bab 3

2.3K 69 0
                                    

"Awak mendamaikan saya..."
suara itu seperti berbisik ditepi telinga aku. Angin yang meniup di pantai itu menyapa kulitku lembut. Sejuk. Aku memeluk tubuh dengan kemas. Mana datangnya suara tadi? Seorang jejaka? Aku menoleh ke kiri dan ke kanan, kawasan pantai lengang dan sepi. Kaki melangkah sendiri ke arah lautan yang terbentang luas. Aku berjalan seolah-olah di panggil oleh sesuatu. Sesuatu yang aku tak pasti mana datangnya.

"awak menghidup kan perasaan saya yang mati..." suara itu berbisik lagi. Apa maksudnya? Bingung.....

Tiba-tiba, kepalaku dibenamkan kedalam air. Pedih mata tahap petala dan masin mulut aku dimasuki air laut. Aku bergelut seorang diri. Bertarung nyawa. Siapa yang berada di belakang aku? Tercungap-cungap aku mencari nafas. Senak penafasan. Terasa lemah tak berdaya lagi untuk melawan. Sakit tekak aku menjerit. Aku pasrah sebelum semuanya menjadi gelap.

"Hey.. Hey... Bangun.." suara lagi? Aku celikkan mata. Muka aku berpeluh. Aku dimana ni? Aku pandang sebelah. Aan masih lena dibuai mimpi. Aku di dalam kapal terbang. Apa teruk sangat mimpi aku tu? Jauh betul terlajaknya. Pantai? Kapal terbang? Uikss...

"awak okey?" tegur seorang lelaki di tepi Aan. Sejak bila ada dia ni? Kening di sebelah kanan aku jingkitkan. Aku teragak-agak mengangguk.

"awak mimpi tadi.. meracau teruk. Saya tak sampai hati nak kejut kan awak.." dia terus memberi 'maklumat' tanpa dipinta. Oh nooo.... malu betul.

"tapi badan awak dah berpeluh, awak menjerit, seolah olah awak tenggelam dalam dunia mimpi awak sendiri.."

aku dah malu tahap gaban dah ni. Mesti tak molek betul cara aku tidur tadi! lelaki ni pun gatal mata tengok aku tidur buat apa? Eeee... Cucuk mata tu karang!

"dan.. awak mengacau semua orang sebenarnya." Bang! Bang! Bang!

Oh hoiiiii... Harap muka saja handsome tapi tak sopan betul menegur perempuan melayu yang tertidur dan TERmengigau di dalam kapal terbang seperti aku ni. Sobs! Aku mengigau aje bukan meracau dengan rela hati pun. Kali ini aku tak membalas. Tak kuasa dan.. Segan sebenarnya.

Aku mengerling lelaki yang bersweater berwarna maroon itu. Ohh...dia lelap balik. Selamat! Senak perut aku dengan kata-kata dari bibir merah non-smoking itu. Mungkin aku kacau dia tidur kut, tu yang kejut kan aku tu. Tak sampai hati konon.. sembang lebih! Cakap je lah straight-foward yang aku ni mengacau dia tidur. Tak perlu lah nak cakap aku menjerit teruk ke apa. Siap guna bahasa sastera lagi tu. Aisehh.. Memalukan aku saja.

Tapi.. Mimpi tadi.. Sangat pelik.

"awak mendamaikan saya?"

perlahan bibir aku menutur tiga perkataan yang membingung kan kotak fikiran aku. Apa maksud mimpi itu? ayat itu.. Aku tersentak. Fikiran aku mula teringat kan seseorang. Wajah itu mula menerjah kotak fikiran.

..... Hazim?

Hati aku berair semula. Hidung terasa pedih. Kepala aku pening. Celaru. Mata berair tanpa sedar. Dalam diam aku menyeka air mata yang menitis. Adakah mimpi itu petanda?

Kalau lah masa boleh berputar semula....

Hazim,

Saya rindu kan awak.

Aku terlena tanpa sedar.

The Nothing SomethingWhere stories live. Discover now