Aku terjaga dan terus melihat jam. Hanya beberapa jam lagi kapal terbang akan mendarat. Kepala aku terasa berat. Mungkin sebab menangis. Aku memerhati Aan yang masih lena. Sejuk sikit hati aku. Badannya bergerak sedikit. Macam tahu tahu saja diperhatikan ya? Aan mengerdip kan matanya beberapa kali. Dia menguap sesekali.
"enjoy the nap?" tanya ku. Pipi gebu itu aku picit. Sengaja tak nak bagi dia tidur semula, sebab aku bosan. Dia tersengih.
"i enjoyed the loooooong nap auntie Su. I dreamed I kissed a princess...." kata-kata Aan yang selanjutnya tidak aku dengar. Kissed? Princess? Cepatnya anak buah aku.....
Oh Adreena, mengapa fikiran mu biru sekali?
Mimpi hanyalah permainan tidur.
Tetapi lelaki, kalau dah mimpi pasal seorang perempuan maknanya dah akil balighlah kan? Tetapi masakan budak berusia seawal 6 tahun sudah akil baligh sedangkan masa awal kematangan lelaki dianggarkan pada 12-16 tahun? merepek aje kau ni Adreena! Cuba la berfikiran baik sikit.
"and we live happily ever after.." ujar Aan teruja dengan mimpi fairy tale nya.
Seronok la tu jumpa princess. Aku tersengih. "hey.." mata aku beralih ke arah empunya suara. senyuman aku kelat sekali. Sibuk aje lah dia ni. Asyik hey,hey ingat aku tak ada nama ke?
"ya?" dia tersengih pula! Tak nampak ke muka aku kelat macam pisang muda ni?
"ada buku cerita?" aku mengangguk. Novel cinta melayu aku serahkan. Mukanya merah menahan tawa. Akhirnya, terburai juga tawanya.
"buku ni?" dia menyoal aku.
Ya lah, buku tu je yang aku bawa. Aku anggukkan kepala.
"sorry saya tak baca buku macam ni, mengkhayalkan dan merepek sama sekali jalan ceritanya.. Oh ya sangat... Klise." oh Tuhan... Mulut lelaki ini kalau dicabai memang best ni!! Main suka dia je tembak.
"tak suka jangan baca." suara aku mendatar saja membalas kata-katanya. Ingat aku heran ke kalau kau suka atau tak baca novel?
"suka baca novel?" suka. Suka lagi kalau dapat hempuk novel kat muka awak tu.
"kenapa tanya?" soal aku semula.
"tak sangka.." dia buat muka.
"apa yang tak sangka?""perempuan macam awak baca novel melayu yang mengarut jalan ceritanya."
Main tembak terus dia ni. Ni mesti kes kerana setitik nila, rosak susu sebelanga. Pukul rata terus. Tak semua novel melayu mengkhayalkan. Ada sesetengahnya mungkin kosong isinya, tetapi ada juga yang sarat dengan ilmu dan keratan surah-surah dari al-Quran yang memberi pelajaran. Bukan kosong semata-mata. Walaupun ia hanyalah buku, ia tetap ilmu. Jika dilangkah, tetap berdosa!
"Nama saya Muhammad Ilman. Orang panggil saya Ilman." dia memperkenalkan dirinya.
Sengal! Aku tak suruh pun kenalkan diri. Tak rela nak tahu menahu nama mu! buku tadi, beralih tangan semula. "Oh.." itu saja respon aku. Bagus Adreena, bagus! Aan terpinga-pinga. Mesti dia perhatikan kami dari tadi dan mesti dia hairan, apalah yang dibualkan oleh makcik dan abang yang berada di sebelahnya itu. Aku malas nak layan, aku betulkan posisi kedudukan. Molek sikit! baru mata nak terpejam, ada pula suara berbisik. Mata aku kembali terbuka.
"what is your name?"
"Farhan."
"Auntie?"
"Adreena Zahirah Harith." jawab Aan.
