ASAM pedas ikan pari, sotong tepung, Ikan siakap masak sweet and sour dan ayam masak lemak cili api!! Memang makanan favourite aku. Terkecur dan mengecurkan air liur betul! Oh air pula, aku mengambil hirisan manga, campur sedikit buah markisa dan masukkan 5-6 ketul ais ke dalam blender itu dan..... Done! Passiongo smoothies, dah siap. Aku tersenyum. Passiongo? Eh, sukahati saja aku bagi nama. Janji dengar highclass sikit, kira jadilah tu!
"Ilman, Aan!" mereka bergegas turun ke bawah.
"what a nice smell.." kata Aan.
"mesti lah, aunty su cooked this okay?" aku bangga diri. Ilman disebelah mencebik. Jealousy detected.
"Ad ni masak? Hohoho.. Dia ni memang zero kalau bab memasak ni." kak Mel menjelaskan perkara sebenar. Alamak.. Pecah tembelang sudah. Hish! Kak Mel ni, kan Ilman dah gelakkan aku. Kuat pula tu!
"dah, dah, jemput makan Ilman.. Maaflah, ni je yang kami masak. Ilman okay?"
"apa yang dimasak, saya makan. Kan rezeki dari Allah?" mereka ketawa. Eleh. Ilman ni poyo betul bila datang bab, bab ni!
Aku mencedok kan nasi kepada Ilman dan mengambilkan dia sedikit lauk, lepas tu baru aku makan. Sedap nya ikan sweet and sour ni! Rindu pula masakan Malaysia dan air tangan mama. Boleh pula terbit rasa rindu kepada mama time mengunyah isi ikan siakap. Tragik betul.
Aku perasan kak Mel tak habis habis tersenyum simpul memandang aku dan Ilman yang duduk di tepi Aan. Fikir apa lah tu?
"kak, Aim mana?"
"tidur kat atas.." mulut kak Mel muncung kepada Ilman yang sedang tekun makan itu. 'Apa?' Aku menggerak kan mulut. kak Mel ketawa kecil. Hai.. kak Mel ni dah kenapa? Aku diam saja. Selepas semua habis makan, aku mengemas.
"come, saya tolong." aku menggeleng. Malu lah. Karang kak Mel buat gossip hangat pasal mereka berdua pula! Kak Mel tu bukan boleh. Tup-tup terpampang di dada akhbar skandal antara aku dan Ilman. Hihihi..
"i insist.."
"tak payah. Awak pergi lah duduk depan. Let me do this okay?"
"okay, tak nak sudah. Offer closed. Basuh lah sendiri, snobbish lady." dia mencuit hidung aku sepantas kilat. Jari dah lah bersabun! Habis hidung aku bersabun.. Ilman ni.. Hish! Terdengar dia ketawa lepas. Kurang ajar! Aku mengetap bibir. Ada kari, ada bas, ada hari, Adreena balas!
"Ilman belajar juga ke?"
"ya."
"buat apa sekarang?"
"phD, 3 tahun."
"wah, Oxford ke?" Ilman menggeleng. Dia tersengih.
"tak.. saya di Cambridge. Sama dengan Ad."
"patut lah..." mereka berdua ketawa. Aku hanya mengintai dari ruang dapur. Patutlah? Patutlah apa? Itu saja yang dibualkan? Tak nak ajak aku kahwin ke? Eh Adreena! Kau gila? Aku ketawa sendiri.
"hoi!"
kak Mel menepuk belakang aku. "ish kak Mel ni. nasib Ad tak ada heart disease kalau tak, harus ditanam di London!" kak Mel tergelak. "bukan apa Ad.. Akak tengok Ad macam syok aje kat Ilman tu? Padan sangat nak buat menantu mama dan papa." aku menepuk bahu kak Mel. Haish ada ke kata macam tu? Dengar ke Ilman tu nanti, pengsan dia nanti!
"Kak Mel ni merepek aje. Mana ada orang minat si... Ilman tu." aku tersenyum sipu. Macam orang tak betul pun ada. Kata tak suka tapi senyum manjang. Sungguh lah menipu! Erk. Maknanya suka lah ya?
Kak Mel menjulingkan matanya. "eleh.. Tak suka konon, ya lah Ad. Akak berani potong kuku nanti kalau Ad kahwin dengan Ilman tu.." aku ketawa. Setakat potong kuku apadehal? Lain lah kalau potong isi kuku, baru rare! "just wait and see lah Adreena darling.." kata kak Mel meleret sambil tanganya mendulang buah buahan. Aku mencebik. Apa lah kak Mel ni. Tak ada modal kut nak mengacau aku.. Ada ke patut berangan aku kahwin dengan Ilman...? Nooooo...
