Hai guys, sorry sesangat. Data x de sbb tu lmbt update. Enjoy reading!!
Dua hari berlalu sejak insiden Rayyan bergaduh dengan Raihana masa tu. Sungguh dia tidak sangka Raihana akan berada di kawasan perumahannya ketika dia sedang melaksanakan projek membalas dendam terhadap Iris.
Ya, memang dia tiada apa-apa perasaan terhadap Minah Sendat-panggilan yang diberi Raihana kepada Iris. Motifnya hanya untuk mempermainkan perasaan Iris sahaja.
Rambutnya diraup kasar. Bertambah susah aku nak dapatkan dia.
Panggilan cuba dibuat kepada Raihana walaupun dia tahu usahanya sia-sia. Raihana, tolonglah jawab.
Sorry, your call has been forwarded......
"Argghh!! Aku nak cakap dengan Raihana lah! Bukan dengan mesin!" Jerit Rayyan sambil jarinya menghentak skrin telefon. Jarinya terus berbuat sedemikian sehingga telefon tersebut berhenti berfungsi.
"Useless!" Jeritnya sambil membaling telefon tersebut ke arah dinding. Hatinya jadi puas apabila melihat telefonnya jatuh berderai ke atas lantai.
Macam tu jugaklah hati aku bila Raihana kata antara aku dan dia tak ada apa-apa. Hancur!
"Yo bro. What's wrong?"
Kepalanya serta-merta dihalakan kepada empunya suara tersebut. Dia mengeluh. Perlu ke dia datang waktu aku tak ready?
Hafiz ketawa melihat respon Rayyan. "Uh, teruk sangat ke aku sampai kau tak nak tengok wajah kacak aku ni?" Soal Hafiz dengan sebelah kening yang terangkat.
Rayyan menahan ketawanya terletus keluar. Kita tengok takat mana kau punya keyakinan diri eh Hafiz.
Wajahnya dikerutkan tiba-tiba. Dia mendekati Hafiz sambil jarinya menunjuk ke arah wajah jejaka itu.
Hafiz bergerak setapak ke belakang, curiga dengan perubahan sikap rakan baiknya itu. "Kau buat apa ni?"
Rayyan masih tetap berusaha dengan lakonannya. Setibanya dia di hadapan Hafiz, jarinya ditekankan pada batang hidung rakannya itu.
"Kau ada jerawat la kat sini."
*
*
*
*
*Lima saat berlalu....
"Are you kidding me? No way!" Hafiz segera menghampiri cermin yang terdapat dalam bilik Rayyan.
"Yes way." Ujar Rayyan agak samar-samar disebabkan tawanya yang menggila. Tidak cukup dengan itu, tangannya menghentak lantai seperti bertinju.
Hafiz serta-merta berpaling menghadap rakannya. Mukanya juga bertukar bengis.
"Oh, man! You have no idea how much i want to kill you right now."
Tawa Rayyan serta-merta mati. Mukanya jadi pucat. Ya Allah, selamatkan aku daripada singa liar ni.
"Sorry, bro. Tak ada niat."
Hafiz tersenyum kemenangan. Dia segera bersila di atas lantai, bersebelahan dengan Rayyan. "Lately ni aku tengok kau bukan main rapat lagi dengan si Iris tu? Bukan dulu kau cakap kau benci dia ke?"
Rayyan mengeluh. Perlu ke bangkitkan punca pergaduhan aku dengan Raihana?
"Aku nak balas dendam."
Mukanya dikerutkan, menyebabkan dua keningnya yang cantik terbentuk bercantum. "Balas dendam? Motif?"
"Rahsia."
Hafiz masih tidak puas hati. "Eleh kau dengan kawan baik pun nak berahsia."
Rayyan tertawa kecil. Pipi Hafiz dicubitnya, menyebabkan lelaki itu serta-merta menghalang pipinya daripada menjadi mangsa cubitan Rayyan lagi.
YOU ARE READING
Bakal Suami?
Teen FictionRayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat t...