Bab 6 : Revenge time!

14.1K 613 3
                                    

Rayyan dan Hafiz menghampiri Raihana yang sedang lena dibuai mimpi. Agaknya dah smpai mana ek?

Rayyan menepuk bahu Raihana perlahan. Melihatkan tiada balasan, fokusnya beralih kepada telefon Raihana yang terletak di bawah lengan gadis itu. Rayyan cuba sedaya-upaya mengurangkan pergerakannya agar Raihana tidak terjaga.

Hafiz hanya memerhati tingkah-laku rakannya itu. Kepalanya digelengkan. "Kau nak buat apa dengan phone dia ?" Soal Hafiz, separuh lantang. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh, menyerlahkan lagi otot-otot yang terkumpul di bahagian lengannya. Fuh,abang sado!

Rayyan meletakkan jarinya di bibir. Telefon Raihana diangkat menghadap wajahnya. "Aku nak balas dendam. The same way she used."

Belum sempat Hafiz menjawab, kedengaran bunyi klik dari telefon yang sedang dipegang Rayyan. Hafiz merapatkan dirinya kepada Rayyan sebelum tangan sasa milik Rayyan menolak badannya.

Hafiz pamer muka keliru. "Hei aku nak tengok gambar yang kau ambil tu."

Rayyan memandang tapak tangannya sebelum diangkat betul-betul di hadapan sepasang mata milik Hafiz.

Talk to my hand!

Hafiz pasrah. Dia mengambil tempat di sebelah Raihana. Wajah gadis itu dibeleknya.

Boleh tahan minah ni. Kononla papa dia tak kasi pecat. Jangan-jangan kau yang tak nak,Rayyan! Siapa jer yang tak nak assiatant lawa macam dia ni?

Rayyan berdeham kuat,mengembalikan Hafiz pada realiti.

"Nak tengok tak gambar tadi?" Soal Rayyan, cuba mengambil perhatian Hafiz.

Hafiz hanya mengangguk sebelum menyambut telefon yang dihulurkan kepadanya. Well... macam biasa. Rayyan selfie, tapi yang buat dia tersedak apabila terbaca text yang tertera pada gambar tersebut.

Oh.. my prince charming.
Fyi, you are always mine and no one take u from me.

Hafiz membulatkan matanya. Sengihan nakal terbit di hujung bibirnya. "Huh.. seems like you are a bad boy now huh?"

Rayyan tidak mampu menjawab,sebaliknya hanya mampu tergelak mendengar usikan rakannya itu. Bad boy? Oh.. never!

"Tapi ada part yang lagi gempak." Ujar Rayyan sambil tangannya kembali pada skrin telefon Raihana. Setelah beberapa ketika, telefon tersebut dihulur semula kepada Hafiz.

Hafiz hampir-hampir tergelak melihat apa yang telah dilakukan Rayyan. "Bro, are you kidding me? Kau set gambar tadi as background dia? Well... its quite good. I think."

Rayyan kembali fokus pada Raihana. Aduh, macam mana nak kejut dia ni?

Tanpa banyak berfikir, Rayyan terus menolak Raihana dengan sangat kuat sehinggakan gadis itu hampir-hampir terjatuh dari kerusi.

"Bos!" Perkataan pertama yang keluar dari mulut Raihana sebaik sahaja dia terjaga. Dia menilik jam di tangan.

What? Hampir 2 jam aku tidur kat sini. Omg!

Rayyan mengangkat sebelah keningnya. Dia juga mengambil tempat kosong di sebelah Hafiz. "Saya tak tahu pulak awak ada habit tidur merata-rata, Cik Raihana." Ujar Rayyan,sarkastik.

Raihana hanya menjulingkan matanya. Dia mengambil telefonnya yang terletak di atas meja. Niatnya ingin layari internet, tetapi terbantut apabila melihat background telefonnya telah ditukar kepada gambar seorang lelaki yang amat dikenalinya.

Dia tidak mampu berbuat apa-apa selain menjerit..."bos!" Dia memandang Rayyan yang sedang tersengih di haapannya kala ini.

Kalau tak fikir negara ni ada undang-undang,teringin jugak aku nak cabut bibir tu daripada muka dia.

Rayyan membetulkan kolar bajunya." Well tu untuk petang tadi. And if you dont mind, please jangan lupa baca apa yang saya tulis kat tepi gambar tu."

Raihana kembali.menghadap skrin telefonnya. Sekali lagi dia menjerit. Petang itu, Raihana hanya mampu menahan keinginannya daripada cuba mengapa-apakan Rayyan.

Rayyan pula tak habis-habis mempamer senyuman annoying yang pada pandagannya hanya membuatkan hati Raihana makin panas

Bakal Suami?Where stories live. Discover now