Bab 19

1.6K 54 1
                                    

"lepaskan tangan saya.. Hazim." kata aku terketar-ketar. Adakah aku merindui wajah ini? Nonsense! Ilman. Ilman mana?

"Za..."

"hands off man." Ilman. Suara Ilman! Aku merentap tangan aku dari genggaman Hazim. Hazim tidak pula mengeraskan pegangannya kali ini. Perhatiannya lebih difokuskan kepada Ilman yang berada di sebelah aku.

"who are you?" soal Hazim dengan sinisnya. Aku pula menelan liur yang semakin berasa susah untuk ditelan. Macam telan pasir saja rasanya ni.. No fighting please! Kelihatan orang-orang awam yang lain sudah mula memandang ke arah kami. Aku harap tiada pergaduhan yang bakal tercetus antara dua lelaki ini. Tapi.. Hebat juga kau Adreena, menjadi rebutan para lelaki kacak. Erk?! Hebat ke?

"her fiancee." Hazim kelihatan tersentak pada mulanya, kemudian dia tersenyum sinis memandang aku. Matanya merah.

"cepatnya cari pengganti." aku diam sahaja.

"kau yang tinggalkan dia!" aku memandang Ilman dengan perasaan terkejut. Aku tak pernah nampak Ilman marah. Riak mukanya memang cool. Cool sangat sampai aku rasa nak ambik gambar buat wallpaper! Eh siot lah kau Adreena!!

"so you know?" sekali lagi tawa sinis Hazim menerjah telinga. Sakit hati aku mula meluap-luap semula.

"ofcourse. She's my fiancee after all." Ilman beriak tenang lagi.

"memang patut saya tinggalkan awak Za. Kalau saya tahu macam ni, memang keputusan saya selama ini tak salah." aku tersentak. Sebak pun ada.

"dia dah bahagia dengan aku, kau tak perlu muncul depan dia lagi. Dia tak perlukan orang macam kau dalam hidup dia. Aku mampu jaga dia. Jadi, kau boleh pergi. Pergi! " tempik Ilman. Terkejut benar aku apabila tempikan Ilman bergema di situ. Bahu sedikit terhenjut kerana tindakan refleks daripada tempikan Ilman tadi. Kepala terasa amat pening. Kenapa Tuhan jumpakan aku semula dengan Hazim. Memang, Memang aku rindu wajah Hazim. Tetapi aku tak mahu semua ni. Hazim mengetap bibir.

"Hazim.. Enough." dua pasang mata itu melihat aku serentak. Ilman masih tenang tapi aku tahu dia sedang menahan amarah."Hazim, binalah hidup yang baru dan lupakan saya secepat yang mungkin sebab saya akan melakukan perkara yang sama. Carilah orang yang lebih baik daripada saya." aku menahan sebak. Aku menunduk seketika.

"Zah-"

"Ilman awak ada nak beli apa apa lagi tak? If no, then let's go." aku memotong percakapan Hazim dan terus berlalu ke tempat parkir kereta. Ilman membuntuti aku. Suasana di dalam kereta hanya kedengaran esakan perlahan aku. "Adreena.." panggil Ilman lembut.

"hmm?"

"that's Hazim?"

"hmm.."

"masih cintakan dia?"

"hmm.. Eh hah?!" Ilman ketawakan aku. Apalah Ilman ni. Tanya soalan bengong pula. Mesti lah aku sayang dia. Ilman. Bukan, Hazim. Dia memberikan sapu tangan kepada aku. "wipe those tears..." aku mengangguk. dah berapa kali Ilman tengok aku menangis depan dia? Banyak kali.. Memang aku ni sobber! "Ilman.. Kalau awak tak datang tadi, saya tak tahu la." Ilman berdeham sedikit. "saya nampak orang lelaki pegang awak, saya rasa......" dia terhenti. Ego! Aku senyum senget. Suara aku pun sengau lepas nangis. Cet!

"awak rasa jealous kan? Kan? Kan? Mengaku cepat!" aku mula mengusik Ilman pula.

"saya cemburu. Memang. Memang saya cemburu. Saya tak nak tengok dia dekat lagi dengan awak. Kalau tidak..."

"if not what?"

Pandangannya tajam menusuk anak mata aku."don't ever try to dare me. Dia tak tahu apa yang saya boleh buat." gerun aku bila Ilman serius macam ni. Kering terus air mata aku. Tiba-tiba dia tergelak kecil. Aku pula buat muka pelik dekat dia. Ilman ni psiko ke?

"dah lah, tak payah nak terkejut sangat. Kalau awak nak tahu saya cemburu atau tak, yes. Sudah tentu saya cemburu, Adreena. Saya pun manusia biasa jugak. Iman saya tak sekuat mana. Saya lelaki. Bila saya nampak dia pegang tangan awak tadi.. Nak je saya bunuh dia. Suka hati nenek dia je pegang makcik saya ni. Nasib saya ni berhati perut, selamat lah bekas tunang awak tu." sempat lagi mengutuk suka hati mak dia!

aku tersengih melihat Ilman yang masam mencuka sambil bercerita tentang apa yang dia rasa waktu terlihat aku dengan Hazim tadi. "itulah.. Awak hilang macam tu je tadi. Saya risau.." pipi aku merona merah.

Ilman tersenyum senget. "saya pergi ambil keju masa tu, tak sangka pula ada drama kat situ. Dan.. Saya menyesal tau." aku kerutkan dahi. "menyesal kenapa pula?"

"ye lah, awak punya bekas tunang tu boleh tahan ya.. dia handsome tapi saya tahu saya handsome lagi, tapi tak mustahil juga jika satu hari nanti awak tinggalkan saya." kata Ilman dengan mimik muka sedih.

"awak nak saya tinggalkan awak?"

"awak nak tinggalkan saya? Sanggup?"

Soalan berbalas soalan. Kami ketawa kecil. Pelik! Memang pelik.

"saya tak mahu tinggalkan awak Adreena." kata Ilman semula.

"saya pun."

"jom kahwin."

Cari oksigen!

The Nothing SomethingWhere stories live. Discover now