Pintu bilik itu diketuknya perlahan.
"Masuk!" Laungan dari dalam diturutinya. 'Mak oi, baru interview nak jadi pekerja dah gabra. Belum nak buat jadi menantu.' Seloroh hati kecilnya ingin menghilangkan gelisah yang bertandang di hati.
Sebaik sahaja kepalanya dijengulkan di sebalik pintu, salam sejahtera diberi. 'Mak aku kata kalau nak dapat berkat dahulukan buat benda baik.'
Belum sempat dia berkata apa-apa, lelaki berusia separuh abad itu sudah melangkah mendekatinya.' Eh... dah kenapa orang tua ni? Kalau niat dia nak mengapa-apakan aku, memang aku dah ready nak bagi smash kick satu kat dia ni.'
Lelaki bergelar CEO itu memandangnya dari atas ke bawah. Lagaknya seperti menilai penampilan Raihana.
'Wah, ini sudah lebih!' Baru sahaja Raihana ingin membuka mulut, kedengaran pintu dikuak dengan kasar oleh seorang lelaki. Lah... ni dah kenapa pulak? Suka hati dia aje nak rempuh masuk bilik orang.
"Pa.. where is my secretary? Where is he?" Lelaki itu bertempik sekuat hati. Raihana masih tidak dapat mengecam wajah lelaki itu kerana pandangannya masih setia terlekap pada lantai. Huh, dah kalau suara macam guruh... memang tak adanya aku nak pandang. Seram kot!
Lelaki separuh abad itu hanya melemparkan pandangan kosong. "Cool ok! Papa minta dia transfer ke anak syarikat kita kat Batu Pahat." Tenang lelaki itu menjawab.
"Then... Sape nak replace tempat dia ?"
Lelaki bergelar CEO itu menudingkan jarinya ke arah Raihana. "This girl will be your assistant."
Sejurus itu, Raihana mengangkat pandangannya menghala lelaki bersuara 'guruh' itu. A-LA-MAK! Masalah besar dah sampai...
"Raihana... you can call me Dato' Amnan. This is my son, Rayyan. Hope you guys boleh work together." Dato' Amnan menggamit Rayyan supaya mendekatinya.
OMG! Dah dapat rasa aura annoying dia tuh! Ya Tuhanku... Kau ampunilah dosaku. Manalah tahu kut-kut baru 2 hari aku jadi assistant dia, dah isytihar arwah aku? Mak... adik tak kahwin lagi!
Rayyan mendekati Raihana dengan wajah yang tidak dapat diduga apakah yang sedang difikirnya ketika itu. Matanya menilik Raihana dari atas ke bawah persis apa yang Dato' Amnan lakukan sebelum ini. Like father like son! Huh..
"Budak hingusan ni nak jadi assistant Ray pa? Karang kalau bawa jumpa client... memang tak membawa hasil langsung!" Rayyan melambuhkan punggungnya di atas sofa sambil matanya masih tertancap pada wajah bersih Raihana.
Budak hingusan dia panggil aku?
Hei ini Raihana ok! Takkan gentar... " Helo Encik Rayyan! Awak tu memang pekak ke apa? Dato' dah sebut kan nama saya tadi? Raihana! Susah sangat ke nak sebut? Kenapa, lidah awak tu pendek ke?" Raihana membidas sambil berpeluk tubuh. Wah, sekarang skill aku dah bertambah dalam mem'bahasa'kan orang ni.Kali ini Rayyan pula yang tercengang. Sah minah ni tak makan saman. Dia sound aku depan papa? "Hey kau lupa ke kau tengah cakap dengan sapa ni? I'm your boss. Hormat lah sikit."
Raihana menjulingkan matanya ke atas. Macam aku kesah. " Baru bos, bukan suami. Allah tak marah pun kalau kita ingkar cakap bos." Selamba dia membalas. Sengaja dia berpura-pura membelek kukunya apabila Rayyan memandang dengan pandangan tak puas hati ke arahnya. Padahal selama ni tak pernah pun dia kisah pasal kuku. Nak pakai inai pun macam tak mampu aje.
Rayyan mensising baju kemejanya hingga paras lengan. Raihana hanya melemparkan pandangan kosong. Tahulah tangan tu putih, tapi tak payahlah nak show off! Macam dia sorang jer yang ada. Hei... aku pun adalah! Jerit hati kecilnya.
Rayyan memandang papanya pula." Look papa! She is so rude... how come Ray nak kerja dengan dia. Mesti gaduh aje." Jarinya ditudingkan ke arah Raihana. Lagaknya seperti anak kecil yang menginginkan mainan. Lawak! Serius lawak... kalau tak fikir ni pejabat orang, dah lama aku bantai gelak!
Dato' Amnan hanya mengangkat bahunya. "Ray.. apa yang Raihana cakap tu betul. Papa tak dapat nak nafi. Tapi bergantung pada Ray macam mana nak kawal mulut Raihana tu. Lagipun, papa memang dah lama cari staf yang berani suarakan pendapat ni. Senang nak dapat tender besar. So please... stay with her." Pinta Dato' Amnan.
Rayyan dah tarik muka. Stay with her? Permintaan papa tu macam mintak anak dia dapat penyakit darah tinggi tau! Stress bergaduh dengan minah ni punya pasal. Pa baru satu hari Ray dah tak sanggup ni kan lagi... argh! Tak sanggup nak bayangkan.
Dato' Amnan memfokuskan pandangannya pada Raihana, gadis sederhana tinggi dan elok rupa parasnya. "Raihana, awak dah boleh start kerja esok. For today, tak kesahlah awak nak buat apa. Nak tengok-tengok pejabat pun tak apa. So awak boleh beredar sekarang."
Nak tengok-tengok pejabat ni? Cukup lah dengan seorang mamat annoying ni yang aku jumpa. Karang kalau pergi ronda lagi... tak pasal-pasal jumpa spesies lain pulak karang. Baik aku balik rumah, tenangkan fikiran.
Dia melangkah ke arah kereta Swift miliknya. Hadiah pemberian ayahnya sempena tamat pengajiannya di England. Ayah... adik rindu sangat kat ayah dengan mak! Keretanya laju membelah jalan raya yang agak lengang ketika itu. Esok.. entah apa yang bakal menimpanya. Tawakal jelah...
YOU ARE READING
Bakal Suami?
Novela JuvenilRayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat t...