Rayyan memandang Adam yang sedari tadi tidak jemu memandang Raihana. Hatinya sakit mengenangkan lelaki lain menatap wajah gadis yang sudah dua hari sah menjadi pembantunya.
Ooo...wait there. Bro, kenapa bunyinya macam 'dah dua hari sah jadi wife' kau?
Wife? Doesn't sounds bad to me
Hey wake up! Kau baru kenal dia dua hari and now kau dah suka kat dia? Please tell me wrong
Its so damn true. That's why aku tak suka si Adam ni pandang Raihana macam tu.
Pandangannya ditala ke arah Raihana yang duduk di sebelahnya. Senyuman manis diberi apabila gadis itu juga sedang memandangnya. Gadis itu juga membalas senyumannya.
"So Encik Rayyan... okey tak dengan cadangan saya tadi?" Adam memandang Rayyan yang sedang leka merenung wajah Raihana. Soalannya diulang sekali lagi apabila tiada respon yang diberi Rayyan.
Rayyan melarikan matanya daripada Raihana. Dia kembali memandang Adam sambil tangannya membetulkan kolar bajunya. "Maaf saya tak pay attention tadi. Sayang.. tolong jangan senyum macam tu for a while okay? Abang tak boleh focus lah."
Raihana menutup mulutnya. Kepalanya dianggukkan. Oh boy! I'm melting here...someone please save me!
Drop it, Rai! Drama queen sangat!
"Apa awak cakap tadi?" Rayyan menfokuskan pandangannya kepada Adam.
"Projek kita di Kedah tu biar saya and team saya uruskan. Encik uruskan hal bab-bab document."
Rayyan mengangguk. "Kalau dah tak ada apa-apa, you don't mind kalau my love and I balik dulu?" Perkataan 'my love' ditekankan.
Adam mengangguk. Dia menghantar Rayyan dan Raihana hingga pintu lif sebelum kelibat mereka hilang di sebalik pintu lif.
Haih...untung Encik Rayyan dapat bakal tunang cantik. Baik pulaK tu. Aku ni? Ada awek, tapi materialistik.
*******************
Rayyan menilik jam di tangannya. Ada lagi dua jam sebelum office hour tamat.
"Raihana, you don't mind kalau saya bawa awak pergi makan dulu?"
Raihana mengangguk. Kalau saya cakap tak nak pun, bos mesti paksa jugak.
Mereka keluar dari lif apabila pintu lif terbuka. Raihana mendahului Rayyan ke tempat parkir kenderaan. Sebaik sahaja ternampak kereta milik Rayyan, dia berdiri di sebelah kereta mewah itu.
Rayyan melajukan langkahnya menghampiri Raihana. Wajah masam gadis itu dipandangnya." Raihana, kenapa awak moody tiba-tiba ni? Awak marah ke saya cakap awak bakal tunang saya tadi? Awak dah berpunya ke?" Soal Rayyan. Tangannya digenggam, entah kenapa dia berasa cemas menanti jawapan daripada Raihana.
Raihana menggeleng. Kedua belah tangannya menutup wajahnya. "Jomlah bos gerak. Saya dah penat sangat ni." Raihana menanti jawapan Rayyan.
Rayyan melepaskan nafas lega. Mukanya kembali ceria. " Jom! Sayang abang dah lapar eh?" Soal Rayyan dengan sebelah matanya dikenyitkan. Dia mengambil tempat di bahagian sebelah pemandu. Cermin bahagian seat penumpang diturunkan, menampakkan Raihana yang masih tegak berdiri di sisi kereta.
"Raihana! Cepatlah naik. Ke awak nak saya angkat awak bridal style?" Usik Rayyan. Keningnya dinaikkan.
Raihana meraup wajahnya. Hisyh... apa lah aku ni. Boleh pulak termenung.
Termenung? Teringatkan Encik Rayyan ke?
Shut up lah!
Raihana membuka pintu bahagian penumpang. Wajah nakal Rayyan dipandang sekilas. Tak penat ke tenung muka aku dia ni?
"Encik, saya tahulah saya ni comel tapi tak payahlah sampai pandang tak berkelip." Raihana memasang seat belt.
Rayyan tertawa dengan respon Raihana. "Oh Raihana.. I like it bila awak sarkastik. It's so....hot." Rayyan tersenyum sinis. Enjin dihidupkan lalu keretanya meluncur laju keluar dari tempat parkir syarikat itu.
Raihana menutup mukanya dengan kedua belah tangan. Rasa malu menyerbu dirinya. "Oh bos. Please shut up."
Rayyan melepaskan tawanya. Oh god. She is so...cute.
YOU ARE READING
Bakal Suami?
Teen FictionRayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat t...