Hari ketiga aku tak masuk kerja, bermakna tiga hari berturut-turut jugaklah aku pergi gim. Hal yang buat aku musykil ialah, aku tak dapat pulak call daripada pejabat.
And you know what ? Pulaklah aku kesah. Dia dah sakitkan hati aku, jangan berharap dia dapat tengok muka aku lagi.
Raihana membelek lengannya di hadapan cermin. Fuh, lemak degil dah hilang. Freedom!
Tiba-tiba telefonnya berdering. Nama pemanggil dilihat sebelum menerima panggilan tersebut. Abi? Alamak!!
"Helo Assalamualaikum abi." Suaranya dilembutkan sehabis boleh-takut punya pasal.
"Waalaikumsalam. Rai dah solat asar belum?"
Raihana menahan tawanya daripada terletus keluar. Lawaklah abi ni. Pikir aku budak kecil ke?
"Alhamdulillah, dah abi. Umi sihat?"
"Umi sihat tapi abi nak cakap something ni."
Raihana menggigit bibirnya. Dia dapat rasakan jantungnya berdegup sangat laju. "Abi nak cakap apa?"
Abinya di hujung talian berdehem-aik takkan abi nervous kot?
"Ada orang datang merisik Rai hari tu."
Pegangan Raihana pada telefonnya terlepas menyebabkan-okey dramatik sangat!
Raihana menelan liurnya. Tiba-tiba ingatannya beralih kepada Rayyan. Aha! Aku ada idea. Biar padan muka dia.
"Abi rasa dia okey ke?"
"Abi rasa dia tu lebih daripada okey."
"Kalau macam tu abi jelah buat keputusan, Rai percaya dengan pilihan abi." Mungkin ni aje cara aku nak lupakan Mr.-suka-sakitkan-hati-aku tu.
"Bagus sangat lah kalau macam. Sabtu ni Rai balik Johor eh. Abi nak bincang sesuatu.Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Raihana segera menamatkan panggilan. Betul ke keputusan aku ni?
********************
Rayyan sedang mengemas barangannya apabila pintu biliknya diketuk. Matanya terus menyapa Redha, penyiasat peribadinya yang sedang memegang sebuah fail.
Hmm... maklumat baru.
"Kali ni apa pulak yang awak dapat?" Rayyan melonggarkan ikatan tali lehernya. Dia menyuruh Redha mengambil tempat duduk berhadapan dengannya.
"Sepanjang tiga hari Cik Raihana tak masuk pejabat, saya dapat tahu dia habiskan masanya di gim." Redha mengeluarkan sekeping gambar yang tertera papan iklan gim yang dikunjungi Raihana.
Hatinya tiba-tiba terasa perit.
Kalau dia pergi gim, mesti ada lelaki.
Kalau ada lelaki, mesti diorang try nak pikat Raihana.
Kalau Raihana dah terpikat, aku yang susah!
Redha rasa terhibur melihat wajah Rayyan yang berkerut-kerut. Macam aku tak tahu apa yang dia fikir. Wah, sayang betul dia ni kat Cik Raihana.
"Encik tak payah risau sebab gim ni khas untuk perempuan aje. Tak ada lelaki akan rampas Cik Raihana daripada Encik Rayyan."
Rayyan mengangguk. Memang tak akan ada sesiapa .
********************
Raihana membelek gambar-gambar yang terdapat dalam telefonnya. Tumpuannya terhenti pada gambar Rayyan.
YOU ARE READING
Bakal Suami?
Teen FictionRayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat t...