Bab 28

14.1K 650 14
                                    

Rayyan mundar-mandir di hadapan bilik mandi. Jam tangannya dikerling sekilas. 5 minit 30 saat sudah berlalu. Ok, enough!

"Raihana...buka pintu ni." Jerit Rayyan sambil tangannya mengetuk pintu bilik air. Melihatkan tiada respon daripada gadis itu, tombol pintu itu terus dipulas.

"Raihana?"

Raihana berpusing menghadap Rayyan. Senyuman ikhlas diberi kepada Rayyan.

Baru sahaja dia ingin membuka mulut, kedengaran suara seseorang memekik terlolong di luar rumahnya.

Err...yang aku tahu kalau melolong ni anjing jer. Wait, takkan lah anjing jadian kot?!

Raihana memaut pada lengan baju lelaki itu. Mereka berdua turun ke tingkat bawah.

Rayyan memeluk erat pinggang Raihana. Pintu utama dibuka menampakkan seorang gadis yang tak henti-henti menggegarkan pagar rumahnya.

Semakin dekat langkahnya menghampiri gadis tersebut, semakin jelas wajahnya pada penglihatan Rayyan.

"Iris!"

Wajah isterinya dipandang. Dia jadi kalut apabila melihat perubahan pada riak muka gadis itu. Memang payah lah nak pujuk lepas ni. Aduh...aku baru nak berbaik dengan Raihana. Datang pulak lak ahli sihir ni.

Pautannya pada pinggang Raihana diperkemaskan. Kemudian dia berdehem, cuba memancing perhatian Iris.

Gadis itu seolah-olah tersedar dari histerianya. Mukanya tiba-tiba berseri melihat Rayyan. "Rayyan...I miss you!"

Rayyan baru sahaja ingin membuka mulut, tetapi suara Raihana lebih pantas memintasnya.

"Ah, banyak lah kau punya miss. Tak takut dosa ke kacau suami orang?"

Pandangan Iris jatuh pada Raihana. Jari telunjuknya ditujukan kepada gadis itu. "Kau!  Kau yang rampas Rayyan daripada aku. Sepatutnya aku yang kahwin dengan Rayyan. Bukan kau!"

"Perempuan macam kau ada hati nak bersuamikan lelaki macam Rayyan? Wow...angan-angan Mak JENIN!"

Kemarahan Iris semakin membara. Lengan tangannya disinsing hingga paras siku.

Rayyan memandang wajah muram Raihana. "Raihana sayang, awak masuk dulu eh. Iris ni biar saya settlekan."

"Tapi..."

"Please percaya cakap saya."

Raihana akur. Sebelum masuk, sempat dia menghadiahkan sebuah jelingan kepada Iris. Nasib ada Rayyan. Kalau tak, dah lama pipi kau tu jadi mangsa penumbuk aku.

Raihana mundar-mandir di dalam biliknya. Rayyan...cepatlah naik.

Seperti faham apa yang dialami Raihana, pintu bilik mereka terbuka menampakkan Rayyan yang sihat walafiat.

Ok fine. Jangan salahkan aku. Aku just takut minah psiko tu culik anggota badan Rayyan jer.

Tubuh lelaki itu terus didakapnya erat. Kepalanya didongakkan memandang Rayyan. "Apa yang jadi?"

Rayyan mengeluarkan sebuah keluhan berat. Tangan Raihana dicapai lalu membawanya duduk di atas katil.

"Ok now listen carefully. Saya tak nak ulang."

Raihana mengangguk.

Rayyan mengambil nafas panjang. "Dua tahun yang lalu saya bertunang dengan seorang gadis ni. Nama dia Tisya. She was very nice and sweet...just like you."

"W-was?"

"Yeah...was. Dia meninggal sebab saya yang langgar dia. Waktu tu saya agak pening...then tetibe jer saya nampak dia lari meluru ke arah kereta saya. Saya tak sempat nak elak sebab dah dekat sangat."

Raihana mengelus lembut belakang badan suaminya. Air mata yang menitis di pipi lelaki itu dikesatnya. Hatinya ikut jadi sedih melihat keadaan Rayyan sebegini.

"Lepas seminggu kematian arwah Tisya,saya mula siasat punca Tisya buat macam tu. Saya dapat tahu bahawa Iris yang selalu hasut dia pasal saya keluar dengan perempuan lain. Mula-mula dia tak kesah, tapi keadaan jadi makin rumit bila Iris tak habis-habis tunjuk gambar saya dengan perempuan lain."

