Bab 16

1.7K 60 3
                                    

HARI ini aku pergi berjalan seorang diri. Tanpa Ilman ataupun sesiapa. Saja untuk mengambil ketenangan diri.. Heh. Sudah lama rasanya aku tidak menjejakkan kaki di Oxford Circus. I miss shopping!
Kaki aku tetap melangkah laju sambil tangan aku masukkan dalam poket kot baju aku yang tebal ini. Musim sejuk dah datang! Sudah masuk bulan 12, patutlah. Pipi aku agaknya sudah merah dan kebas menahan sejuk. Perut pula sudah berbunyi tanda minta diisi.

"i want this.. Yes one. Chicken." kataku kepada penjual kebab yang halal disini. Nampak macam menyelerakan dan panas. Memang sesuai makan bila perut tengah lapar dan pada musim sejuk macam ni. Pakcik yang menjual kebab itu senyum sahaja sambil menganggukkan kepalanya. Tangannya ligat menggaul daging ayam cincang. Aku jadi terliur pula.. Control Adreena!

"here miss.."

"how much is it, uncle?"

"only £2.." balasnya sambil tersenyum. Aku bayar sahaja. Janji dapat makanan aku! Tapi.. Nak makan kat mana sejuk-sejuk ni?

"err.. Uncle, do you mind if I sit here for awhile?" lelaki tua itu menggeleng. Aku pantas melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan kedai itu. Selesa sikit..

Kunyahan pertama, tak terkata... So yummy!!! Tak tahulah sama ada aku yang terlalu lapar atau kebab ayam ni yang terlalu sedap, yang aku tahu sekarang makan sahaja. Lapar der.. Kunyahan aku terhenti. Pelik betul Ilman langsung tak telefon aku hari ni. Sibuk lah tu. Eh! Kau dah lupa ke Adreena? Kau yang off telefon kan? Mana nak dapat panggilannya? Aku sambung semula misi menghabiskan kebab ayam itu.

"ehem.." ada orang berdeham lah pula. Nak berdeham pun tempat lainlah, orang nak makan ni. Aku toleh ke kiri dan ke kanan, tak ada siapa pun.. aku cebikkan bibir. Khayalan aku aje kot.

"makan tak pernah nak pelawa saya,"

Okey, kali ini memang aku terkejut! Makhluk mana pulak lah yang tegur ni? Pandang kiri dan kanan tak ada pula kelibatnya. Ni yang seram sejuk ni..

Dia ketawa pula kali ni.

"awak!"

"yeee, saya.."

Aku menghentak kaki tanda tak puas hati. Buat aku takut sahaja. Ingatkan Malaysia aje ada hantu, takkan ikut sampai ke London pula.

"terkejut saya tau.." kata aku sambil menjeling Ilman. Dia tersengih saja.

"tu lah, matikan telefon lagi. Nak be alone mood lah sangat ya? Nak pergi pun, pergilah tempat jauh sikit macam sungai Thames ke.. Sini tempat saya selalu lepak lah," jelasnya sambil menguis-nguiskan kakinya di jalan.

Muka aku jadi kelat. Erk.. Ya ke? Tempat dia ke?

"awak tahu tak Adreena, lepas kita kahwin, you will not longer get to feel like this anymore. Anywhere you go, I will go too. You like it or not, it's on the contract." kami berdua ketawa serentak. Bengonglah Ilman ni..

"what if I do so?" cabarku. Ilman sudah senyum senget.

"you will get some sort of.. Punishment.."

"Ilman, saya tak pernah takut dengan awak tau."

"saya memang tak mahu ditakuti awak cuma saya mahu awak sukakan saya saja." katanya selamba sambil merampas baki kebab aku yang tinggal. Rasa macam aku dah kunyah banyak. Baru setengah saja? Pelik nihhh.

"suka hati awak saja ambik kebab saya, kalau nak pergi lah order!"

"memang suka hati saya pun." dia bolayan selepas tu. Makan sampai tak bercakap juga.

"Ilman, macam mana awak tahu saya kat sini?"

"apa lagi... Aan lah."

Aku mengherotkan bibir. Sudahku jangka!

"jom, saya nak balik."

"saya nak shopping.."

Ilman menaikkan matanya ke atas. Tanda protes dan menyampahlah tu.

"awak balik lah dulu, tak apa saya boleh survive seorang diri. Tapi awak jangan jual minyak dengan orang lain pulak, kalau tidak potong leher awak tu nanti."

Dia ketawa. Oh manis...

"oh awak halau saya? Baiklah.."

"saya tak halaulah, saya cakap saja."

"saya nak ikut juga.."

"jomlah.."

"jom pergi solat asar dulu." kata Ilman, aku mengangguk saja. Ilman jalan didepan. Aku pula leka melihatnya. Ya Allah... Banyak betul dosa zina mata aku. Aku terus menundukkan pandangan. Lelaki sempurna, semuanya lengkap. Kenapa lelaki seperti Ilman pilih aku?

The Nothing SomethingWhere stories live. Discover now