Sudah hampir 2 jam tubuhnya tidak bergerak, risau inainya comot. "Umi, lama lagi ke?"
Wajah uminya dipandang. Matanya dikelipkan.
"Sejam je lagi. Hah, Rai! Tak nak kenal ke siapa bakal suaminya?" Usik uminya.
Bakal suami? Entahlah umi, Rai rasa kosong sekarang ni. "Siapa nama dia?"
"Kejap eh." Umi mencapai kad jemputan kahwin di atas meja. Kad itu dibeleknya. "Quzairy. Wow! Sedapnya!"
Quzairy? Macam mana agaknya personaliti dia eh?
"Rai nak bercakap dengan dia tak?" Uminya sudah mula mencapai telefonnya.
Raihana hanya mengangguk. Mungkin aku patut kenal dulu siapa suami aku, sekaligus move on daripada Rayyan.
"Ni nombor telefon rumah dia je tau. Nah."
Raihana menyambut huluran uminya. Dadanya berdebar laju. Panggilan diangkat pada dentingan ketiga.
"Helo? Siapa ni?" Ujar lelaki di hujung talian.
"Helo, ni Quzairy ke?" Tiada jawapan daripada lelaki tersebut. Aku salah orang ke?
"Aah, saya lah tu. Awak ni siapa pulak?"
Raihana melepaskan nafas lega. "Uhm...uhm, s-saya bakal isteri awak."
"Oh, kenapa call ni?"
"Saya cuma nak bertaaruf sikit dengan awak. Boleh?" Soal Raihana takut-takut.
"Boleh aje."
"So,awak kerja kat mana?" Soal Raihana. Uminya yang sedang sibuk memakaikan inai pada jari tangannya dipandang.
"Kerja kat KL. Tapi kerja biasa ajelah. Awak sanggup ke terima saya?"
"InsyaAllah. Asalkan awak mampu terima saya."
"Tapi saya gemuk tau. Muka pulak tak berapa nak kacak."
Raihana memicit batang hidungnya. Nilah topik zaman sekarang. Kalau nak cari suami, nak cari yang kacak dulu. "Quzairy, rupa tu bukan boleh bawa masuk syurga pun, yang penting iman awak. Biarlah saya jatuh cinta dengan personaliti islamik awak, bukan pada wajah awak. Got it?"
"Awak kahwin dengan saya atas desakan keluarga eh?"
"Eh taklah! Saya redha. Lagipun, kalau parents saya tak buat macam ni sampai kesudah saya tak kahwin." Raihana tertawa kecil. Dusta belaka!
"Gadis cantik macam awak takkan tak ada lelaki nak?"
"Macam mana awak tahu saya cantik? Jumpa pun belum lagi." Raihana memandang ibunya apabila merasakan bahunya dicuit.
"Tengok daripada muka umi awak lah. Kalau campur dengan muka abi awak yang handsome tu, puhh! Meletop, terkini dan sensasi!" Uminya mengisyaratkan bahawa inai di jarinya sudah boleh dicuci. Yeay! Freedom!
"Haha awak ni lawak lah. Kalau boleh saya nak sambung berbual lagi tapi inai kat jari saya ni perlu dicuci. Assalamualaikum."
"Oh, okey. Jumpa lusa nanti. Waalaikumsalam."
Raihana mematikan talian. Hasil daripada pemakaian inai tadi, jarinya tampak lebih halus dan feminin. Oh yeay!
"So Rai, okey tak Quzairy tu?" Soal umi.
"Dia best lah umi. Pandai ambil hati orang." Raihana mengikat sanggulnya tinggi. Matanya tiba-tiba terasa berat.
"Umi, esok umi tak payah kejut Rai solat subuh tau. Rai bendera merah." Kakinya terus bergerak ke arah biliknya. Setiap sudut bilik itu dipandangnya.
Dua hari lagi dan bilik ni bakal dihuni oleh seorang lelaki. Rasa janggal lah pulak.
*********************
Rayyan sedang sibuk bermain game ketika papanya menegur. "Pa, Ray nak buat apa lagi? Papa suruh balik rumah ni, Ray dah balik. Papa suruh Ray kahwin dengan Mawaddah tupun, Ray dah setuju. So, apa lagi?"
Papanya mengurut dadanya. Sabar ajelah budak ni. "Ray tak nak tolong uruskan persiapan perkahwinan ke?"
Rayyan memicit batang hidungnya. "Alah Pa. Rasanya cukuplah Ray sekadar serahkan diri ni untuk jadi suami dia. Buat apa Ray nak excited uruskan perkahwinan ni kalau hati Ray ada pada Rai-eh orang lain?"
Papa menggosok belakang lehernya. "Apa-apa jelah Ray. Ha, jangan lupa pack baju sekali. Karang tak pasal-pasal kena pinjam baju isteri pulak. Cuba bayangkan, anak papa ni.... lelaki idaman pakai baju warna merah jambu. Dahlah pinky, ketat pulak tu. OMG! Lari peminat semua."
Rayyan ketawa dengan gurauan papanya. Papa...papa, dah lama tak gelak macam ni sejak umi tak ada kan?
"Ok lah, pa. Ray nak naik atas. Penatlah. Assalamualaikum."
Rayyan teringat kembali mesejnya dengan Raihana. Memang salah dia tak beritahu hal ini pada Raihana in the first place, tapi nasi dah jadi bubur wei!
Rayyan melelapkan matanya. Haraplah bakal isteri aku nanti dapat buatkan aku lupa pada Raihana.
********************
Sebaik sahaja Raihana sedar daripada lenanya, biliknya sudah terang disirami cahaya mentari. Apa punya anak daralah aku ni, membongkang sampai petang. Ops! Status anak dara aku tu akan bertukar kurang 24 jam dari sekarang! Huhu... sedih lah pulak.
Raihana menggeliat, membetulkan segala sendi yang masih tegang akibat tidur statik semalam. Bunyi riuh dari luar biliknya, membuat dia mengatur langkah terhinjut-hinjut ke arah pintu.
Daun pintu dibuka sedikit, menampakkan beberapa orang wanita sedang sibuk menyusun barang penghantaran. Apahal lak ni?
Dia menggamit seorang wanita yang lalu di hadapannya. "Nak tanya boleh tak? Kenapa semua orang macam sibuk ni?"
Wanita tadi kelihatan terpinga. "Eh, cik ni kan pengantin perempuan, takkan tak tahu?"
Gedebush! Rasa macam kena simbah air sejuk kat muka weh! "Err, saya memang tak tahu."
Wanita tadi menggosok belakang lehernya. "Abi cik suruh buat pertunangan cik dengan Encik Quzairy hari ni. Katanya just nak ikut adat. Kejap lagi datang lah tu wakil daripada pihak lelaki."
Mata Raihana membutang. What the? Abi dengan umi tak cakap apa-apa pun. "Oh k, terima kasih." Pintunya ditutup rapat. Tuala mandi terus dicapai lalu kakinya laju diarahkan ke bilik air.
Sesudah dia mandi, sebuah jubah moden suah tergantung di hadapan matanya. Whoops! Georgeous!
Dia menyarungkan jubah tersebut ke badannya. Wow! Muat jer.
Seorang mak andam datang berama dengan beg mekap di tangannya. Ni yang aku payah ni.
Sebelum mak andam tersebut memulakan pekerjaannya, sempat dia berpesan. "Erm, miss. Jangan conteng banyak sangat eh. Saya rimaslah."
"Okey cik."
Sorry guys, maybe bab ni agak boring, but please please please anggp bab ni as a filter utk bab seterusnya.
Promise bab yg akn dtg ade fun ok? Bye...* otw blik asrama
Please vote and comment and whatever! Hehe...
YOU ARE READING
Bakal Suami?
Teen FictionRayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat t...