bab 26

1.8K 70 3
                                    

MENJADI kebiasaan, aku duduk di ruang tamu seorang diri menunggu Ilman untuk datang menjemput aku. Bosan pula semua pergi kerja haaaaih... Aku menguis-nguis tempat pemegang sofa dengan tangan kanan sambil menyanyi perlahan. Sebelah tangan lagi aku tongkatkan dagu. Rancangan yang dipaparkan di tv langsung tidak berjaya untuk menarik perhatian aku.

"sayang! Hold my hand cepat! Nanti jatuh macam mana? Abang juga yang menangis tak sudah nanti.." pinta Ilman dengan muka yang cemas sambil memegang perut aku.

Aku ketawa besar sendirian apabila membayangkan bagaimanalah kehidupan kami selepas disatukan kemudian. Mesti chaotic habis! Bunyi loceng rumah kedengaran. Aku mengintai ikut tingkap. Memang Ilman. Panjang umur! Aku segera mengambil bekal yang aku sediakan khas untuk Ilman dan segera juga keluar dari rumah. Dia tersenyum meleret memandang aku.

"cantik tudung.." puji Ilman.

Puji ke perli ni? Aku senyumkan aje.

"hehehe.. Terima kasih. teman lelaki saya bagi." Ilman turut ketawa sama, lucu.

"mesti bagus taste boyfriend awak tu, saya salute sangat!" ewah! Ni sudah masuk bakul angkat sendiri ni!! Aku mencebir bibir.

"ish! Dah memang awak yang bagi. Sudah tentu lah awak kata cantik! Tak payah nak salute sangat lah ya?"

Ilman senyum lagi. Kami sama-sama mengambil tempat duduk di depan rumah. Ilman duduk menghadap aku.

"so, you're welcome." katanya sambil tersenyum senget. Keningnya dijongketkan sebelah. Erk? Perli lah tu kan?

"thank you Ilman. For this scarf. Saya suka sangat. Suka sangat-sangat. Kainnya lembut dan sejuk bila dipakai, pandai awak pilih." kali ini aku tersenyum, ikhlas. Sempat pula aku puji Ilman! Pujian tadi tu ikhlas dan eksklusif okey!

Ilman apa lagi, makin lebarlah senyuman dia bila aku puji.. Haish! Kan bagus kalau aku dapat tengok senyuman dia tiap-tiap hari lepas bangun tidur..?

"and.. This is for you." aku menghulurkan bekalan yang dari tadi setia aku pegang, kepada Ilman. Ilman mengerdipkan matanya dan bekal itu sudah pun bertukar tangan. Ilman membuka penutup bekal tersebut. Dia ambil satu ketul kimbap dan mengunyahnya perlahan. Sedap ke tak? Okey ke terlebih garam? gula? Diam tak berkutik aje Ilman ni.

Aku dah tak sabar. "sedap tak?"

"hmm.."

Hmm je? Alah, Kecilnya hati aku. Tak apa lah. First try.. Aku redha. Aku menunduk.

"hey.. Saya tak habis cakap lagi. Jangan lah merajuk.."

Aku angkat muka memandang Ilman. Apakah maksud tersirat itu?

"sedap kim...kim..."

"kimbap lah!"

"haa kimbap. Kimbap yang awak buat ni memang sedap. Bila kita kahwin nanti, hari-hari makan ni untuk breakfast pun saya tak kesah."

amboi!! Puji melangit! Ikhlas ke tak ikhlas ni? Aku mengecilkan mata memandang Ilman. Betul ke Ilman ni? Aku bagi makan hari-hari sampai termuntah baru tau! Aku kunyah satu ketul.

Pergh!! Tawar!! Aku meludah balik kimbap itu. Nasi dia macam tak ada rasa! Macam mana lah pagi tadi kak Mel dan abang Kif boleh kata sedap? Huhu.. Semua nak jaga hati aku semata-mata sahajakah? Ilman ketawa melihat gelagat aku.

Aku buat muka sedih.

"Ilman.. Kalau tak sedap, kata lah tak sedap. Jangan lah tipu saya. Kan nabi sendiri kata berkatalah benar walaupun kebenaran itu pahit, bak sini bekas tu," aku minta balik bekalan kimbap yang tawar tu. Ilman larikan bekal itu.

"tadika lepasan mana awak ni? Cikgu awak ada ajar ke bila dah bagi, boleh minta balik?" muka dia semi-serious memandang aku.

"benda tu tak sedap. Tak payah lah makan.. Tak perlu jaga hati saya sangat kalau benda itu tak sedap, just say it."

"siapa yang kata saya nak jaga hati awak? Benda ni sedap lah. Tawar sikit tak apalah. Saya tahu this is your first time trying to cook something kan? So I feel very honored that im chosen untuk merasai awak punya first cooking."

Sobs.. Ni memujuk ke apa?

"Ilman awak suka buat saya terharu dan rasa nak menangis.. Awak ni jahat awak tahu tak? Saya nak panggil awak Encik Bawang." aku cuba tergelak untuk elak perasaan sebak itu datang. Ilman buat muka terkejut.

"saya punyalah wangi dan handsome ni, awak panggil saya Encik Bawang?"

nak gelak ke nak nangis ni?

"don't get it wrong. Saya gelarkan awak Encik Bawang sebab perwatakan awak memang macam bawang. Bawang menyedapkan makanan dan awak bawang saya yang sentiasa menyerikan hidup saya. Tapi bawang juga suka buat orang menangis walaupun dia sendiri tak bersalah. Ilman awak umpama bawang dalam hidup saya.."

Ilman kelihatan seperti terpegun dengan kata-kata aku.

"saya terpanar dengan kata-kata awak. Kalau tadi awak kata saya buat awak terharu, sekarang, saya pula nak kata yang awak memang buat saya terharu. Tapi... Tak ada perumpaan lain ke awak nak bagi saya? Bawang kan busuk baunya."

Aku dah tak dapat menahan tawa. Aku ketawa semahu-mahunya. Ya Tuhan ku! Kenapa lah Ilman aku ni macam ni?

"tapi kan Adreena, saya suka perumpaan awak tu. Kalau saya Mr.Bawang, awak kena jadi Mrs-nya. Sebab awak pun menyerikan hidup saya. Malah, gelak tawa, senyuman awak semuanya macam satu suntikan tenaga untuk saya. Kalau orang lain high sebab dadah, saya ni high sebab perwatakan awak. Saya tak sangka my soon bride-to-be ni seorang yang berjiwang karat juga." Ilman tersenyum nakal. Alamak.. My soon bride-to-be? Sweetnya..

"awak tak kenal saya lagi Ilman.. Lepas kita kahwin, I will share with you lots of things about me, the true colours of Adreena Zahirah Harith." sekali lagi, aku berjaya membuat Ilman senyum meleret.

"i can't wait for it. Jom kahwin sekarang?" mata aku membuntang besar memandang Ilman yang tersengih.

"gila ke? Saya ada kelas to attend okay petang ni? So, jom hantar saya." aku dah bangun dari tempat duduk. Apa punya ajakan tu? Sengal betul! Ilman kerja dia gelak aje hari ni.

"tak sporting la awak ni, Adreena."

"lepas kahwin kita sporting-sporting ya?" kata aku dengan beraninya. Ilman tersentak seketika kemudian dia tersenyum sinis.

"saya takut orang tu aje yang lari tak cukup tanah nanti.." balas Ilman sebelum bersiul kecil. Kelihatannya gembira sungguh. Aku pun secara automatiknya menarik senyuman lebar juga.

I love you Ilman, I reaaaaally do!

The Nothing SomethingWhere stories live. Discover now