Raihana bergegas ke bilik abinya. Pintu bilik itu diketuknya laju. Hatinya bagaikan terasa ditipu.
Selang beberapa saat, pintu itu terbuka. "Assalamualaikum, abi. Rai nak tanya sikit ni?"
Raihana mengambil tempat di hadapan abinya.Abi hanya mengangguk.
Raihana mengambil nafas terlebih dahulu. Sabar Rai. "Kenapa abi tak cakap yang QuZairy tu sebenarnya Rayyan?"
Abi mempamer wajah keliru. "Oh, siapa pulak Rayyan ni?"
Raihana menepuk dahinya. Pulaklah abi tahu. "Rayyan Quzairy tu bekas bos Rai dulu."
Abi senyum senget. "Hah, bagus sangatlah tu. Sweet ape kahwin dengan bos. Dah, dah. Pergi naik atas. Kesian Quzairy tunggu."
Raihana akur. Kakinya dilangkahkan ke arah biliknya pula. Lepas abi, si Rayyan tu pulak.
Pintu dikuakkan. Matanya terus menyapa susuk tubuh Rayyan yang sedang duduk di sofa.
"Rayyan, saya nak penjelasan. Sekarang." Ujar Raihana setelah mengambil tempat berhadapan dengan Rayyan.
Rayyan memandang wajah ketat Raihana. "Boleh, tapi awak kena duduk sini dulu." Rayyan menepuk ruang kosong di sebelahnya. Bibirnya tersenyum nakal.
Raihana memicit batang hidungnya. "Rayyan, awak tahukan sofa yang awak duduk tu sofa single? Mana muat!" Raihana menuding jarinya pada tempat kosong tersebut.
"Kalau macam tu duduk atas peha saya jelah. Apa susah." Sebelah mata Rayyan dikenyitkan.
"Tak nak." Raihana memeluk tubuh. Gila gapo nak duduk atas peha dia? No way!
Rayyan meraup mukanya. "Raihana, you better duduk sebelah saya cepat. Saya tak ada masa tau nak main tarik tali dengan awak." Ujar Rayyan dalam suara yang rendah. Wajahnya juga serta merta bertukar garang.
Raihana kecut perut. Emosinya terkesan dengan kata-kata Rayyan. Mahu tidak mahu, dia melangkah juga ke arah Rayyan. Sebaik sahaja dia berdiri di hadapan suaminya, Rayyan menarik pinggangnya menyebabkan dia jatuh terduduk di atas peha Rayyan.
Mukanya yang mula bertukar merah ditutup dengan kedua belah tangan. Seketika kemudian, dia merasakan ada sepasang bibir yang mencium ubun-ubun kepalanya.
"I'm sorry. Saya tak bermaksud pun nak buat awak sedih. Ssshh, janganlah nangis."
Raihana memandang mata Rayyan. Jarak wajahnya yang begitu rapat dengan Rayyan membuatkan rentak jantungnya bertambah laju. Tangannya dilingkarkan di belakang leher Rayyan.
Rayyan hanya tersenyum melihat perilaku manja Raihana. Pipi Raihana diciumnya sekali. Geram!"So, awak hutang banyak penjelasan. Firstly pasal kenapa masa acara akad nikah awak pura-pura jadi gemuk? Then pasal Minah Sendat tu pulak."
"Okey so ceritanya macam ni. Saya tak tahu pun Mawaddah tu awak, jadi saya buat perancangan untuk pura-pura jadi gemuk supaya saya tahu yang Mawaddah tu ikhlas ke tak terima saya."
"Pastu lepas akad nikah, saya rasa Mawaddah tu macam ikhlas je terima saya jadi saya pun buat keputusan untuk tunjukkan diri saya yang sebenar."
Dia cuba menduga riaksi Raihana tetapi gadis itu tetap menunggu cerita selanjutnya. "Dan saya tak sangka Mawaddah pun tunjukkan diri dia yang sebenar....iaitu awak. End of the story."
Raihana meletakkan jari telunjuknya pada dagu, seolah-olah memikirkan sesuatu. "Macam mana awak jadi gemuk?"
Rayyan ketawa kecil. Pipi Raihana dicubitnya. Comel! "Oh, yang tu senang jer. Saya beli suit khas yang macam Mr Middleton pakai tu."
"Siapa Mr Middleton?"
"Awak tak tengok Oh My English ke?"
"Tak. Okey soalan seterusnya pulak." Raihana mengetatkan pautannya pada leher Rayyan.
