Bab 9

13.3K 601 20
                                    

"Bos!" Jerit Raihana. Langkahnya dilajukan, menyaingi langkah Rayyan. Sebaik sahaja dia sampai di sisi Rayyan,lengan kanan lelaki itu ditepuk.

Rayyan menggosok lengannya yang ditepuk Raihana. Mukanya dikerutkan. "Sakitlah! Huh...tangan kecil macam tu pun berbisa ke?"

Raihana membesarkan matanya. "Hisyh...bos yang tinggalkan saya kat belakang tu. Benci bos!" Raihana memeluk tubuhnya dengan mulut yang dimuncungkan.

Rayyan menjeling riaksi Raihana.

Alolo..comel jer buat muka camtu. Gigit karang!

Kepalanya digelengkan. Mulutnya mengukir senyuman nakal. "No.. I know you love me."

Raihana menjulingkan matanya. Malas mahu melayan,dia berjalan mendahului Rayyan. Telefonnya dikeluarkan. Dia membuka mesej yang baru masuk ke dalam peti masuk telefonnya.

Bos : Oh my baby! Please don't hate me. I know you love me with all your heart.

Raihana ketawa kecil. My baby?  Eww!

Rai : Stop it la bos!

Bos : Tak nak!

Rai : Ergh! Childish!

Bos : Walaupun saya childish... awak tetap sayang saya kan?

Sayang? Sedang dia asyik melayan telefon, badannya dirempuh dari hadapan. Badannya terlambung ke belakang impak daripada rempuhan tadi. Matanya dipejamkan, tidak sanggup melihat apa yang bakal terjadi kepada dirinya.

Belum sempat punggungnya mencecah lantai, kedua belah lengannya digenggam oleh seseorang. Badannya ditarik ke hadapan, mengembalikan posisi berdiri.

Matanya masih tidak dibuka. Dia dapat rasakan deru nafas seseorang menyapa wajahnya. Matanya dibuka sedikit. Dia terkejut melihatkan wajah Rayyan yang begitu hampir dengan wajahnya. Dia menolak badan Rayyan menjauhinya.

"Terima kasih bos?"

Rayyan senyum. "Kasih awak diterima." Sebelah matanya dikenyitkan.

Raihana menggigit bibirnya. Mood flirting tak habis lagi ke?

Suasana mereka diganggu dengan deheman seseorang. Pandangan mereka ditala ke arah empunya suara itu.

Raihana melemparkan pandangan kosong.

"Miss are you okay? I'm so sorry." Lelaki tadi membetulkan kaca mata hitamnya.

Raihana memberi senyuman seadanya. Dia menjeling Rayyan yang tegak berdiri di sisinya.

Lelaki tadi memetik jarinya di hadapan Raihana. Dia tertawa melihat Raihana yang terkejut dengan tindakannya.

"Cik... adakah awak ni Google?"

"Google?"

"Yep... sebab semua ciri-ciri yang saya ingin ada pada awak."

Raihana membulatkan matanya. Belum sempat dia memberi apa-apa komen, terasa ada tangan yang menjalar di atas bahunya. Dia memandang Rayyan yang sedang memandang lelaki tadi dengan muka serius. Gulp! What's wrong?

"Hello! Encik Adam kan ni?" Soal Rayyan sambil tangannya menyalam tangan lelaki tadi.

Lelaki yang bernama Adam itu memandang Rayyan dengan pandangan pelik. Matanya memandang tangan Rayyan yang masih setia memeluk Raihana dari sisi.

Rayyan yang perasan dengan pandangan Adam, terus merapatkan lagi kedudukannya dengan Raihana sehingga kepala Raihana betul-betul terletak di dadanya.

Raihana cuba menahan rentak jantungnya yang semakin laju. Encik Rayyan, tolong jangan seksa saya macam ni boleh tak?

"Oh.. saya lupa nak kenalkan. Ni bakal tunang  merangkap assistant kesayangan saya, Raihana." Rayyan menepuk bahu sebelah kiri Raihana. Mukanya dimaniskan. "Sayang, nilah orang yang abang cakap kat dalam kereta tadi."

Raihana menelan liurnya yang terasa kesat. Err... apakah ini? Abang ? Sayang? Encik, kalau encik tak nak tengok saya pengsan kat sini, please jangan sebut perkataan tu lagi. Cair...

Raihana mengangguk. Matanya setia memandang lantai. Rasa segan menyerbu dirinya.

"Raihana...mulut tu ada fungsi dia tau."

Raihana menggigit bibirnya. Bukan dia tak tahu Rayyan memang sengaja ingin mengenakan dirinya. Pandangannya diangkat lalu senyuman paling manis dihadiahkan kepada Rayyan.

"Oh... ni ke orangnya abang? Sayang ingatkan orang penting yang abang cakap tu dah tua. But wow! Muda lagi."

Rayyan tersengih. Seronok lah pulak berabang-sayang ni. "Sayang janganlah pandang lelaki lain. Pandang kat abang jer tau!"

Raihana menahan tawanya. Kepalanya dianggukkan.

Aduh... teruk benor penyakit cemburu dia ni. Berlakon je pun.

"Raihana, Rayyan. Jom lah naik pejabat saya. Banyak benda nak kena bincang." Adam memboloskan dirinya ke dalam lif.

Raihana dan Rayyan memandang satu sama lain. Masing-masing tersenyum mengingatkan lakonan mereka tadi.

"Jom naik sayang!" Rayyan mengenyitkan sebelah matanya. Mukanya mempamerkan riak nakal.

Raihana menjulingkan matanya ke atas.

Eleh..Rai. Mahu tapi malu!

Senyap lah kau!

Raihana mengejar langkah Rayyan yang sudah jauh ke hadapan. Today will be a long day...

Wow! Rayyan dah pandai main usik-usik dengan Raihana. What do you think? !)

Bakal Suami?Where stories live. Discover now