Rayyan menolak pintu kayu biliknya. Dia mencari seraut wajah manis Raihana.
Mana dia ni? Lama sangat ke aku buat air tadi?
Matanya terus mengitari kawasan pejabatnya, sebelum matanya terhenti pada sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas sofa. Dia mendekati sofa tersebut lalu dia duduk bersila di hadapan gadis itu. Wajah tenang gadis itu ditenungnya.
Oh my God , Raihana. Aku betul-betul nak belai pipi kau sekarang ni.
Dia menggeleng kepalanya. Lengan Raihana ditepuknya perlahan.
Kelopak mata Raihana terbuka sedikit demi sedikit. Matanya yang kuyu digosoknya persis anak kecil.
"How cute!" Ujar Rayyan perlahan namun masih dapat didengari Raihana.
Raihana merapatkan wajahnya dengan Rayyan. Cuba menangkap apa yang cuba diperkatakan Rayyan sebentar tadi.
Rayyan menjarakkan wajahnya ke belakang menjauhi wajah Raihana yang sangat rapat dengannya. "Wo... no need to be this close."
Raihana menayang wajah kosong. Jam tangannya ditilik. Huh... lama jugak aku tidur.
"Bos nak cakap apa dengan saya?"
Rayyan menepuk dahinya. Macam mana dia still boleh tenang even baru tadi muka dia rapat sangat dengan aku? Nampak sangat dia tak ada feeling kat kau, Rayyan.
Rayyan mengambil tempat di sebelah Raihana. Wajahnya ditegaskan supaya tidak mempamerkan sebarang perasaan.
"Company kita dapat projek besar."
Raihana terjerit kecil. Wajahnya jelas menunjukkan dia gembira dengan berita yang baru didengarinya.
Rayyan berdehem. Jantungnya berdegup kencang apabila dia terpandang seulas bibir mungil Raihana mengukir senyuman untuknya. "Tapi masalahnya, dia tak percaya dengan kemampuan saya untuk handle projek ni...."
"Sebab apa?" Potong Raihana sebelum Rayyan sempat menghabiskan ayatnya.
Rayyan mencerlung memandang Raihana. Pantang hukum hakam dunia aku kalau orang potong masa aku tengah bercakap.
"Okey I'm sorry...you can continue sir."
Rayyan membetulkan kolar leher bajunya. "Katanya... saya masih muda dan macam tak ada pengalaman dalam projek besar macam ni." Dia cuba mencari respon pada wajah Raihana.
"Ooo... rumit jugak tu."
"Satu-satunya cara yang saya terfikir adalah dengan mendapatkan suri hidup saya secepat mungkin. And you know what, semua perempuan yang saya kenal cuma nak kan duit saya je. Except this one girl...tapi saya rasa dia tak ada feeling apa-apa kat saya." Rayyan mengeluh. Mukanya diraup dengan kasar.
Raihana memandang Rayyan. Andai sahaja dia boleh tolong legakan Rayyan tetapi dia lebih bijak untuk tidak jatuh ke dalam perangkap syaitan dengan melanggar hukum Islam.
"Chill bos. Mungkin satu hari nanti dia akan sedar perasaan bos pada dia." Hatinya bagai dicucuk apabila dia merasakan lelaki yang dia dambai mempunyai perasaan yang istimewa kepada orang lain. Perasaannya diselindungkan di sebalik senyuman kecil yang menghiasi bibir merahnya.
Rayyan membalas pandangan mata Raihana. Dia menggeleng. Oh Raihana.... asal kau tahu perempuan yang aku maksudkan tu adalah kau. Dia mengurut dahinya.
"So.. bos dah decide nak buat apa sekarang ni?"
"Kalau awak boleh tolong saya....." ujarnya dengan pandangan yang masih menghadap lantai. Kepalanya terasa pening jadi agak sukar untuk dia menfokuskan pandangannya kepada Raihana.
"Anything for you boss!" Jerit Raihana. Mulutnya ditekupkan setelah dia menyedari keterlanjurannya. "I'm sorry....."
Sebelah kening Rayyan terangkat, membuatkan wajahnya bertambah 'cool plus stylo'. "Anything?"
Raihana mengangguk.
"Then...marry me."
Raihana terlopong. Betul ke aku dengar tadi?
Belum sempat dia memberi respon, satu suara membawanya ke alam realiti lalu cepat-cepat mulutnya dikatup rapat.
"Hei wifey. Close your mouth, tak nak ada lalat masuk dalam mulut awak kan?"
Raihana menjeling , cuba menutup rona merah yang sudah mengambil alih kedua-dua belah pipinya. Dia cuba memancing Rayyan." Then how about your special girl?"
Special girl? Rayyan memandang Raihan dengan riak tidak percaya. "Hei... most of the girls, kalau saya ajak kahwin...at the moment they say yes you know! And why not you?"
Raihana mengangkat bahunya." Well... I'm not the most girl?"
Rayyan tergelak dengan jawapan Raihana. You definitely are not.
"Saya tak desak awak bagi jawapan sekarang. Saya bagi awak masa untuk fikir masak-masak. And trust me, you will never regret for having me as you Mr. Hubby ok?" Rayyan mengenyitkan sebelah matanya. Dia sedar tindakannya itu selalu membuatkan Raihana blushing? Oh...I really love that face of her. So cute!
Belum sempat Raihana menjawab, ketukan pintu bergema menyebabkan mereka berdua bergerak menghampiri meja Rayyan.
"Masuk!" Macam biasa 'Raja' Rayyan yang bagi titah.
Seorang lelaki berpakaian formal menghampiri Rayyan. Matanya sempat dilabuhkan pada Raihana sebelum satu senyuman ringkas diberikan kepada gadis itu.
"Maaf Encik Rayyan mengganggu tapi nenda encik arahkan encik balik sekarang juga."
Rayyan meraup mukanya. Tindakan yang selalu dilakukan apabila dia berasa penat atau runsing. "Kali ni nenda nak apa pulak?"
Biar dia ingatkan sekali lagi, tahun lepas nendanya sendiri suruh dia pergi Sarawak semata-mata nak suruh cari herba. And now what?
Lelaki tadi tergelak kecil melihat riaksi Rayyan. "Kali ni nenda nak Encik Rayyan balik bawa dia punya bakal cucu menantu sekali."
Rayyan menepuk dahinya. Wajah manis Raihana dipandangnya.
"Raihana saya minta maaf sangat, tapi awak sudi temankan saya jumpa nenda....sebagai bakal cucu menantu dia dan juga bakal kepada suri hidup saya?" Rayyan memandang sepasang mata Raihana dengan seikhlas hati.Please say yes...
Raihana mengangguk. Cukup dengan itu wajah Rayyan kembali ceria.
"Wo...thank you!"
Hai...sorry lama tak update. But seriously, I need more and more readers. And dont forget about the vote too! * smile*
If you dont mind,.. please share story ni?
Btw, what do you guys think tajuk cerita yang akan dtg...TEMBAKAN PELURU CINTA. Okey tak?
Ok...bye.
YOU ARE READING
Bakal Suami?
Teen FictionRayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat t...