AKU melemparkan diri ke atas katil. Tilam yang lembut membuatkan aku rasa sepuluh kali ganda bersyukur kerana papa membelinya. Perlahan-lahan aku cabut tudung daripada kepala. Oh penatnya hari ini! Selesai sudah semuanya. Hati mula memanjatkan rasa syukur kepada Allah yang maha esa. Kerananya, aku bertemu Ilman. Belahan jiwa aku. Bunyi pintu terbuka dari luar. Aku memandang gerangan yang masuk sekilas.
Ilman.
Dia turut berbaring disebelah aku. Tiada kata-kata. Cuma hembusan nafas Ilman yang kedengaran. Dada berombak. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Diulit dengan emosi. Masing-masing gembira dan bersyukur. Aura bahagia seperti atmosfera yang terapung-apung di udara.
"Sayang.." panggil Ilman. Memecahkan tembok kesunyian diantara kami. Perlahan sahaja suaranya. Namun kedengaran sensual sekali di telinga aku. Dia mula baring menghadap aku. Sebelah tangannya menongkat dagu. Matanya lembut memandang wajahku. Untuk kali kedua, aku dapat melihat wajah Ilman dengan sedekat ini. Kacaknya dia.
"Yes, Ilman?" aku bersuara.
"can i play with your beautiful hair?" soal Ilman. Masih lagi dengan intonasi yang sama. Manja dan perlahan. Dalam masa yang sama, aku tergelak kecil. Comelnya soalan suami aku ni!
"ofcourse you can, Ilman.."
Matanya masih lembut merenung aku. Jarinya mula memintal dan bermain dengan rambutku. Kini, tiada perasaan yang lebih gembira selain berduaan seperti begini bersama suami tercinta.
"Adreena.."
"Ya.." aku memejamkan mata untuk merehatkan diri. Perasaan semakin asyik dengan Ilman yang bermain dengan rambut.
"You know what sayang, hari ini adalah hari yang paling gembira buat saya. It feels so unreal. Too dreamy to be real. Seeing you without your scarf, tangling and twirling my finger between your beautiful hair. Knowing that your beauty is only for me and for marrying me, i am extremely happy because of that. I feel so blessed having you by my side now. I wish ive known you sooner, so that i can love you little longer." Jelas Ilman. Suaranya gemersik sekali. Pengakuan Ilman membuat mata aku tercelik luas. Matanya masih tidak jemu memandang aku. Aku tersenyum lebar. This guy! Memang tahu macam mana nak buat hati aku cair.
Kini, aku pula menghadap Ilman. Dia masih setia memandang aku. Jari aku perlahan menyentuh keningnya yang terbentuk, kelopak mata yang hampir tiada, pucuk hidungnya dan lesung pipitnya. Akhir sekali, mengirai-ngiraikan rambut Ilman yang sudah menutup sebahagian dahinya itu.
"I am thankful for everything." Bisikku perlahan. Perlahan tapi cukup untuk Ilman dengar.
Aku memegang kedua belah pipi Ilman dan mencium kedua-dua belah pipinya. Rasa malu mula menyerbu diri. Muka terasa panas. Beraninya kau Adreena!
Ilman ketawa perlahan. Jarinya mengalihkan anak rambut aku yang berjuntai ke belakang. Dan mencubit hidung aku.
"So reddish like a strawberry. Buat saya rasa nak gigit je hidung awak tu. Don't cry infront of any men, your nose, your cheeks will turn red and it is so inviting, sayang. Okay?"
Aku anggukkan kepala. Inviting? Uih.. bahaya.
"Awak tahu tak Ilman, bila awak cakap macam ni kan saya tak rasa pun macam awak ni pervert 69.. saya rasa bahagia sangat."
Ilman ketawa sekali lagi.
"Saya memang bukan pervert 69. Awaklah yang pandai-pandai."
"Eleh, tapi awak memang pervert pun kan?"
"Awak nak tengok saya betul-betul jadi pervert ke? Malam ni?" Ilman tayang muka tak bersalah dia.
Aku serta-merta diam tak berkutik.
Air liur terasa seperti pasir sekarang. Kesat. Tak boleh nak telan. Berderau darah. Tiba-tiba rasa takut.
"Aik, diam je.. oh.. someones blushing." Usik Ilman. Jarinya mencucuk-cucuk lembut pipi ku. Mengusik nombor satu. Suami siapalah ni?
Ilman kemudiannya menghampiri aku. Akhirnya, kedua-dua belah tangannya di sisi kiri dan kanan aku. Pinning style. He's on top. Mukanya perlahan-lahan menghampiri aku. Mata aku dah terpejam. Apa dia nak buat ni? Cool Adreena.. cool.. dup. dap. dup. dap.
"I wont touch you until you really come to me and give it to me by yourself. So don't worry my precious." Bisik Ilman di telinga kanan. Seraya itu, dia mencium pipi kananku. My first.. kiss. Bahagia.. itu sahaja yang berlegar di dalam kepala. Kenapalah aku tak terima lamaran Ilman dari dulu sahaja? Kalau aku tahu nikmatnya berkahwin ni sungguh bahagia..
"That doesnt count as first kiss alright? First kiss will come to you right before we sleep." Ilman mengenyit kan matanya kepada ku sebelum dia mula beredar ke dalam balik air. Mengusik sahaja dia!!!
Oh tidak.. he is still pervert 69. Dalam diam aku tersenyum. Macam mana saya tak sayang awak Ilman?
YOU ARE READING
The Nothing Something
RandomPening dan geram. Itulah yang dirasakan oleh Adreena Zahirah apabila ditemukan dengan seorang jejaka melayu berambut ala kpop. Apa sahaja yang dibuat lelaki itu pasti memanaskan hatinya! "macam mana awak boleh ada kat sini?" ~ Adreena "awak fikir L...