Dia memandang kosong nota yang terlekat pada pintu peti sejuknya.
Hai.. Rai. Sorry tak bagi tahu awal ii. Aku dengan Mira ada meeting kat Penang. Maybe kitorang balik lagi 3 hari. Have fun tinggal sorang. :)
Raihana menggelengkan kepalanya. Budak berdua ni suka inform last minute tau. Sekali aku hentak kepala dua-dua tu karang baru tahu.
Dia melangkah ke arah bilik tidurnya. Badannya terus direbahkan ke atas katil. Huisyh... penat menghadap muka Mr. Poyo tu! Sedang dia mengelamun, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Unknown: Pastikan pagi esok
awak dah siapkan coffee kat atas meja saya. And make sure kurang manis.Rai: Wah, banyak cantik! Eh.. kau sape nak arah-arahkan aku?
Butang send ditekan. Orang utan mana lah pulak sesat hantar mesej kat aku ni?
Unknown: Hai... Cik Assistant. Takkan nombor phone bos sendiri pun tak tahu?
Rai: Memanglah saya tak tahu, dah encik tak bagi. Macam mana encik dapat nombor saya ni?Jangan-jangan encik stalk saya eh?
Stalker: Daripada saya stalk awak, lebih baik saya siapkan kerja saya.
Rai: Eleh... encik ni. Tak habis-habis dengan kerja tu. Cubalah have fun sikit. Workaholic sangat la.
Stalker: Suka hati saya la. Tak bawa mudarat kat awak pun kan? I don't care. Esok pagi saya datang, saya nak coffee tu dah ada kat atas meja saya.
Rai: Whatever! Ok... bye bos! Saya nak tidur la. Penat tau hadap muka bos pagi tadi. Bye! :)
Stalker: Hei.. awak pikir saya tahan hadap mulut laser awak tu?
5 minit kemudian...
Stalker: Raihana! Kenapa awak tak reply?
Stalker: Hei! Takpe... kat office nanti siap awak.
********************
Rayyan menghempaskan telefonnya ke tepi. Bantal yang terletak elok di atas katil dicapainya lalu mukanya dibenamkan pada bantal empuk itu. Dia menjerit sekuat hati, cara yang kerap dia gunakan apabila rasa geram dengan sesuatu.
Ye, aku tengah geram dengam minah kekwat tu. Urgh, mentang-mentang papa back up dia... nak tunjuk 'kak yong' dia kat aku. Hei... tak cuak la. 'Abang long' lagi power! Hati kecilnya bersuara. Tangannya diletakkan di dada. Aku akan tunjukkan yang aku tak senang kena buli dengan minah tu lagi.
Tuk! Tuk! Kedengaran bunyi pintu biliknya diketuk. Dia melangkah dengan malas ke arah pintu bilik lalu dibukanya luas.
"Oh... Mak Mah. Ada apa ?" Soalnya lembut. Matanya difokuskan pada sepasang mata jernih milik pembantu rumahnya itu.
"Emm... Ray. Papa Ray suruh turun bawah sekejap." Balas Mak Mah. Tanpa menunggu jawapan daripada anak muda itu, dia terus berlalu ke arah bilik bacaan. Nak mengemas mungkin.
Rayyan menurut perintah papanya tanpa banyak soal. Satu persatu anak tangga dituruninya. Dia mendengar suara papanya yang sedang rancak berbual dengan seseorang. Tetamu istimewa agaknya, fikir Rayyan.
Dia mendekati papanya yang duduk di sofa. Tempat kosong di sebelah Dato' Amnan diambil. Tetamu yang dijemput papanya itu tidak sempat dia pandang apabila mesej baru masuk ke inbox telefonnya.
Minah: Sorry bos tak reply tadi. Kan saya dah cakap saya nak tidur.
Ray: Whatever! Ha, satu lagi! Esok jangan pakai baju kurung atau dress. Better pakai jeans, okay?
Minah: Eh, encik ni. Suka hati saya lah nak pakai apa. Asal pulak encik nak sibuk?
Ray: Awak ni memang tak boleh kan kalau tak menjawab? Kalau saya suruh tu buat jelah.
Minah: Eh bos... cuba tgk balik msj yang kat atas tu. Encik tulis camni tau. 'Better pakai jeans, OKAY?' Ayat tu macam minta persetujuan saya... so siapa yang salah sekarang ni?
Rayyan menggeleng. Aduhai... betullah cakap papa. Minah ni memang cakap straight terus. Macam mana aku nak handle mulut dia ni?
Rayyan mengangkat wajahnya apabila terasa ada tangan yang mencuit bahunya. Wajah papanya dipandang.
Dato' Amnan tersengih. " Ray ni papa tengok asyik hadap phone je dari tadi. Chat dengan someone special ke?"
Tekaknya terasa kering. Someone special? No... no. Assistant je pun. Kenyataan papanya hanya dibalas dengan gelengan.
Dato' Amnan mengalihkan pandangannya menghadap tetamunya itu. "Rayyan... ni papa kenalkan anak kawan papa. She will be working for our company."
Rayyan hanya memberi respon..."oh!" Sungguh dia malas nak ambil tahu pasal hal-hal staf baru ni. Fokusnya kembali pada telefon di tangan.
Ray: Siapa yang salah tak penting sekarang ni. Kalau esok saya tengok awak pakai dress atau baju kurung, i don't care. Saya suruh awak ganti baju kat situ jugak. Haha...
Rayyan tersenyum sumbing. Minah ni tu memang takkan berani cari pasal dengan aku punya. Kita tengok siapa yang menang esok.
"Rayyan... you dah ada girlfriend ke?"
Rayyan mengangkat pandangannya menghadap empunya suara itu tadi. Haih, soalan apa la dia bagi ni. Dia menoleh ke sebelahnya. Aduh, bila masa pulak papa hilang ni?
Rayyan hanya membalas soalan perempuan itu tadi dengan gelengan. Dia kembali menghadap telefon, membuang rasa seram yang tiba-tiba muncul.
"Oh baguslah kalau macam tu. Maknanya I ada chance." Sebuah jelingan manja dihadiahkan kepada Rayyan.
Rayyan menggigit bibirnya. Ee.. minah ni buat aku rasa seram sejuk la. Jelas sangat dia nak try aku tu. Lebih baik aku blah.
"Sorry eh. Tapi saya nak naik atas. Banyak kerja yang tak siap lagi." Sebaik sahaja dia habis bercakap, kakinya laju melangkah ke arah tangga. Tak kesahlah perempuan tu nak rasa apa, aku tak nak ambil kisah pun!
YOU ARE READING
Bakal Suami?
Ficção AdolescenteRayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat t...