Bab 16 : Masalah Besar

12.7K 632 11
                                    

Dan itulah kisahnya macam mana aku boleh sangkut kat dalam bilik gelap ni.

Derapan tapak kaki Rayyan makin kuat kedengaran menyebabkan kelajuan degupan jantungnya meningkat.

"Raihana!" Jerit Rayyan.

"Hei, awak kat mana?"

Masih tiada lagi jawapan daripada Raihana. Gila apa nak jawab?

"Rayyan." Suara nenda kedengaran. Raihana melekapkan telinganya pada pintu, cuba mendengar perbualan antara mereka.

"Cari siapa?"

"Nenda...tadi Ray main sorok-sorok dengan Raihana. Tapi sekarang tak jumpa pulak mana dia sorok. Rayyan dah rindu ni. Nenda tolong Rayyan cari dia eh?"

Raihana tertawa kecil. Eleh...manja jugak dia ni.

Raihana tidak mendengar apa-apa lagi selepas itu. Telinganya masih terlekap pada pintu. Tiba-tiba pintu tersebut dibuka dari luar menyebabkan badannya jatuh, meluru ke hadapan. Nasibnya memang baik kerana ada satu tangan lebih cekap dengan memaut pinggangnya.

Raihana dapat menghidu perfume yang digunakan oleh orang itu.

Errmmm...sat na! Macam familiar sangat bau ni.

Mukanya laju diangkat, menyapa sepasang mata milik Rayyan yang sedang galak merenungnya. Dia dapat merasakan kedua-dua belah pipinya menjadi panas apabila direnung sebegitu oleh Rayyan.

Rayyan melepaskan tangannya yang memaut pinggang ramping Raihana. Dia memandang nendanya,cuba melupakan memori ketika dia memaut pinggang gadis itu.

Sabar Rayyan. Kau belum halal lagi untuk dia!

Dia menggosok belakang lehernya. "Macam mana nenda tahu Raihana sembunyi dalam tu?"

Raihana juga ingin menanyakan soalan yang sama. Matanya memandang wajah tenang nenda.

Nenda meghadiahkan sebuah senyuman untuk mereka." Rayyan kan selalu main sorok-sorok dengan nenda dulu? Bilik tulah yang selalu jadi tempat Rayyan menyorok."

Raihana mengangguk. Nenda mengajaknya berbual di taman bunga.

Mereka terus berbual sehingga azan asar kedengaran.

"Raihana, stay satu malam kat sini eh? Teman nenda." Nenda menggosok tangan Raihana. Rasa kasihnya untuk gadis ini sudah mula terbit.

Raihana rasa serba-salah. Wajah nenda dipandangnya. "Kalau bos stay, saya boleh aje."

Nenda terus memeluk Raihana. "Okey,jom masuk. Solat asar berjemaah nak?"

Raihana menggaru kepalanya yang tidak gatal." Nenda...Raihana t-tak boleh s-solat."

Nenda tersenyum. Alolo comel jer buat muka macam tu. Patutlah Rayyan suka kat dia.

Nenda berdiri kemudian kakinya melangkah menaiki tangga sambil mendorong Raihana bersamanya. Mereka berhenti di hadapan sebuah bilik .

"Ni bilik Raihana. Bilik hadapan ni pulak Rayyan. Lepas solat maghrib turun dapur, kita makan malam sama-sama."

Raihana mengangguk dengan arahan nenda. Dia menghantar pemergian nenda dengan pandangan.

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, badannya terus direbahkan ke atas katil. Penatnya...

Tanpa dia sedar, dia sudah terlena dibuai mimpi.

********************

Tepat jam 7:30 petang, dia sudah terpacak di dapur. Dia mendekati Nenda yang sudah mula menyusun hidangan di atas meja.

Bakal Suami?Where stories live. Discover now