Aku duduk di mini garden seorang diri. Ilman rancak berbual dengan abang Kif dan kak Mel. Huh. Tak pedulikan aku pun.. Aan pula tertidur lepas makan. Penat lah tu. Aku hanya membuai kan buaian itu perlahan menggunakan kaki. Segar betul udara kat sini. Sejuk je. Pakai sweater pun tak lut panas nya.. Tapi tak apalah janji menenagkan. Mata aku pejam untuk merasa dingin sejuk yang menampar diri. Kota London selepas hujan memang nyaman. Aku memeluk tubuh. Cuaca selepas hujan yang menenangkan. Tiba-tiba hati aku sebak. Kenangan bermain hujan bersama Hazim terlayar semula.
"Hujan lah Zim.. Macam mana kita nak balik ni?"
"tu lah! Zim dah cakap dah tadi naik kereta, awak tak nak, nak jalan kaki lah apa lah.."
"stop nagging lah grandpa!" mata Hazim terbuka luas.
"Grandpa?" aku mengangguk sambil ketawa. "okay lah jom Grandma, kita redah hujan together-gether!" dia menarik tangan aku dan kami bermandi hujan bersama.
"i love you Za!!" suara Hazim kelam didalam hujan yang lebat membasahi bumi. "apa?!!!" aku jerit. Kami tersenyum. "i love you." Hazim membuat isyarat menggunakan mulut. Aku mengangguk. I love you too Hazim.
Pantas aku membuka mata. Tak mahu tenggelam dalam perasaan itu lagi. Dada berombak. Aku menelan liur yang semakin pahit. Aku pejam mata semula untuk menghilangkan rasa itu. Ngilu jiwa aku mengimbas kenangan bersama Hazim.
"hey.. Kenapa ni?" aku membuka mata. Bila masa dia ada kat sini?
"b..bila masa awak kat sini?" dia duduk di sebelah aku. Jarak halal masih ada. "tak penting. kenapa dengan awak hah?"
"kenapa apa?"
"crying..?" dia menunjuk mata aku. mata aku sembab ke? Nampak sangat ke?
Aku menggeleng. Menafikan. "mana ada.. Sejuk sangat kut. Tu yang mata saya macam sembab saja." aku memandang bawah, melihat selipar flip flop berwarna hitam sendiri.
"too bad, saya bukan budak kecil yang mudah ditipu Adreena. Tell me?" mata kami bertemu. Jantung aku dah tak stabil. Pandangan dia penuh pengharapan?
Aku mengeluh. "Ilman.. We talked about this just now. I will let you know tomorrow. Hari ni mood saya happy awak datang cuma sebak dan sedih sedikit. Sebab? Saya sendiri tak tahu kenapa. Pelikkan?" Ilman menggeleng kepala.
"Tak pelik lah. Saya tak nak memaksa. Tapi kalau awak perlukan seorang pendengar dan pelindung, saya ada untuk awak, Adreena. Tell me whatever you wanted to tell, let all out to me.. Im here." aku terpana seketika.
"Ilman.."
"ya?"
"why?" dia tersenyum manis.
"you will find out.. soon." aku tak faham. Soon? Aku memandang wajah tampan itu. Dia kelihatan tenang as usual. Tiba-tiba dia berdiri.
"nak pergi mana?"
"balik lah.. Takkan nak tidur sini pula?" dia tersengih. Aku menjeling.
"esok awak jemput saya?" Ilman dah tersenyum senget. Keningnya terangkat.
"kenapa?"
"saja.. Kalau awak tak fetch saya, saya boleh naik orang lain."
"no need, esok saya jemput awak as usual.. Dah lewat dah ni, saya balik dulu okey? Awak masuklah dalam. Assalamualaikum." aku tersenyum mengangguk.
"waalaikumussalam.." aku menghantar Ilman ke pagar utama.
"sedap ayam masak lemak tadi, nanti dah kahwin dengan saya masak hari-hari okey?" dia mengenyit mata sebelum berdesup ke dalam kereta. Aku hanya menggeleng. Kalau tak memerli tak sah! Jahat betul.. Kahwin? Eh tak naklah saya!
YOU ARE READING
The Nothing Something
RandomPening dan geram. Itulah yang dirasakan oleh Adreena Zahirah apabila ditemukan dengan seorang jejaka melayu berambut ala kpop. Apa sahaja yang dibuat lelaki itu pasti memanaskan hatinya! "macam mana awak boleh ada kat sini?" ~ Adreena "awak fikir L...