Setelah menghabiskan makan malamnya, Raihana terus mengatur langkah ke arah biliknya.
Badannya terus direbahkan ke ats katil. Fuh...kenyang!
Baru sahaja dia lena dibuai mimpi, telefonnya berdering. Panggilan dijawab tanpa melihat nama si pemanggil.
"Helo...."suaranya kedengaran serak-serak basah.
Kedengaran suara orang ketawa di hujung talian. "Kenapa dengan suara tu? Awak nak test iman saya eh?"
Kali ini Raihana berbaring. Mukanya ditutup dengan bantal. "Orang gila mana pulak nak mengurat aku ni?"
"Hey! I'm not crazy."
"Kalau bukan orang gila, kau mesti sewel kan?"
"Okay enough! Saya Rayyan, your best boyfriend for ever."
Raihana terus bangun daripada perbaringannya. Matanya tiba-tiba menjadi segar apabila mendengar pengakuan Rayyan sebagai 'her best boyfriend' .
"Sejak bila encik jadi boyfriend saya pulak ni?" Soal Raihana. Rambutnya diikat menjadi sanggul.
Rayyan ketawa. "Sejak saya lamar awak."
Jantung Raihana berdegup pantas apabila teringatkan insiden Rayyan melamarnya di PEJABAT. Walaupun tak seromantik mana, tetapi hatinya tercuit rasa bahagia apabila Rayyan berbuat demikian.
Raihana berdehem,cuba meneutralkan kembali perasaannya. "Whatever. Encik nak apa call saya?"
"Awak still tak tahu saya nak apa?"
Raihana mengetap giginya. Eh mamat ni. Aku manusia biasa lah, mana ada kuasa nak teka apa dia nak.
"Saya tak tahu Encik Rayyan."
"Betul ni?"
Raihana menggigit bibir bawahnya. Fuh...sabar Rai. "Saya tak tahu!" Jeritnya selantang mungkin.
"Wo wo.. no need to shout. Listen, saya nak...." Rayyan diam seketika.
"Nak apa?" Raihana bergolek di atas katilnya.
"Saya nak awak boleh?"
Disebabkan soalan Rayyan yang cepumas itu, Raihana jatuh tergolek dan menyebabkan lututnya terhentak pada bucu katil. Tangannya diletakkan pada bahagian lututnya yang kini sudah berdarah. Tangannya yang satu lagi ditekupkan pada mulut untuk mengelakkan dia menjerit terlampau kuat.
Sakitnya....
Lipatan dressnya cepat diturunkan apabila dia mendengar bunyi ketukan pintu.
"Raihana awak okey tak?" Jerit Rayyan dari luar bilik.Macam mana dia boleh tahu?
"Saya dengar bunyi benda jatuh. Then, saya dengar awak jerit masa kita tengah berbual dalam phone tadi. Awak okey ke tak ni?"
Raihana berdehem. Dia tidak mahu Rayyan curiga apabila mendengar suaranya nanti.
"S-saya okey." Dia menepuk dahinya. Aduh Rai. Asal suara kau macam nak nangis tadi?
"Raihana pakai tudung cepat. Saya nak masuk ni."
Seperti yang disuruh, Raihana cepat-cepat mencapai tudung sarungnya lalu segera disarung ke atas kepala. Tidak lama selepas itu, pintu biliknya terbuka dan menampakkan Rayyan yang hanya memakai seluar tiga suku. Again? Seriously?
Raihana cepat-cepat menutup kedua-dua belah matanya. Bibirnya digigit. "Encik ni memang tak reti pakai baju ke apa?"
Rayyan tertawa melihat aksi Raihana. Dia berjalan menghampiri gadis itu lalu mengambil tempat di sebelahnya. "Saya nak praktikkan dari sekarang."
Raihana membuka sedikit ruang pada celah jarinya. Dengan cara itu, dia hanya dapat melihat wajah Rayyan tanpa perlu memandang badan sasanya yang terdedah.
"Praktik apa?"
Rayyan mengangkat sebelah keningnya. "Practice tak pakai baju sebab nanti lepas kahwin, awak yang akan tolong saya pakaikan."
Raihana mencebikkan mulutnya. Lututnya yang sakit cuba dihiraukan.
Rayyan meneliti dress labuh berwarna krim yang dipakai gadis itu. Baju arwah umi. Cantik lah bila Raihana pakai.
Matanya membulat apabila ternampak ada cecair likat berwarna merah yang melekat pada kain dress itu. Hatinya jadi cuak.
"Raihana...jujur dengan saya. Kaki awak luka kan?"
Raihana tidak berani menipu apabila mendengar intonasi Rayyan yang sangat serius. Dia mengangguk. Matanya membulat apabila terasa ada satu tangan cuba menyingkap kain dressnya.
"Encik!"
Rayyan buat muka tak bersalah. "Apa? Saya nak tengok luka tu lah."
Raihana mencubit peha Rayyan yang dilapik seluar tiga sukunya.
"Aurat lah. Nenda boleh tolong rawat."Rayyan menggosok pehanya yang berdenyut. Fuh...boleh tahan sengat dia ni.
"Nenda keluar." Ujar Rayyan.
"Saya boleh buat sendiri."
"Tak, awak tak boleh."
"Boleh." Kali ini Raihana sudah duduk di birai katilnya.
Rayyan masih berdegil ingin merawat luka Raihana. "Saya nak tolong."
Raihana cuba berdiri. Setelah berjaya,dia menolak tubuh Rayyan keluar dari biliknya.
"Kalau Encik rasa encik hormat saya, encik sepatutnya hormat dengan keputusan saya." Dengan itu, Raihana terus menghempaskan pintu biliknya betul-betul di hadapan muka Rayyan.
Hai hai!
Minggu ketiga sekolah...penat.
Btw, enjoy reading!
YOU ARE READING
Bakal Suami?
Novela JuvenilRayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat t...