Jeng jeng jeng! Seperti yang dijanjikan. Enjoy reading! :)
Rayyan tersedar tatkala terasa hembusan nafas seseorang pada bahunya. Kelopak matanya dibuka sedikit. Dia tersenyum tatkala melihat wajah Mawaddah-lebih dikenali sebagai Raihana-yang sedang lena tidur.
Dia menarik tubuh isterinya merapatinya. Haha...mampu buat macam ni bila dia tidur je.
Wajah Raihana diamatinya. Baru dia terasa bodoh kerana hampir sahaja dia kehilangan gadis yang cantik luar dan dalamannya. Nasib tak melepas! Hehe...
Pergerakan kecil Raihana membuatkan dia kalut. Matanya cepat-cepat ditutupkan.
Tidak lama selepas itu, dia dapat merasakan tubuh Raihana mendekatinya. Dia sembunyi senyum. Eleh... marah-marah peluk kite jugak.
Chupp! Tiba-tiba satu kucupan singgah di pipi kanannya kemudian beralih ke pipi kirinya pula. Jantungnya berdetak laju.
Kemudian Raihana mencium dahi kemudian turun ke batang hidungnya pula. Rayyan dapat rasakan hembusan nafas Raihana pada bibirnya, menunjukkan betapa dekatnya bibir mungil Raihana dengan bibirnya.
Sikit sahaja lagi and I'll kiss her.
Rayyan mencelikkan matanya. Ternyata sangkaannya benar sekali apabila melihat Raihana sedang asyik mengamati bibirnya sehingga tidak perasan bahawa dia sudah sedar.
Dia tersenyum sinis. "Saya tahulah bibir saya memang yummy gitu, tapi tak payahlah sampai tenung macam tu."
Raihana mengalihkan pandangannya daripada bibir Rayyan. Dia dapat rasakan pipinya panas akibat panahan mata Rayyan yang amat memukau?
Seriously Rai? Memang tak ada perkataan lain ke?
Kemudian realiti bagaikan menerjah kepalanya. Alamak! Dia sedar ke? Dia nampak ke aku buat apa tadi?
Raihana berpura-pura mengelus bibir Rayyan. Realitinya, punyalah nervous bila dia buat macam tu. "Saya nak tanya ni, kenapa bibir awak kering sangat ni? Nanti umi fikir saya tak kasi awak minum pulak." Ujar Raihana, menukar topik perbualan mereka.
Rayyan tersengih jahat. "Oh... i see. Tapi kan, tadi saya rasa macam ada benda merayap kat muka saya tau. Mula-mula pipi, pastu dahi then batang hidung saya pulak. Awak tahu tak apa benda tu.?" Kita tengok apa jawapan dia.
Raihana menggaru kepalanya. "Oh yang tu. Oh, ha! Saya kira jerawat yang ada kat muka awak tu. Ee, awak tak basuh muka ke?"
"Kali terakhir saya check, muka saya bersih je."
Raihana memusingkan bola matanya. "Dah lah awak ni, saya nak sambung tidur." Ujar Raihana sambil badannya berpusing, membelakangkan Rayyan.
Rayyan menjeling jarum jam di dinding. Pergh, awal lagi! Tak boleh jadi ni! Bahu Raihana terus dicengkamnya lalu tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya.
"Hei! Apa ni?" Raihana berusaha keluar dari pelukan Rayyan.
Rayyan mengemaskan lagi pelukannya pada Raihana. "Sorry my wife. Tapi semenjak awak jadi isteri saya, awak diisytiharkan untuk jadi bantal peluk saya setiap kali saya nak tidur. Fuh, bangga tak?"
Raihana berhenti daripada terus menolak Rayyan. Macam mana nak lepas kalau badan dia ni dah macam dinding konkrit?
"Buat apa nak bangga?"
"Bangga lah sebab Raja Rayyan nak peluk awak. Bukan senang tau nak dapat anugerah macam ni."
Raihana terdiam. Tapi Iris pun awak pernah peluk kan? Tapi kata hatinya dibiarkan,tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
YOU ARE READING
Bakal Suami?
Teen FictionRayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat t...