Bab 24

12.4K 602 41
                                    

Selesai sahaja acara pertunangan tadi, Raihana  terus menghumbankan tubuhnya ke atas katil.

Apa yang jadi? Huh, nothing interesting. Boleh pulak si Quzairy tu tak datang. Penat tahu tak nak melayan semua tetamu tadi?!

Okey Rai, hari ni kau jadi tunang orang. Esok jadi bini orang pulak. Hahaha! Kesian kau an?

Raihana meletakkan lengannya di atas dahi, cuba melelapkan matanya. Zzz....zzz....zzz...

Oh Allah, You're the light that shines above,
You're the reason i would never give up,
You're the one I try for,live my life for,
Give up all I have~~

Raihana terus bangun daripada pembaringannya. Matanya mencerlung memandang ke arah telefonnya yang masih berbunyi nyaring. "Eh Phony, kau senyap boleh tak? Aku nak tidurlah!"
Jerit Raihana.

Bantal kecil di sisinya diambil lalu ditekapkan ke kedua-dua belah telinganya. Ee...dia ni tak faham bahasa ke? Aku kata senyap kan?!

Wei Rai, benda alah tu takkan senyap selagi kau tak pergi kat dia, then mute kan. Kau ni lahir zaman bila sebenarnya?

Raihana menepuk dahinya, termalu dengan tindakannya sendiri. Phony~_~ diangkat lalu jarinya menyapu permukaan skrin.

"Helo siapa ni?" Soal Raihana.

"Raihana."

Raihana terkesima. Rayyan! Buat apa dia call aku?
Emosinya cuba dikawal. "Oh Rayyan. Awak nak apa call saya?"

Rayyan ketawa. "Mana panggilan encik untuk saya?"

Raihana memusingkan bola matanya. "Saya kan dah tak kerja dengan awak lagi, buat apa nak panggil encik. Ha, kalau desperate sangat nak panggilan encik tu, suruh si Minah Sendat tu panggil. Dengan rela hati dia sanggup."

"Raihana, asal awak tak habis-habis kaitkan Iris setiap kali kita bercakap?"

Raihana tersenyum sinis. Hatinya terkesan dengan persoalan Rayyan. "Oh sekarang awak nak pertahan bakal isteri awak tu pulak.?"

"What, bakal isteri? Hei, saya dah jumpa bakal isteri saya dan yang pastinya dia bukan Iris."

Raihana kehilangan kata-kata. Oh, jadi dia dah ada bakal isteri. "S-siapa?"

"Saya tahu bakal isteri saya ni boleh menjaga saya dan beri kebahagiaan pada saya. Saya cuma nak minta maaf pada awak sebab saya tahu saya banyak buat awak sakit hati."

Raihana dapat merasakan kelopak matanya mula bertakung. Kenapa dia cakap macam tu? "Jadi?"

"Ni last saya call awak dan mungkin saya takkan dapat jumpa awak sampai bila-bila."

Raihana menggenggam penumbuknya. Perasaan hatinya cuba dikawal. "Baguslah kalau macam tu." Lain yang dirasakan, lain pula yang diluahkan. Hesy..

"Harap saya dan awak bahagia dengan pasangan masing-masing." Suara Rayyan kedengaran bergetar, menambahkan lagi kesedihan yang bertandang di hati Raihana.

Panggilan cepat-cepat dimatikan sebelum Raihana berlari ke arah bilik mandi. Dinding berjubin itu ditumbuknya, menghadirkan rasa puas dalam dirinya.

Tangannya yang mula membiru dibiarkan, sakitnya tidak mampu menandingi rasa sakit hatinya. Kenapa kau perlu ambil hati aku kemudian kau biarkan aku terkapai-kapai tanpa insan yang memiliki hati aku?

*********************

Pengantin dah siap! Raihana tersengih tatkala semua orang sibuk mengiringinya pergi ke ruang tamu rumah. Sebaik sahaja tiba, matanya mencari-cari wakil daripada pengantin lelaki.

Bakal Suami?Where stories live. Discover now