat kepala. Ilman kelihatan tersentak namun cepat-cepat dia tersenyum. "awak okay?" aku nampak okay ke sekarang? Aku menggeleng. "let all out.. nanti awak boleh ceritakan kepada saya." memahami.

Aku segera mengesat air mata dan mengeluh. "maafkan saya Ilman."

"untuk apa?"

"buang masa dengan saya. Tengok saya menangis tiba-tiba.. Saya tak boleh kawal.." terasa sebak semula. Tapi cepat-cepat aku mengawal perasaan. MALU lagi dengan Ilman.

"jom saya hantar awak balik. Saya ada kelas lepas ni."

"saya ada kelas juga lepas ni. Universiti saya dekat je. Saya jalan kaki aje lah."

"Cambridge University?"

Aku mengangguk. Dia tersenyum lebar.

"come, im in that campus too! One way.." surprisingly... Aku menangguk.

"habis dah eyeliner saya.." Ilman bangun dan membasah kan tisu sedikit. Aku tersentak seperti terkena renjatan elektrik apabila dia mengelap kedua kelopak mata aku. Diam tak berkutik seperti patung mannequin di kedai baju.

"done! Let's go." aku masih keras memerhati Ilman. "jom lah, nak saya angkat ke?"

"no thanks,"

aku cepat-cepat bangun. Ilman ketawa lagi.

The Nothing SomethingWhere stories live. Discover now