Bab 27

13.8K 515 19
                                    

"Awak, cepat lah sikit! Jangan jalan macam Miss World sangat boleh tak?" Jerit Raihana. Rayyan yang ketinggalan agak jauh dipandangnya geram. Hisyh.... aku yang berkain ni pun tak jalan selambat dia.

"Rayyan!" Tangannya diletakkan di kedua-dua belah pinggang melihatkan Rayyan masih tidak melajukan langkahannya.

"Urgh! Sabarlah. Tak lari pun jurugambar tu."

"Memanglah jurugambar tu tak lari. Tapi masa kita tak cukup ni."

Raihana memandang Rayyan yang kini sudah berdiri di sisinya. Hidung lelaki itu dicubitnya. "Ee geram dengan dia ni tau. Dah, jom. Buka kasut tu. Pakai selipar ni." Ujar Raihana sambil menghulurkan sepasang selipar kepada Rayyan. Kemudian kasut tumitnya juga digantikan dengan selipar.

"Nak buat apa pakai selipar?"

"Kita nak buat photoshoot kat air terjunlah sekarang ni. Takkan nak pakai kasut mahal-mahal kot?"

Rayyan menggaru kepalanya. Macam mana dia lagi tahu daripada aku sedangkan aku yang rancang benda alah ni.

"Dah....jangan nak fikir sangat. Saya yang tanya jurugambar tu tadi. Awak tulah sibuk sangat betulkan rambut sampai tak sedar."

Rayyan tersenyum malu. "Eleh... saya handsome untuk awak juga." Ujar Rayyan sambil melagakan hidungnya dengan hidung Raihana. Perbuatannya menyebabkan terbit rona merah pada pipi Raihana.

Raihana sedaya-upaya mengawal perasaan malunya. Sedang asyik mereka berkelakuan begitu,bunyi klik kedengaran. Serentak mereka berpusing ke arah punca bunyi tersebut.

Jurugambar yang bernama Alfi itu hanya tersengih sambil menunjukkan kamera digitalnya. "Maaf ambil gambar tak bagi tahu. You guys sweet sangat tadi. Saya tak nak lepaskan moment macam tu."

Raihana menjauhkan dirinya daripada Rayyan. Kemudian fokusnya dilarikan kepada jurugambar tersebut. "Encik Photographer, bila nak start ni?"

"Oh... pasangan pengantin silakan pergi kat bawah air terjun tu. Then nikmati saat tu, seolah-olah macam korang berdua je kat sini. Kalau ada moment yang best saya akan snap terus."

Raihana tidak perlu diulang banyak kali. Tangannya terus menarik Rayyan. Sebaik sahaja sampai di bawah air terjun,dia terus menyimbah muka Rayyan.

"Hei...ni tidak adil."

"Adil tak adil. Yang pasti saya dah lama tak mandi air terjun." Raihana terus menyimbah wajah Rayyan.

"Oh... nak main kasar eh. Baiklah." Rayyan terus mencempung tubuh Raihana lalu diletakkan di tempat jatuhnya air terjun. Pegangannya pada tubuh gadis itu dikemaskan,risau perkara tidak diingini terjadi.

"Awak...turunkan saya. Please..." rayu Raihana. Matanya yang sudah sedia bundar dibulatkan lagi.

"No no no." Rayyan menggeleng.

"Okey...kalau awak lepaskan,saya janji saya akan dengar cakap awak selama 24 jam."

Rayyan tersenyum. Perkara jahat mula menyinggah mindanya. Yeye... kita tengok.

"Okey...kalau macam tu,awak kena dengar cakap saya sebaik sahaja habis solat maghrib. Setuju?"

Raihana akur. Mukanya sudah mula mengebas akibat deruan air yang sangat deras menimpa wajahnya.

Rayyan mencium pipi gadis itu sebelum menurunkannya semula.

Matanya meneliti setiap inci wajah Raihana. Comel....macam kucing. Wajahnya mula mendekati wajah Raihana kemudian tangannya menarik pinggang gadis itu mendekatinya.

Bakal Suami?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang