Raihana mengemas mejanya yang sedikit berselerak. Pandangannya beralih kepada Kak Khai, salah seorang staf yang paling rapat dengannya. Wanita anggun itu berjalan menghampirinya sebelum menyerahkan sebuah fail yang agak besar.
Raihana menyambut dengan muka yang tertera seribu persoalan. "Fail apa ni kak?"
Khairin menepuk bahu gadis jelita itu. "Untunglah orang tu. Semalam first day kerja bos dah bawa pergi jumpa client. Hari ni pulak bos dah nak bawa pergi lawat anak syarikat."
Raihana hanya membalas dengan anggukan.
Untung ke? Dapat bala lagi adelah.!
Khairin memandang wajah mulis Raihana. "Rai, Encik Rayyan nak jumpa kat dalam bilik dia sekarang." Khairin berlalu setelah mencubit pipi Raihana. Geram tengok pipi dia. Comel sangat!
Raihana memegang pipi kanannya yang dicubit Khairin. Aduh, kalau selalu macam ni, boleh jadi 'londeh' pipi aku. Dia terus bangun dari kerusi apabila teringatkan pesanan Khairin tadi.
Kenapa dia nak jumpa aku?
********************
Rayyan mengetuk mejanya dengan jari. Menghasilkan irama yang berentak.
Sejak pulang dari Batu Pahat kelmarin, hatinya bagaikan terpanggil untuk bertemu dengan Raihana.
Rindu? No way!
Cinta pandang pertama? Absolutely not!
Jadi apa perasaan aku sekarang ni? Rayyan menekup mukanya dengan kedua belah tangan.
Khayalannya terhenti apabila terdengar bunyi pintu diketuk.
"Masuk!" Laungnya kuat. Mukanya diseriuskan.
Raihana menapak ke dalam bilik yang serba mewah itu.
Walaweh! Ni pejabat ke bilik hotel?
Raihana memandang kawasan persekitaran bilik itu. Di bahagian sudut bilik itu terletaknya peti sejuk manakala sebuah televisyen terlekat pada dinding di bahagian sebelah kanan bilik itu.
Ada tv? Mamat ni kalau tak ada kerja,mesti dia syok layan movie.
Raihana memandang muka serius Rayyan. Hatinya gugup. Err... asal muka ketat je ni? Aku ada buat salah ke?
Rayyan menahan tawanya daripada terletus keluar. Dia mengarahkan Raihana untuk duduk berhadapan dengannya.
Raihana hanya akur. Dia menggosok tangannya di bawah meja. Tabiat yang sering muncul apabila dia cemas.
Dia mengangkat pandangannya menghadap Rayyan. Baru sahaja dia menyapa sepasang mata milik Rayyan, kedengaran bunyi klik daripada telefon yang dipegang Rayyan.
Tawa yang ditahan Rayyan terletus keluar akhirnya. Tawanya berdekah-dekah hinggakan mukanya yang putih itu bertukar merah.
Raihana menggenggam tangannya dengan kuat. Mamat ni memang suka cari pasal dengan aku tau!
Rayyan menuding jarinya pada Raihana. "Awak kena tengok muka awak tadi. Serius lawak!" Rayyan kembali menyambung tawanya.
Raihana berdiri. Dia melangkah mendekati Rayyan. Rayyan juga turut melakukan aksi yang sama. Bezanya, dia berlari ke arah sudut kiri bilik itu.
Raihana menghentakkan kakinya. Persis kanak-kanak gayanya. "Encik! Padam gambar tu! Cepat!" Jerit Raihana sambil bercekak pinggang.
Rayyan mengangkat telefon yang berada di tangannya tinggi di udara. "Usaha tangga kejayaan. Ambil lah kalau boleh." Cabar Rayyan. Dia tersengih nakal.
Dengan tinggi dia takat tu, memang tak akan dapat punya! Rayyan tersenyum jahat.
Raihana berlari ke arah Rayyan yang sudah sedia mengangkat telefon itu tinggi melebihi kepalanya. Raihana cuba mencapai telefon itu dengan melompat dengan menggunakan bahu Rayyan sebagai bantuan.
Ternyata usahanya hanya membawa musibah apabila Rayyan tidak dapat menampung berat Raihana secara mengejut lalu menyebabkan mereka berdua jatuh terlentang di atas lantai. Keadaan bertambah lagi parah apabila Raihana jatuh menghempap dada bidangnya.
Rayyan mengaduh kesakitan. Matanya menjamu sepasang mata bundar milik Raihana. Raihana juga terkejut dengan kedudukan mereka sekarang.
Hatinya jadi gugup. Tak pernah lagi dia berada begitu dekat dengan seorang lelaki. Sedang mereka membalas panahan mata, pintu bilik Rayyan dihempas dari luar. Seorang lelaki memandang mereka dengan riak terkejut.
"S-sorry bro. Wrong timing." Ujar lelaki itu sebelum berura-ura melangkah keluar dari bilik.
"Hei! Apa punya kawan lah kau ni. Tolong aku bangun. Pinggang aku sakit ni." Adu Rayyan .
Raihana rasa serba salah. Tangannya yang melekap pada bahu Rayyan dialihkan ke atas lantai sebelum dia berdiri dengan stabil. Tangannya diletakkan di dada, merasa degupan jantungnya yang amat laju kala ini. Perasaan ni.
Rayyan bangun dengan bantuan rakannya. Dia memandang Raihana yang sedang menundukkan pandangannya. Kedua belah pipinya jelas kelihatan bertukar kemerah-merahan.
Is she blushing? Auw... how cute!
Rayyan tersenyum. Tiba-tiba Raihana mengangkat pandangannya. Pandangan mereka bersambung.
Masing-masing terkedu sebelum membuka mulut.
"I'm sorry." Ujar mereka serentak. Pandangan mereka bersambung kembali sebelum tawa seseorang mengganggu perhatian mereka.
Hafiz yang sedang tergelak dipandangnya geram. "Hei guys! I think both of you have a chemistry. Sweet la korang ni."
Hafiz kembali menyambung tawanya sebelum beredar dari situ.Rayyan pandang Raihana.
Raihana pandang Rayyan.
Serentak mereka menjerit, "CHEMISTRY?"
Sweet tak? Aha... still trying nak buat babak best! :)
![](https://img.wattpad.com/cover/55446044-288-k917827.jpg)
YOU ARE READING
Bakal Suami?
Teen FictionRayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat t...