AKU mengambil nafas bersendirian di mini garden. Terasa seperti baru semalam aku pindah ke sini. Pasti aku akan merindui suasan kota London yang dingin dan nyaman ini.
Balik ke Malaysia semula. Bukan itu ke yang kau nak, Adreena?
Aku mengeluh dan memeluk tubuh. Namun, aku pantas menggeleng semula. Bukannya aku takkan ke London semula! Buat macam takkan balik semula ke sini aje.
"haihh.. Tak sejuk ke?" tegur abang Kif dari belakang aku. Aku mengurut dada sambil menarik nafas.
"abang Kif ni.. Buat Ad terkejut aje lah!"
Abang Kif ketawa. Bila ketawanya mula reda, dia memeluk bahuku erat.
"bila lagi abang boleh usik Ad macam sekarang? Lepas ni dah jadi isteri orang, isteri Ilman. Tak dapatlah abang nak manja-manja dengan adik abang ni."
Aku mengcebik bibir cuba menahan perasaan. Lagi 2 bulan. Aku kahwin saja demgan Ilman tu, bukannya pindah ke Antartika sana!
"eleh abang Kif ni.. Poyo betul la, Tak kemana pun adik abang yang abang sayang ni!" abang merenggangkan pegangannya dari bahu aku. Dia pandang tepat kearah anak mata aku.
"abang harap Ad dapat jadi isteri yang baik untuk Ilman tu. Dia tu nampak baik dan sesuai sangat untuk Ad.."
Aku mencebik dan menarik muka masam. Abang Kif pula tersenyum.
"tahulah Ilman tu baik, Ad ni jahat. Kalau macam tu abang Kif suruh aje lah Ilman tu kahwin dengan orang yang lebih baik daripada Ad."
"Adreena, to obtain a true love is not about finding a good, a caring and an understanding partner, but to become one. Jadi, Ad jadilah yang terbaik untuk Ilman. Abang yakin Ilman memang jodoh yang ditetapkan oleh Tuhan buat Adreena."
Aku menggigit bibir dan mengangguk. Kata-kata abang Kif memang ada benarnya.
"hish... Apa yang abang buat kat luar ni? Semata-mata nak bagi pesanan penaja aje ke? Dah lah, Ad nak masuk dalam. Kemas beg lagi syok!" kata aku sambil mengorak langkah ke dalam rumah semula. Abang Kif ketawa dengan kuat.
"orang bagi nasihat, lari pula. Baru nak bagi nasihat pasal dalam bilik tidur pula!" teriak abang Kif dari jauh.
Apa? Nasihat dalam bilik tidur???!! Eeeeee! Apa masalah abang Kif ni? Aku tutup telinga dengan kedua-dua belah tangan tanpa menghiraukan abang yang sedang galak mentertawakan aku.
"APA? Nasihat dalam bilik tidur? Hahahaha..." kali ini aku kena menadah telinga mendengar gelak tawa Ilman pula. Apa yang lucunya? Seram tahu tak!
"hello, hello.. Yang awak gelak beria-ria ni dah kenapa? Awak dengan abang Kif memang pervert 69! Dua-dua kepala memang sama je.. Sengal!" balas aku. Ilman dihujung talian masih tak reda tawanya. Kalau dia gelak kuat lagi memang aku tak teragak-agak nak telefon hospital sakit jiwa.
"Adreena, yang awak paranoid sangat kenapa? It's not like you aren't going to do it... Sayang....." balas Ilman dengan suaranya yang memanggil aku sayang dengan nada meleret. Huih! Berdiri tegak macam nyanyi lagu negara bulu roma aku. Geli!
"apa sayang-sayang? Geliiiiiii tahu?"
Ilman ketawa lagi.
"yelah, yelah awak dah sedia nak balik Malaysia, esok?"
Aku merebahkan badan keatas katil.
"hmm.. Mestilah. Kenapa? Awak tak nak saya balik Malaysia ke?"
Aku tahu Ilman sedang tersengih di hujung talian.
"eh, apa pula tak naknya? Saya tak sabar nak jumpa awak. Dah lama kita tak jumpa. Awak tak rindukan saya ke Cik Adreena?" soal Ilman dengan suaranya yang aku sendiri tak tahu nak kata macam mana. Tak rindukan awak..? Haiii.. Ilman.. I wish!
"haa... Mengelamun lagi."
"mana ada!"
"habis tu, Kenapa senyap?"
"tak tahu nak jawab apa."
Hai... Belum kahwin lagi dah banyak dosa aku dengan Ilman! Asyik menipu dia aje. Maafkan saya Ilman!
"boleh pula macam tu," kata Ilman dengan nada suara yang mendatar. Alamak, Ilman merajuk!
"Ilman, awak merajuk ke?"
"ye la, saya rindukan orang tu. Dia langsung tak rindukan saya."
Aku ketawa.
"awak ni comel lah Ilman. Saya rasa nak picit-picit je mulut awak tu."
Ilman ketawa. Aku berjaya buat Ilman ketawa semula.
"Ilman, saya ni kalau boleh hari-hari asyik rindukan awak saja tau. Tapi saya tak boleh melebih. You're not my husband... Yet." sambung aku lagi.
"baiklah Adreena, kalau macam tu cepat-cepat balik Malaysia ya?"
"yeee! Awak tu di KL sekarang okey ke? Sihat?"
"alhamdulillah. Sihat. Cantik-cantik awek melayu kat sini."
"seronok lah awak ya disana?"
"-heeee saya gurau je lah. saya jemput awak di KLIA ya?"
"mmm... Boleh juga. Awak pergi sekali dengan mama boleh? Sebab mama dah janji untuk jemput saya."
"semestinya, boleh. Baiklah, go get some rest. See you later."
Selepas memberi salam, aku memutuskan talian. Oh.. Cinta hati! Rindunyaaaaaa dengan Ilman!
YOU ARE READING
The Nothing Something
RandomPening dan geram. Itulah yang dirasakan oleh Adreena Zahirah apabila ditemukan dengan seorang jejaka melayu berambut ala kpop. Apa sahaja yang dibuat lelaki itu pasti memanaskan hatinya! "macam mana awak boleh ada kat sini?" ~ Adreena "awak fikir L...