Hari yang malang untuk aku. Baru sekejap tadi dia suruh aku ambil barang kat kereta, sekarang nak suruh aku ambil apa pulak?
"Now what?" Soal Raihana. Peluh yang merintik di dahi dikesat dengan belakang tapak tangan.
Rayyan menilik jam di tangannya. "Boleh tak awak tolong ambilkan phone saya kat dalam kereta?"
Raihana menggigit bibir bawahnya. Dia ni memang sengaja cari pasal dengan aku tau. Tak apa, selagi aku boleh sabar. Tanpa menjawab,dia terus melangkah ke arah tempat parkir yang agak jauh dari kedudukannya sekarang.
Sebaik sahaja dia sampai, pintu bahagian prmandu dibukanya." Alahai, mana pulaklah dia letak phone dia ni?" Raihana cuba menggeledah di bahagian bawah seat kereta.
Huh...jumpa pun. Apa punya oranglah letak phone merata-rata?
Raihana menilik skrin telefon pintar itu. Dia tersengih. "Mr. Rayyan... I'm gonna make you pay for all the trouble I had today."
Jarinya lincah menyentuh skrin, mencari ikon Camera. Sebaik sahaja dia jumpa, dia terus membuka aplikasi tersebut lalu telefon tersebut dibawa di hadapan wajahnya dengan keadaan skrin menghadapnya. Lebih mudah disebut sebagai selfie.
Bibirnya mula mengorak senyuman menawan, kemudian gambar itu terus disimpan.
I'm gonna make you regret for making me suffer...Mr. Rayyan.
Sedikit suntingan dan.... siap! Hahaha... (ketawa jahat)
********************
Sebaik sahaja sesi perbincangan selesai, Rayyan dan Hafiz iaitu salah seorang daripada clientnya bergerak menghampiri pintu lif.
Mereka membolosi pintu lif tersebut. Hafiz memandang Rayyan yang sedang asyik melayan telefonnya.
Rasa segan lah pulak nak mintak.
"Ermm... bro. If you don't mind, boleh tak aku pinjam telefon kau kejap?" Soal Hafiz sambil meggosok belakang lehernya.
Rayyan mengangkat bahunya." Well... nah. Tapi kau nak buat apa?" Soal Rayyan sambil menghulurkan telefon kepada Rayyan.
"Aku nak tengok gambar whatsapp kat galeri. Gambar lakaran projek hari tu."
Hafiz berhenti apabila ternampak gambar seorang gadis. Pada gambar tersebut tertulis...
Raihana,
The one and only the most beautiful girl i had met in my life. How come you can be so adorable?Hafiz menggosok kelopak matanya. Betul ke apa yang aku baca ni? I don't think so...
Rayyan yang sedari tadi memerhati Hafiz, rasa kurang senang melihat reaksi rakannya itu.
Dah kenapa mamat ni tetiba macam speechless ni?
Rasa ingin tahu mendorongnya mengintai apa yang sedang dilihat Hafiz. Matanya terbuntang.
"Hei,mana kau jumpa gambar ni?" Soal Rayyan, cuba merampas telefon dari genggaman Hafiz tetapi usahanya hanya sia-sia apabila Hafiz lebih pantas mengelak.
Hafiz menggeleng. "Aku yang sepatutnya tanya kau, siapa perempuan ni? Since when kau ada girlfriend tapi tak bagi tahu aku pun?"
Rayyan meraup wajahnya. Ni lah padahnya kalau ada employee macam minah ni. Ada aja cara dia nak kenakan aku balik.
"Hei, tu bukan awek akulah!"
Hafiz menggawang telefon bimbit Rayyan di hadapan wajahnya. "Bukan awek? Pastu apa ni? The one and only the most beautiful girl i had met in my life? Oh oh! Ada lagi... ni lagi cute. How come you can be so adorable? "
Perbalahan mereka terhenti apabila pintu lif terbuka. Mereka berdua keluar dari pintu lif tersebut sebelum masing-masing menapak ke arah sofa.
"Dia buat tu untuk kenakan aku jelah." Terang Rayyan sambil tangannya digenggam kuat.
Hafiz bingung. "Kau dengan dia ada apa-apa ke?"
Rayyan memandang Hafiz dengan riak keliru. "Apa maksud kau ni? Dah jelas dia tu assistant aku je. Nothing more,nothing less."
Hafiz tersenyum senget. Assistant je? "Eh kau tak marah pulak assistant kau ceroboh telefon kau? Kalau aku,dah lama aku pecat aje dia."
Rayyan melepaskan keluhan berat. Kepalanya diurut perlahan." Memanglah aku nak pecat. Tapi papa aku tu, dia tak benarkan aku pecat mana-mana staf dia. Lebih-lebih lagi minah tu. Aku rasa macam papa lagi sayang minah tu tau daripada aku." Rayyan meraup wajahnya dengan kasar.
Hafiz tergelak. Geli hati mendengar rintihan kawan baiknya itu. Bahu Rayyan ditepuk. "Bro, chill ok! Tak cool la nak emo macam ni. Aku tahulah kau tu anak bongsu, tapi tak payahlah manja sangat. How come papa kau boleh sayang kat minah tu sedangkan diorang baru kenal kurang dari dua hari? Look, minah tu hanya staf kat syarikat papa kau jer. Kekadang aku rasa kau ni childishlah, Ray."
Rayyan membulatkan matanya. "Hello... aku dah besar eh. Daripada kita bertekak macam ni, lebih baik kita pergi tengok minah tu. Entah apa yang dia tengah buat tu. Bukannya boleh percaya sangat." Rayyan mengambil semula telefonnya daripada genggaman Hafiz. Gambar Raihana dibeleknya.
Boleh tahan jugak minah ni.
Hei wake up Ray! Kata hatinya menentang. Dia kembali menilik wajah Raihana. Nak delete ke tak?
Rayyan memasukkan telefonnya ke dalam poket tanpa memadam gambar milik Raihana.
Aku akan balas balik perbuatan kau Raihana!
Mereka berjalan beriringan menuju ke tempat parkir. Sebaik sahaja membolosi perut kereta, Rayyan menghidupkan enjin. Kereta yang dinaiki mereka meluncur laju di jalan raya, menuju ke destinasi seterusnya.
Hai... Sebenarnya wattpad ni kawan saya yang recommend. Biasanya saya buat kat dalam buku tulis sekolah aje... hahaha! Biasalah budak asrama tak boleh bawa novel, cuma tu aje cara nak elak rasa mereputz.
And...sorry kalau story ni not interesting. Or banyak mistakes? Sebab saya budak baru belajar.
Thanks jugak utk yg sudi baca and vote... walaupun tak berapa ramai-sis redha!
YOU ARE READING
Bakal Suami?
Novela JuvenilRayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat t...