Bab 1

32.3K 702 3
                                    

Geram pulak aku bila pikirkan mamat tu. Huh.. pikir dia bagus sangat ke? Macamlah syarikat ni bapak dia punya.

"Sebab dialah aku lambat!" Jeritnya separuh lantang. Kakinya laju melangkah sambil tangannya ligat membetulkan tudung yang sudah senget akibat dirempuh sebentar tadi.Mengingatkan insiden tadi menyebabkan hatinya lebih panas.

30 minit yang lalu, dia sempat menerokai kawasan syarikat yang bakal menjadi tempat kerjanya itu. Dia tiba di tingkat 2, kawasan letaknya kafe yang disediakan khas bagi memudahkan aktiviti harian para pekerjanya.'Wah..kafe jer dah macam restoran 5 bintang. Belum tengok office lagi.' Hatinya gumam keriangan.

Langkahnya dipanjangkan ke arah lif. Namun belum sempat dia sampai, badannya dirempuh dengan kasar dari arah belakang menyebabkan badannya tidak stabil.

'Nasib aku ni atlit dulu... dapat jugak aku tahan kena rempuh dengan raksasa ni.' Dia sempat menampung berat badannya dengan kedua belah tangan pada dinding . Itu sudah cukup untuk mengelakkan dirinya daripada jatuh tersembam.

Badannya dikalihkan menghadap pesalah yang telah melanggarnya itu. Matanya dibesarkan.

"Helo Encik. Awak tu tak ada mata ke sampai langgar orang ni? Kalau ada.. tapi tak nak guna baik tak payah ada mata." Sinis dia berkata-kata.

Pemuda yang melanggarnya tadi melonggarkan ikatan tali lehernya. Amboi minah ni, harap muka aje lawa mulut macam longkang.

"Oi, kau..." kata-katanya dicantas apabila ada satu jari melayang di hadapan matanya.

"Hei. Saya ada nama ok! Raihana... can you please call me using that name?"

Pemuda tadi menggeleng. Huh.. macam aku kesah."Kau tu yang jalan terkedek-kedek nak salahkan orang pulak. Helo cik adik.. ni pejabat ok, bukan shopping complex . Lain kali ada otak tu gunalah." Pedas dia membalas.

Raihana membuntangkan matanya. Ini sudah lebih! Dia yang salah aku pulak kena.
"Eh.. encik ni memang tak ada bahasa elok sikit ke nak bagi. Macamlah syarikat ni bapak encik punye. Tapi kalau ye pun... macam saya kesah. Tak boleh bawak masuk kubur pun lah syarikat ni."

Pemuda tadi jadi makin panas. Lengan baju kemejanya disinsing hingga paras lengan. "Kau belum tahu lagi siapa aku. Dahlah... layan perempuan macam kau tak mendatangkan hasil pun. Baik aku masuk office." Pemuda tadi membolosi pintu lif.

Raihana tercengang. Takpe.. kalau aku jumpa kau lagi... memang nahas!

Lamunannya menghilang apabila pintu lif terbuka, menandakan dia sudah tiba di tingkat paling atas syarikat itu. Tingkat yang terletaknya bilik CEO dan surau.

Tangannya diletakkan di dada. "Raihana... kau boleh buat!"

Bakal Suami?Where stories live. Discover now