"what a fancy name. Tak padan dengan perangai!" ohhh mengutuk? Suhu badan aku dah tak terkawal dah ni. Boleh meletup rasanya!Sabar Adreena, sabar. In, out, in, out lama lama otak aku yang tak betul.
"hey, kalau awak jealous dengan nama saya pun, tak perlulah mengutuk depan anak buah saya," dia tersengih lagi. Lesung pipit dalam betul. Berapa cm kedalam lah tu ya? 4cm ada tak? Muka handsome, rambut saja panjang sedikit. Dibelah tepi. Tak kemas lagi. Masih... Selamba. Dengan sweater maroon nya. Macam dah biasa ke London aje dia ni. Tak fancy pun cara berpakaian. Typical Malaysians betul aku ni. Asal pakai cantik sikit, kaya. Pakai selekeh sikit, miskin. Belajar tinggi-tinggi tapi nak menilai orang, ilmunya setinggi buku lali aje? Waduh!
"siapa jealous dengan nama awak? Nama saya cukup sedap dan saya senang dengan nama saya.."
'dan... Oh ya? Macam saya kisah?' nak aje aku cakap tapi tak sampai hati pula.
Aan pun satu! Bagi nama aunty kenapa? Ohhhh wait! Aku baru perasan yang Aan sedang memegang iPhone 5s berwarna hitam. Siapa punya? Aku punya warna putih.
"Aan, whose iPhone is that?" Ilman duduk dengan posisi asal semula. Mata dikatup rapat. Bibirnya tersungging sebuah senyuman nakal. Kedua belah tangan diletakkan dibelakang kepala.
"Uncle's phone.." Aan menjawab acuh tak acuh. Matanya masih terpaku di skrin telefon itu. Tak malunya ambik handphone orang! Baru kenal pulak tu! Entah-entah Ilman ni asassin ke apa kan? hmm.. tapi tak mungkin lah assasin. Badan tak sasa sangat, tak kurus sangat, boleh-boleh sajalah.
"Give back to uncle!" aku dah mengarah. Aan pula jenis taat, diserah kembali iPhone itu kepada tuannya.
"saya bagi dia main, kenapa dengan awak?"
Ilman mengerutkan kening. Aan kelihatan serba salah. Tak faham. Mungkin dia ingat semua ni kerana dia kut. "Anak buah saya tak perlu kan telefon orang lain. Cukup saya punya seorang" bidasku.
"Awak punya, tak ada game berjiwa lelaki. Main masak-masak, Jiwa perempuan. Bosan. Amatur dan sangat lah tidak menyeronokkan. No fun at all!"
mata dah tutup balik. Tapi mulut masih working? Karan karang mulut non-smoking tu! Mulut berbisa kalah bisa tebuan! Menyengat habis. Dia bagi semula telefonnya kepada Aan. Kenapa mudah pula Aan bergelak ketawa dengan Ilman ni? Baru aje kenal! Bala!!!!!
"Mak awak pun perempuan jugak apa" aik? Itu yang terkeluar? Macam terpesong saja ayat aku.
"Memang lah perempuan. Takkan lelaki pula kan?" Bang! Bang!
"habis tu mak awak amatur. juga lah kan?"apa aku melalut pun aku tak tahu tapi yang pasti hati aku sakit+malu dengan mamat ni! Sarkastik didahulukan, kutuk-mengutuk diutamakan. baru kenal beberapa jam, dah boleh buat aku sewel!
Cepat lah sikit kaptennya! Aku nak cepat-cepat keluar dari kapal terbang ni! Tak sukaaaaaaaaaaaaa duduk sebaris dengan mamat sewel ni ya tuhan mulutnya bisa tak terampun. Punggung aku pun dah kebas ni.
YOU ARE READING
The Nothing Something
RandomPening dan geram. Itulah yang dirasakan oleh Adreena Zahirah apabila ditemukan dengan seorang jejaka melayu berambut ala kpop. Apa sahaja yang dibuat lelaki itu pasti memanaskan hatinya! "macam mana awak boleh ada kat sini?" ~ Adreena "awak fikir L...