Raihana menilik imejnya yang terpantul daripada cermin besar di dalam biliknya. "Huh... menyusahkan aku jelah dia tu." Ujar Raihana. Semalam, sebaik sahaja ugutan 'tak bertauliah' daripada Rayyan sampai kepadanya, dia terus bergegas ke kompleks membeli-belah yang terdekat untuk membeli sehelai blouse dan sepasang jeans.
"Dia tu macam tahu-tahu jer aku nak pakai dress hari ni. Jangan-jangan dia memang stalk aku kot?" Selendang yang terletak elok di atas kepalanya dibetulkan sedikit. Mukanya hanya disapukan bedak dan bibirnya dioleskan dengan sedikit pelembab bibir. Siap!
Kunci kereta di peti kunci dicapai lalu kakinya melangkah ke arah pintu utama. Sebelum keluar, dia memastikan tiada barang kepunyaannya yang tertinggal. Setelah megunci pintu, dia bergegas ke arah keretanya yang terletak di basement.
Dia menilik jam di tangan. "Awal lagi ni. Nanti tak pasal-pasal aku jer yang terpacak kat depan pejabat tu. Singgah makan dulu pun sempat ni." Keretanya dipandu menuju ke sebuah restoran berdekatan dengan pejabatnya.
********************
Rayyan menggamit pelayan untuk mengambil pesanannya.
"Encik nak apa?"
"Macam biasa, please." Dia memang selalu berkunjung ke restoran ini, jadi menu yang ingin dipesannya pun sudah menjadi kelaziman pada semua pekerja di restoran ini.
Sedang dia termenung, dia ternampak susuk tubuh seseorang yang dikenalinya. Gadis itu berjalan mendekati meja yang didudukinya. Rasanya, dia tak perasan aku lagi kot.
Dia mencapai telefonnya. Jarinya laju menari di atas skrin.
Ray: Hei.. tengok sebelah kiri awak sekarang.
Dia memandang gadis itu, menanti respon yang diberi. Gadis itu menghalakan pandangannya ke kiri lalu matanya menyapa sepasang mata milik Rayyan.
Rayyan melambai pada gadis itu, membuatkan gadis itu menghampirinya.
"Encik? Macam mana encik tahu saya sarapan kat sini?" Soal gadis itu. Perasaan curiga makin menguasai dirinya.
Rayyan melepaskan keluhan kecil. "Raihana... awak fikir saya tak ada kerja lain ke sampai nak stalk awak? For your information, saya dah jadi pelanggan tetap kat restoran ni lebih setahun tau."
Raihana hanya memandang kosong. Dia memandang sekeliling, masih mencari meja kosong.
" Awak cari apa tu?" Soal Rayyan.
Raihana memandang Rayyan dengan riak bosan. " Cari harta karun""Kalau nak cari harta karun bukan kat sini. Duduklah." Rayyan menyambut hidangan yang dihulurkan pelayan tadi.
Tanpa banyak bunyi, Raihana terus mengambil tempat bertentangan dengan Rayyan. "Terima kasih,encik."
Rayyan memandang pelayan yang masih setia berdiri di sisinya. Kening diangkat. "What's wrong?"
Pelayan tadi menuding jarinya kepada Raihana. "Girlfriend encik ni tak nak order apa-apa ke?"
Raihana tersedak,begitu juga Rayyan. Pandangan mata mereka bertemu. Sekejap sahaja sebelum masing-masing melarikan anak mata mereka ke arah lain.
Rayyan berdehem. "She is not my girlfriend." Dia memandang pelayan tadi. "Raihana awak nak makan apa?"
"Anything."
Rayyan mengangguk. "Kalau macam tu, sama macam saya jelah." Ujar Rayyan kepada pelayan tadi.
Rayyan kembali memandang Raihana. "Lepas breakfast,kita singgah office kejap. Saya nak ambil fail-fail dulu,baru kita gerak."
Raihana membulatkan matanya. Gerak? What? Dia nak bawa aku lari ke apa? Kata hatinya dibiarkan sepi.
"Nak pergi mana?" Soal Raihana. Dia memandang pelayan tadi apabila hidangannya sudah sedia terhidang.
Rayyan menepuk dahinya. "Oh saya lupa nak bagi tahu awak. Saya nak bincang dengan client kat Pahang. So you as my assistant kena lah ikut."
Raihana hanya mengangguk. Dia menyuap hidangannya ke dalam mulut. Dia mengangkat pandangannya menghadap Rayyan.
"Saya pergi sana naik kereta saya ke?"
Rayyan memandang gadis di hadapannya. "Buat apa nak bazirkan petrol kalau kita boleh jimatkannya? Naik kereta saya lah."
"Kita berdua je ke?"
Rayyan menggigit bibirnya. "Awak ni banyak tanya lah. Makan jelah."
Raihana menjulingkan matanya ke atas. Eleh... banyak tanya pun salah.
YOU ARE READING
Bakal Suami?
Teen FictionRayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat t...