Bab 19

11.6K 470 24
                                    

Raihana bangkit daripada pembaringannya. Rambutnya yang ikal diikat menjadi sanggul. Dia teringat lamaran Rayyan petang tadi.

Macam mana kalau dia cuma nak mainkan perasaan aku je?

Raihana buntu. Dia berlalu ke arah bilik air, ingin mengambil wuduk. Sesudah itu, dia bergerak ke arah balkoni biliknya. Tubuhnya disapa dengan hembusan angin.

Matanya memerhati kawasan sekeliling. Genggamannya pada besi balkoni bertambah ketat apabila dia terlihat Rayyan sedang memeluk seorang gadis di taman. Hatinya jadi sakit.

Aku tak sangka kau selicik ni Rayyan.

Air mata yang mengalir di pipinya dikesat dengan belakang tapak tangan. Dia memerhati Rayyan yang masih lagi tidak melepaskan pelukannya pada gadis itu. Tangannya yang sasa itu setia berada di pinggang gadis itu.

Raihana dapat merasakan air matanya semakin laju bercucuran. Seperti sedar akan kehadiran Raihana, Rayyan tiba-tiba mendongak ke atas menyebabkan mereka berbalas pandangan. Mukanya jelas terkejut dan dengan cepat pelukannya pada gadis itu dileraikan.

Raihana tersenyum sinis. Namun senyumannya terus mati apabila dia teringat bahawa dia tidak memakai tudung untuk menutup rambut ikalnya. Dia terus masuk ke dalam bilik tanpa sebarang kata.

Badannya terus direbahkan ke atas katil.

The answer is definitely NO.

********************

Rayyan kaku pada tempatnya. Apa aku dah buat ni?

Iris di hadapannya tidak dipedulikan. "Hey Rayyan, what's wrong?"

Rayyan meraup mukanya. "Jangan datang cari aku lagi." Dan dengan itu dia terus melangkah masuk ke dalam rumahnya. Satu persatu anak tangga dinaikinya sebelum kakinya berhenti di hadapan bilik Raihana yang bertentangan dengan biliknya.

Tangannya diangkat, ingin mengetuk pintu bilik kayunya. Namun keinginannya terhapus apabila telefonnya berbunyi.

Raihana : Saya dah ada jawapan untuk lamaran encik.

Rayyan tergamam. Hatinya jadi tidak sabar ingin menanti jawapan Raihana.

Rayyan : Apa dia?

Raihana : Berdasarkan aksi peluk-memeluk encik dengan perempuan tadi, encik rasa apa jawapan saya?

Rayyan mencengkan telefon bimbitnya. Nak sahaja dia hempaskan telefon tersebut ke arah dinding.

Rayyan : Saya boleh explain.

Raihana : Nak explain apa lagi? Encik nak cakap tu adik bos? Jangan tipulah encik, dah sah-sah saya nampak tu Iris kan? Minah Sendat tu kan?

Rayyan : Tapi dia yang peluk saya!

Raihana : Oh really? Kenapa saya nampak macam encik tak reti-reti nak lepaskan tangan encik daripada pinggang dia?

Rayyan : Saya boleh jelaskan.

Raihana : Sudahlah encik. Saya penat lah macam ni. Saya tak nak menangis air mata darah bila dah kahwin dengan encik nanti.

Rayyan menggenggam penumbuknya. Tumbukannya di arahkan pada dinding bersebelahan dengannya. Impak daripada itu, dinding itu menghasilkan bunyi yang agak kuat.

Rayyan memandang kosong tangannya yang kini sudah mula bertukar biru. Sakit hatinya apabila Raihana berkata sedemikian.

No matter what, you will be mine Raihana.

Hatinya sudah tekad. Raihana harus disunting menjadi suri hidupnya. Tidak ada lelaki lain yang dapat bersuamikan Raihana melainkan dia.

********************

Raihana menyapu sedikit bedak pada wajahnya. Disebabkan dia tidak membawa sebarang bajunya ke sini, dia terus melangkah ke arah bilik nenda setelah perbualannya dengan Rayyan tamat.

Pintu kayu itu diketuknya. Sebaik sahaja wajah nenda terpacul, dia terus memeluk wanita itu. Air matanya yang tidak berhenti mengalir tidak diendahkannya.

Nenda menepuk bahu Raihana. "Kenapa ni?"

Raihana menggeleng. Dia mengeratkan lagi pelukannya. "Raihana nak balik. Kawan call tadi dia kata ada emergency. "

"Emergency rupanya. Buat nenda risau je."

Raihana tersenyum tipis. Air matanya dikesat. Pelukannya juga dileraikan. "Raihana pergi dulu tau. "

Nenda melihat pemergian Raihana. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu. Dia akan cari apa sebenarnya yang membuatkan gadis itu bersedih. By hook or by crook.

Raihana menahan sebuah teksi. Tubuhnya terus diboloskan, tidak mahu Rayyan sedar akan kehilangannya.

Biar dia, aku malas nak tengok muka dia.

"Nak pergi mana cik?" Soal pemandu teksi tersebut.

"Nirwana Heights, Kuala Lumpur."

Dia menyandarkan kepalanya pada tingkap. Matanya ditutupkan, cuba menghilangkan rasa sakit yang menyerang kepalanya.

Selang 10 minit, telefonnya berdering. Nama pemanggil dijelingnya sekali lalu.

Hmm...Rayyan.

"Encik nak apa lagi?" Raihana buat suara malas. Dia dapat rasakan air matanya mula bertakung.

Rayyan di hujung talian melepaskan nafas berat." Awak pergi mana?"

Raihana memicit batang hidungnya. Rasa sakit yang menyerang kepalanya tidak hilang lagi. "Buat apa encik sibuk nak tahu? Pergilah peluk si Minah Sendat tu!"

"Awak cemburu eh?"

Raihana membesarkan matanya. Panggilan ditamatkan. Nak sangat tengok aku marah an?

Selang beberapa saat, telefonnya kembali berdering.

"Encik nak apa?"

"Saya nak explain."

Raihana memberi senyuman tipis kepada pemandu teksi tersebut. Rasa malu menyerbu dirinya apabila dia menyedari suaranya terkuat ketika berbual dengan Rayyan. "Tak perlu explain apa-apa. Mungkin minggu depan encik akan dapat jemputan kad kahwin saya, so there is nothing between us anymore."

Okay, jangan tanya siapa pengantin lelaki aku sebab jujur aku cakap, aku hentam keromo je tadi.

"Awak hanya akan jadi milik saya seorang. Lelaki lain tak akan dapat halang saya daripada dapatkan awak."

Raihana memandang pemandu teksi yang sedang merenungnya melalui cermin pandang belakang. Tiba-tiba ideanya muncul.

"Oh... jangan yakin sangatlah." Raihana tersenyum sinis. Badannya digerak ke hadapan, menghampiri pemandu teksi tersebut. Tangannya ditunjukkan ke arah telefonnya, mengisyaratkan pemandu tersebut untuk memainkan watak ciptaannya.

Pemandu teksi tersebut mencapai telefon yang dihulurkan Raihana. "Helo?" Suaranya yang kedengaran maskulin itu sudah cukup untuk membuatkan Raihana puas hati. Telefon itu kembali diambilnya.

"Sekarang dah ada bukti, saya harap encik tak ganggu saya lagi." Dengan itu, Raihana terus mematikan panggilan.

Aku takkan mudah ditipu lelaki lagi.








Apa kauorang rasa?
Tak konflik sangat an?

Bakal Suami?Where stories live. Discover now