Rayyan menggaru belakang lehernya. Sampai masanya aku bagi tahu Raihana. "Pasal Iris, saya tak ada apa-apa perasaan pun kat dia. Saya cuma bermesra dengan dia sebab saya nak balas dendam. Saya nak buat hati dia hancur macam mana apa yang saya rasa."
Wajah Raihana ditatapnya. Rambut ikal gadis itu diusapnya. Kemudian ibu jarinya mengelus lembut pipi Raihana sebelum beralih ke bibir mungilnya pula.
"Awak sanggup berpeluk dengan dia semata-mata nak balas dendam?"
Soalan Raihana dibiarkan sepi. Wajahnya menunduk.
Raihana tiba-tiba bangun. "Awak tahu tak betapa pedihnya hati saya bila nampak awak berpeluk sakan dengan dia? Dan tahu tak apa yang buat saya lagi sedih? Awak tak pernah nak usaha pun untuk ceritakan hal sebenar kat saya." Raihana terasa ingin menangis tetapi hakikatnya tiada setitis air mata pun yang jatuh.
"Saya penatlah dengan drama awak Encik Rayyan Quzairy." Ujarnya sebelum berlalu ke arah katil. Badannya terus dihempaskan ke atas katil. Terasa penat dengan segala-galanya. Pandangannya menjadi gelap dan dia terus lena dibuai mimpi yang tidak pasti sama ada indah atau duka.
*******************
Rayyan terasa matanya menjadi berat. Stereng kereta digenggam sekuatnya. Sabar Rayyan, sikit jer lagi. Dah nak sampai dah tu.
Matanya membesar apabila dia ternampak sesusuk tubuh berlari ke arah keretanya yang sedang bergerak laju.
Brek cepat-cepat ditekan. Tetapi hakikatnya sudah terlambat apabila dia mendengar bunyi dentuman yang kuat. Dia segera keluar dari keretanya.
Jantungnya berdegup laju apabila terpandang sekujur tubuh yang terbaring berlumuran darah di atas jalan raya. Dia segera merapati gadis itu. Dan apa yang membuatkannya terkejut ialah gadis itu adalah tunangnya sendiri.
Kepala gadis itu diangkat lalu diletakkan ke pangkuannya. Tangisannya makin gila. "Tisya, kenapa awk buat macam ni?"
Tiba-tiba terasa satu tangan yang mengelus wajahnya. "Rayyan, saya tahu awak setia dengan saya walaupun Iris selalu cakap yang dia nampak awak keluar dengan perempuan lain. Saya... s-saya sayang awak." Setelah itu, nafasnya hilang dan tiada lagi denyutan nadi dapat dikesan.
"Arghh!" Rayyan bangun daripada pembaringannya. Wajahnya diraup kasar. Terhenjut-henjut bahunya melawan tangisannya yang menggila.
Mimpi buruk lagi.
Dia memandang Raihana apabila melihat gadis itu turut terjaga mendengar jeritannya. Raihana menggosok matanya.
"Awak ni dah kenapa menjerit malam-malam? Saya nak tidurlah."
Rayyan hanya diam . Tidak sangka Raihana msih marah padanya. "Awak tidur jelah."
Raihana menggigit bibir bawahnya. Sakit hati dengan sikap Rayyan. "Awak jangan nak degil. Dah, jom tidur." Raihana membaringkan kepalanya ke atas bantal. Tetapi badannya kembali tegak apabila Rayyan masih lagi tidak berganjak.
"Awak ni degillah." Ujar Raihana kemudian memaut leher hadapan Rayyan lalu tubuh mereka sama-sama dibaringkan semula. Raihana merapatkan lagi tubuhnya dengan Rayyan sehingga kepalanya terletak di atas bahu lelaki itu.
"Kan senang macam ni. Dah, tidur." Tidak lama selepas itu, hembusan nafas Raihana kembali stabil, menandakan dia sudah lena.Rayyan memeluk tubuh gadis itu. Sedikit sebanyak ingatannya tentang mimpi tadi beransur hilang dan matanya juga sudah mula terlelap.
"Saya sayang awak Raihana." Bisiknya sebelum benar-benar terlena.
Hai!
Minggu dpn exam tau, so sye busy n maybe x smpt update. Sorry... hope u guys x bosn bce crite ni.Ok ok... Please vote and comment-ha! Ckp psl comment , sye excited gile bce komen korg. So komen la ape yg korg piki psl crite ni tau!
Sye tunggu! !)
YOU ARE READING
Bakal Suami?
Ficção AdolescenteRayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat t...