Jeng! Jeng! Jeng!

16.2K 464 52
                                    

Ni untuk tebus kesalahan saya...

Rayyan mengetuk pintu bilik air bertalu-talu. Sakit perutnya sedaya-upaya ditahan. "Sayangku Raihana, bukalah pintu ni. Ok fine, abang janji abang tak buat lawak macam tu lagi."

Mesti korang tertanya apa yang jadi kan? Baiklah, jom flashback.

Rayyan mendekati isterinya yang sibuk menelaah majalah ibu mengandung. Dia berbaring di atas pangkuan isterinya.

"Sayang..."

"Hmm...ye." mata Raihana masih tertancap pada majalah.

"Sayang tak sunyi ke hidup sesorang kat dalam rumah ni?"

Raihana segera berpaling menghadap suaminya. "What do you mean?" Sambil menyanyikan lagu kesukaannya.

"Alah... you know, sayang seorang je perempuan kat rumah ni. Sayang tak nak ke ada teman?"

Raihana membulatkan matanya. Tidak mengerti dengan apa yang cuba disampaikan Rayyan.

"Alah... tak teringin ke nak ada honey?"

Sejuus selepas ayat itu menutur keluar daripada mulit Rayyan, Raihana terus mencubit lalu memulas kuat perut suaminya. Huh...rasakan penyepit aku.

"Auch! Sakitlah sayang."

Raihana tidak ambil peduli malahan dia mengatur langkah menuju bilik air. "Jangan nak bersayang-sayang dengan saya kalau ada hati nak kahwin dengan perempuan lain." Pintu bilik air ditutup.

Dan apa yang aku buat sekarang ialah...memujuk isteri kesayangan aku seorang ni.

"Sayang , abang gurau jelah. Mana mungkin abang dapat cari perempuan yang setanding dengan Raihana abang. Punya lah susah abang nak dapatkan dia, takkan semudah tu abang nak tinggalkan. Sayang dengar tak ni?" Jeritnya ,,mendengarkan tiada respon daripada Raihana.

"Sayang, baik buka sekarang sebelum abang pecahkan pintu ni."

"Satu..."

"Dua..."

"Tig.."

Pintu bilik air terbuka. Tanpa sempat dielak, mukanya disimbah dengan air. Habis basah bajunya. Wajah suci murni Raihana dipandangnya. Wa...dah buat slah boleh buat muka innocent pulak dia. Gigit karang!

"Sayang, finally. Asal merajuk, masuk bilik air. Kenapa, wangi sangat ke bilik air tu?"

Raihana mendekatinya lalu memeluk tubuhnya erat. Kemudian dia mendongak memandang Rayyan. "Abang...." panggil Raihana, manja.

Aduh...lutut aku dah rasa lemah gemalai dengar dia cakap macam tu. Dah kenapa isteri aku ni? Manjanya semacam.

"Jom keluar pergi Secret Recipe? Rai teringinlah nak makan kek. Please..." Raihana membulatkan matanya dengan bibir yang dikemutkan.

Rayyan mencium sekilas bibir istrinya. "Sayang ni kan, suka buat muka tu. Abang cair terus kalau tengok. Sayang ni sengaja kan?"

"Okey jom, abang bagi masa 10 minit jer. Abang tunggu kat dlam kereta."

*************************

Pautan tangan Raihana pada lengannya semakin diketatkan. Risau jugak bila tengok ramai sangat orang kat mall ni.

Kakinya baru ingin melangkah setapak apabila seseorang melanggar bahunya. Impak daripada itu, badannya terdorong ke belakang.

Raihana di sebelah dipandang. "Sayang okey?"

Raihana mengangguk.

Gadis yang dilanggarnya tadi sibuk mengutip kembali barangnya yang bersepah. Wajahnya bertukar kelam apabila melihat kek yang dibelinya tadi sudah rosak.

Rayyan mendapatkan gadis yang pada kiraanya berumur belasan tahun. "Cik, okey tak? Kesian saya tengok, kek cik dah rosak. Jomlah ikut saya dengan my wife, beli kek baru."

Gadis tadi memandangnya tajam. Fuh..meremang bulu roma tengok.

"Aku benci orang kesian aku. So just go away. Aku boleh uruskan small matter macam ni." Gadis tadi berlalu pergi. Tapi sempat Rayyan menjeling sekilas tag nama pada bag gadis itu.

Aufa Atsyan..

"Abang...kenapa tadi?" Raihana memandang wajah suaminya yang seperti memikirkan sesuatu.

"Tak adalah sayang. Tadi ada budak perempuan tu, abang just nak tolong aje tapi abang pulak kena marah. Sayangnya...muka cantik tapi perangai macam orang tak cukup kasih sayang."

"Maybe dia memang tak cukup kasih sayang kot." Ujar Raihana.

Rayyan tersenyum. "Tapi sayang dah dapat cukup kasih sayang daripada abang sebab tulah sayang abang ni lovely, comel, baik, fuh... semua lah."

Raihana tertawa kecil. "Aah...untung Rai dapat suami macam abang"

Abang pun untung dapat isteri macam sayang.




Sesiapa tahu siapa Aufa Atsyan tu?

Bakal Suami?Where stories live. Discover now