"Sampai satu tahap tu, Iris betul-betul melampau bila dia tunjukkan gambar saya tidur dengan perempuan lain. Sedangkan gambar tu photoshop ok! Saya takkan pernah buat perkara terkutuk tu."

Rayyan meraup wajahnya. "Tisya tak tahan dan dia cuba nak bunuh diri."

"Cara yang terakhir yang dia guna tulah yang buat saya terseksa sampai sekarang. Dia pilih untuk dilanggar oleh saya sendiri."

Air mata Rayyan makin deras jatuh di kedua-dua belah pipinya. Tisya ialah masa lalunya, kenapa perlu dia ungkitkan lagi?

Kau dah ada Raihana sekarang!

Wajah Raihana dipandangnya. Kedua belah tangan gadis itu dicapai lalu dibawa ke bibirnya.
"Sudikah awak, Puan Raihana untuk jadi isteri saya dalam erti kata sebenar?"

Raihana terdiam. Dia hanyut dalam tawanan sepasang mata coklat milik Rayyan. Lepas apa yang dia dah cerita kat aku, aku rasa aku dah ready. Tanpa sedar dia menganggukkan kepalanya.

Rayyan tersenyum. Tangannya dilarikan ke arah lampu tidur lalu dipadamkan.

"Assalamualaikum, bidadariku."

"Waalaikumsalam, imamku."

********************

Raihana merenung wajahnya yang terpantul pada cermin soleknya. Fuh... lepas jugak tanggungjawab aku.

Rayyan yang terbaring di atas katil dipandangnya. "Awak, takkan nak baring je kot. Tak proaktif betul lah."

Rayyan tersenyum nakal. "Sayangku, takkan lah lepas ibadah kita malam tadi, masih lagi nak guna awak-saya? Hmm?"

Raihana merasakan pipinya sudah mulai panas. "Err...pastu nak kena panggil abang ke?"

"Aduh isteri sorang ni kan. Mesti lah kena panggil abang. Takkan nak panggil adik pulak."

"Tapi tak biasalah..."

"Biasa tak biasa. Praktis jelah."

Raihana terdiam. Fikirannya menerawang sebelum terfikirkan sesuatu. "Hah Rayyan...s-sa..."

"Abang..." jerit Rayyan.

Yelah yelah." Macam mana abang settlekan Minah Sendat tu?" 

Rayyan tersenyum kemenangan. "Eleh...ahli sihir macam dia tu senang je nak uruskan. Ugut sikit dah takut."

Raihana ketawa mendengar nama panggilan yang diberi Rayyan kepada Iris. Bila AHLI SIHIR + MINAH SENDAT = SANGAT LAH TAK TERBAYANG RUPANYA. (Please readers, jangan bayangkan. Muntah hijau karang nanti.)

Raihana mendekati suaminya. Rambut lelaki itu dibelainya. "Serius ni, apa yang abang cakap kat dia."

"Abang cakap lah, kalau dia still kacau kita berdua, abang  takkan teragak-agak ceritakan hal ni kat parents dia."

"Dia takut kat parents dia ke?"

Rayyan tersenyum. Tubuh gadis itu ditarik lalu dibawa ke dada bidangnya. "Mestilah takut. Iris tu bukannya bekerja pun. Hrapkan mak bapak suap jelah. Nanti kalau abang bagi tahu parents dia, confirm diorang tarik semua kemudahan yang diorang bagi kat Iris. "

"Tak boleh byangkan minah tu hidup merempat."

"Sayang abang ni jahat eh." Ujar Rayyan sambil menggeletek pinggang Raihana.

Gadis itu apa lagi, berusaha melepaskan diri daripada cengakaman Rayyan sehingga sanggup menendang kakinya.

"Urgh...Raihana. Very naughty girl!"

Rayyan semakin galak menggeletek gadis itu. Hatinya turut rasa bahagia kerana dapat memiliki gadis sebaik Raihana.

Terima kasih Ya Allah sebab temukan aku dengan makhluk ciptaanMu yang terindah.









K guys. Belum habis lagi sebenarnya. Serius rasa sedih nak habiskan cerita ni. Sesiapa yang dah mula sayangkan Rayyan dengan Raihana rajin2kn lah tgn tu tuk vote.

Jgn lupa FOLLOW!

Bakal Suami?Where stories live. Discover now