"Ilman.. awak dah bangun?" tegur aku dengan mata yang terpisat serta suara yang serak. Macam itik serati dah bunyinya!
"Seksinya suara orang tu.." usik Ilman.
Dia menongkat dagu dan memandang ke arah ku. Pukul berapa sekarang ni? Kenapa dia still wide awake? Ilman kembali menjalankan tugasnya sebagai mengusap kepala aku. Belaian Ilman membuat aku terbuai dengan situasi tersebut.
"Pukul berapa ya sekarang ni?"
"1 am. Saya tak boleh tidur. Maybe sebab saya terlalu bahagia hari ini. Saya takut ini semua hanyalah mimpi. Saya tak mahu tidur dan terjaga. Saya takut awak hilang. Sayang.. dont leave me?" adu Ilman. Raut wajahnya jelas kelihatan risaunya itu. Sampai begitu sangatkah Ilman menyayangi aku? Aku senyum lebar.
Ada-ada saja seorang ni! Masakan baru kahwin satu hari sudah mau lari? Itu rekod tu! Nak tengok abang Kif baling pinggan padu kepada aku boleh lah try buat hal. Kahkahkah.
Ringan saja jari jemari ini mengusap pipi Ilman. Seperti ada daya tarikannya sendiri, aku terus membelai pipi Ilman dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Betul lah kata orang, jangan benci sangat nanti sayang sangat. Haih! Tapi tak apalah, demi Ilman, semua aku sanggup!
"Dalam dunia ni, saya ada banyak masalah. Tapi, tak ada satu pun yang berkaitan dengan awak. Ilman, youre something exceptionally. Youre my sources of happiness. Youre my Mr.Bawang remember?" Kata-kata aku berjaya membuat muka cemberut Ilman bertukar. Dia tersenyum simpul. Terserlah kedua lesung pipinya yang dalam itu. Malam-malam begini pun kacak haih susahlah! Tangan Ilman sudah berhenti mengusap kepala aku.
"And now Mr.Bawang already married to Mrs.Bawang. bila lagi nak produce Bawang Junior?" seloroh Ilman bersertakan gelak tawanya yang kuat itu. Sempat lagi kenyit mata tu! Aku menampar perlahan bahunya spontan. Muka aku mula memerah. Hesy dia ni. Dah malam kot! Agak-agaklah kalau nak ketawa tu. Kalah langsuir gamaknya.
"Eh..eh.. seronoknya dia gelak! Perlahan sikit boleh? Jiran-jiran nak tidur tau. Ingat satu taman perumahan ni awak punya ke? Kalau bahagia sangat pun jangan lah over." balasku sambil menjeling Ilman. Jelingan manja. Erk.. erk. Ilman buat muka skeptik.
Lelaki itu mula bangun dan membetulkan postur kedudukannya. Kini kami berua sama sama duduk bersila di atas katil. Dia memeluk tubuh. Mula nak berdebat lah tu!
"Memang saya punya pun. Saya boleh beli apa kalau saya nak.." ujarnya dengan riak. Aku mencebir kan bibir. Hiks.. eksyennya mamat sorang ni.
"Biarlah saya nak tunjuk saya happy pun. Saya ada isteri sekarang and im supposed to be happy. Saya memang bahagia sekarang. I dont care pasal orang lain." Sambung Ilman semula. As expected. Kaw-kaw dia bidas aku.
Wah! snobbishnya Ilman aku ni. Tapi kembang kempis juga bila dengar Ilman kata begitu. Siapa tak happy bila seseorang yang kita sayang kata begitu? Rasa diri sangat berharga bila kita ni penting sangat dalam hidup seseorang. Perasaan ini sangat indah. Apakah kebaikan yang aku lakukan untuk menerima nikmat bahagia sebegini, ya Allah?
"Saya pun happy ada awak Ilman. I love you.. like very much." Dalam tak sedar, aku berbisik perlahan.
Ilman tersenyum senget.
"sayang, i love you." Kata Ilman kemudian mencium ubun-ubun ku buat seketika.
"Really? you love me?" Aku sengaja bermain tarik tali.
Ilman ketawa dan mengangguk perlahan. Faham. He's in the game too!
"Saya sayang awak sama banyak dengan banyaknya pasir pantai.. cukup?" Dia mengerutkan dahi. Aku buat muka.
"sayang saya ke tak ni?" Aku mencebik. Saja pancing. Ilman
buat mata keatas."Mestilah sayang.." jawabnya dengan nada meleret.
"This much.." aku cium kedua-dua belah pipi Ilman.
"Or.. this much?" Perlahan-lahan bibir aku mendarat ke atas bibirnya. Ilman kelihatan terkejut namun kemudian dia tersenyum. Telingannya merah. Oh Adreena! Langkah maut ni.
Selepas 10 saat, aku melepaskan kucupan dari bibir Ilman. Aku sendiri termalu. Aku perasan mata Ilman tak lepas merenung aku. Dengan senyum senget dia tu.. ah.. whats gotten into you Ad?! Tapi first kiss tadi... ah.. beraninya. Rasa nak tepuk kepala sendiri. Memang langkah nak kena baham tu. Daripada celah mana keberanian itu datang? Ni sah lah! Banyak sangat tengok K-Drama. Sampai scene macam tu boleh muncul. Boleh pula ya datang tengah malam begini. Betullah orang kata. Expect the unexpected!
"so.. em.. how mu-" aku mula bersuara.
"This much.." Ilman berjaya mendiam kan aku dengan mengucup kembali bibirku. Rasa seperti beribu-ribu rama-rama sedang terbang mengepak laju di dalam perut aku hingga ke hati. Rasa bahagia mula meresap masuk di segenap ruang tubuhku.
If it is with you forever Ilman, i am so ready. Bisik hati aku sendiri.
YOU ARE READING
The Nothing Something
RandomPening dan geram. Itulah yang dirasakan oleh Adreena Zahirah apabila ditemukan dengan seorang jejaka melayu berambut ala kpop. Apa sahaja yang dibuat lelaki itu pasti memanaskan hatinya! "macam mana awak boleh ada kat sini?" ~ Adreena "awak fikir L...