Deringan telefonnya yang nyaring menyebabkan lenanya terganggu. Dia bangkit dari pembaringan lalu mencapai telefonnya yang terletak di kabinet mejanya.
Panggilan diangkat tanpa melihat nama si pemanggil disebabkan keadaannya yang agak mamai. Ops! Bukan agak, tapi sangat-sangat mamai. Hahaha..
"Raihana!" Jerit si pemanggil. Raihana menjauhkan telefonnya dari telinga.
Urgh..boleh pekak telinga aku kalau macam ni.
Telefonnya kembali dirapatkan ke telinga. Suara si pemanggil masih kedengaran di hujung talian.
"Raihana awak dah siap belum? Saya dah lama tunggu awak!"
Raihana mengerutkan dahinya. "Siapa ni?"
Kedengaran suara orang ketawa di hujung talian. "Saya bakal tunang awaklah. Ingat tak semalam?"
Raihana cuba mengimbas kembali memorinya. Mukanya bertukar kemerahan apabila teringatkan peristiwa semalam. Aduh...tak habis lagi ke?
"Oh my fiance-to-be. Tunggu kejap tau. Saya nak siap."
"Okey princess. For you, everything is okay!"
Raihana ketawa kecil sebelum menamatkan panggilan. Dia berlari masuk ke dalam bilik air.
Lima minit kemudian,dia keluar dari bilik air. Pakaiannya disarungkan kemudian mukanya dihiasi dengan sedikit bedak dan lip gloss.
Apabila dia melepasi bilik rakan serumahnya, dia menjerit..."girls! Aku pergi kerja dulu tau!" Raihana mengambil beg tangannya. Kepalanya digelengkan. Huh..kalau tak jawab tu,maksudnya 'buat tahi mata' lagi lah tu. Mentang-mentang bos dia bagi cuti.
Raihana mengambil lif untuk turun ke tingkat paling bawah. Langkahnya diaturkan menghampiri kereta Rayyan yang sudah siap terparkir.
Cermin bahagian.pemandu diketuknya. Cermin hitam itu turun dengan perlahan-lahan lalu menampakkan wajah segar Rayyan. Mulutnya mengorak senyuman manis.
Rayyan menilik penampilan Raihana."Hai Raihana. Awak cantik sangat hari ni."
Raihana memamdang baju yang tersarung di badannya. Apa? Aku pakai dress labuh dengan selendang je pun.
"Thanks." Dia berjalan menghampiri pintu bahagian penumpang. Pintu dibuka lalu badannya diboloskan masuk ke dalam perut kereta Rayyan.
Dia dapat rasakan bahawa Rayyan sedang memandangnya. Nafas ditarik lalu pandangannya ditala ke arah Rayyan.
Mom! Your daughter is crazy! She likes her boss!
"Encik, what are you waiting for?" Dan dengan itu pedal minyak ditekan Rayyan. Kereta yang dinaiki mereka perlahan-lahan keluar dari kawasan kondominium Raihana.
Rayyan masih curi-curi pandang ke arah Raihana. Jantungnya yang berdegup laju tidak dipedulikan.
Wow! She is cute,pretty,beautiful, gorgeous,stunning,flawless...what else?
Rayyan... you are falling for her?
Falling for her? I think so...
YOU ARE READING
Bakal Suami?
Teen FictionRayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat t...